| 
           
          Ayat 280 
          
           Dasar-dasar yang 
          tidak dapat dipersoalkan lagi ini yang berdasarkan pengalaman 
          menyediakan satu ujian dos-dos ubat Homeopathy yang bermutu. Janganlah 
          terhalang dari menggunakan dosnya oleh sebab-sebab di atas. Sebarang 
          pertikaian akan diatasi oleh keputusan pengalaman yang tidak boleh 
          dikhilafkan. 
          
          Ayat 281 
          
           Orang-orang dewasa 
          yang sakit lebih mudah menerima rasa pengaruh ubat yang meliputi 
          jumlah semboyannya daripada kanak-kanak, walaupun umurnya sehari. 
          Memandang kepada bukti-bukti pengalaman ini. 
          
           (Ayat 
          282 - 286 tiada dalam naskhah kami, sila rujuk naskhah terjemahan 
          Julian Winston. Demikian juga bagi ayat 293 -294.) 
          
          Ayat 287 
          
           Ubat itu hendaklah 
          dibancuh benar-benar yang hendak digunakan. 
          
          Ayat 288 
          
           Ubat yang telah 
          dibancuh itu masuk ke seluruh sistem tubuh dengan cepat setelah ia 
          serap dalam inciran-inciran tubuh melalui atas lidah atau kulit ari. 
          
          Ayat 289 
          
           Tiap-tiap anggota 
          tubuh dan sel-sel mempunyai tenaga tertentu dan berdaya menerima 
          pengaruh ubat, lalu menyampaikan ke seluruh tubuh melalui urat-urat 
          saraf kesan ubat itu. 
          
           Ayat 290 
          
          Ubat boleh diberi melalui 
          lidah atau di lain-lain bahagian tubuh yang boleh menyedut seperti 
          dubur, hidung, mata, alat kelamin, kulit atau permukaan rongga-rongga. 
          
          Ayat 291 
          
           Kehilangan daya 
          perasa dan penghidu tidak merosakkan kuasa menerima pengaruh ubat dan 
          daya mengalirkan kesan ubat. 
          
          Ayat 292 
          
           Kulit ari (cuticle) 
          boleh menerima pengaruh ubat, cairan (liquid medication).  
             |