| 
           
          
          Ayat 270 
          
           Di 
          sini secara ringkas teknik mempertajamkan kuasa penawar (potentization). 
          
          Dua 
          titik air tumbuh-tumbuhan yang segar yang telah diperah, dicampur 
          dengan 98 titik (2 + 98) alkohol di dalam sebuah botol yang bertutup 
          rapat, digenggam kuat-kuat dan digoncang ke satu tempat yang melantun. 
          Ini menjadi satu potensi yang pertama satu peratus (1/100). 
           
          
          
          Kemudian proses ini diulangkan 99 (sembilan puluh sembilan) kali berturut-turut di dalam botol yang dicampurkan 99 titik alkohol 
          kira-kira tiga suku penuh. (kami jangka ini salah taip 
          dalam manuskrip asal) 
          
          
          Dari botol yang kedua ini diambil setitik kemudian digoncang kuat-kuat 
          dua kali hinggalah seterusnya berulang kepada botol yang ketiga pula. 
          Botol yang ketiga itu ialah mengandungi potensi yang ke 30. Potensi 
          mengikut kaedah perpuluhan dibuat seperti di atas jua kecuali 
          bahagiannya ialah 1 dengan 9. Potansi ini disebut X iaitu satu 1X, 2X, 
          3X, 4X, 5X, 6X dan lain-lain. 
          
           Ayat 
          271 
          
          
          Semua bahan-bahan benda ubat yang didapati dalam bentuk yang kering 
          seperti batu-batu (metals), galian (minerals), garam-garam, hendaklah 
          dipotentizekan hingga potensi yang ketiga dengan cara trituration 
          selama 3 jam, bagi tiga kali berturut-turut dengan sebahagian dari 
          benda ini dicampurkan dengan sebahagian benda ini dengan 99 bahagian 
          pati susu (sugar of milk). Daripada trituration yang ketiga tadi satu 
          gram daripadanya digoncangkan melalui 27 botol sebagaimana caranya 
          yang telah disebutkan di atas. 
          
          
          Ayat 272 
          
          
          Bagi mengubat penyakit hanya memerlukan satu bahan ubat sahaja pada 
          satu masa bagi satu rawatan. 
          
          
          Ayat 273 
          
          
          Ubat-ubat yang bercampur-campur tidak begitu ma’kul. 
             |