| 
           
          Ayat 38 
          
          ii) Satu penyakit baru 
          yang tidak serupa kiranya keras akan menghentikan yang lemah atau 
          penyakit lama yang mana penyakit itu akan kembali bila tempuhnya tamat.
           
          
          Ayat 39 
          
          Beratus-ratus tahun telah 
          diperhatikan bahawa tabii itu tidak boleh menyembuhkan sebarang 
          penyakit dengan didatangkan penyakit yang lain dan kuat kiranya 
          penyakit yang ujud itu tidak serupa dengan yang sebelumnya. Perbenaman 
          dengan penyakit yang tidak serupa dan lebih kuat, tidaklah 
          menghasilkan kesembuhan. Sebaliknya perbenaman penyakit asal dengan 
          ubat yang tidak serupa tidak menyembuhkan, malahan melemahkan pesakit 
          dan mengusutkan pula keadaan idapannya yang sedia itu. 
             |