| 
           
          Ayat 274 
          
           Tidaklah mustahak 
          memberikan ubat yang berbagai-bagai sedang yang sedikitpun sudah 
          menyampaikan tujuan. Terlalu banyak ubat yang diberikan pada satu 
          rawatan akan mengancam kuasa hayat, menawar kuasa-kuasa ubat, 
          merosakkan keadaan penyakit-penyakit itu, menghalang gambaran yang 
          sebenarnya penyakit-penyakit itu, mengajar tabib-tabib itu menimbulkan 
          fikiran, jiwa lucah pada ubat-ubat, menanamkan perangai kurang cermat 
          dan merendahkan maruah di kalangan ahli perubatan. 
          
          Ayat 275 
          
           Dos dan penawarnya 
          mestilah sesuai dengan kesnya. 
          
          Ayat 276 
          
           Aggravation bagi 
          Homeopathic adalah buruk jika melampau dan akan menimbulkan letih pada 
          pesakit itu sebagaimana kekuatan ubat-ubat Allopathic. 
          
          Ayat 277 
          
           Oleh itu penawar 
          Homeopathic mestilah dikurangkan dosnya dan ulangannya supaya 
          melaratnya tidak menjadi satu penyakit. 
          
          Ayat 278 
          
           Undang-undang 
          memakaikan dos belum dipersoalkan oleh pengalaman-pengalaman tertentu. 
          
          Ayat 279 
          
           Pengalaman 
          membuktikan bahawa ubat Homeopathy yang dipilih tidaklah boleh terlalu 
          sangat halus sehingga rendah kekuatannya dari penyakit yang hendak 
          diubat atau hilang tenaganya bagi menyembuhkan penyakit. 
          Setidak-tidaknya sebahagian dari ubat itu syaratnya dos itu apabila 
          dimakan boleh menyebabkan penambahan semboyan penyakit asal yang 
          serupa. 
             |