| 
           
          Ayat 66 
          
          Penawar-penawar Homeopathy 
          yang telah dipotensi menghasilkan kesan yang sedikit atau tidak ujud 
          pada peringkat permulaannya, tetapi mengaturkan proses daya 
          penyembuhan. Proses reaksi penyembuhan boleh diatur dari dos yang 
          tinggi potensinya jangan selalu diulang bagi pesakit yang sangat kuat 
          penerima rasanya. 
          
          Ayat 67 
          
          Penyembuhan secara 
          Homeopathic adalah membanggakan. Cara pembenaman Allopathic ialah 
          mencelakakan, merosakkan kesihatan dan ketenteraman. Rawatan secara 
          Allopathic merosakkan keselamatan yang berkekalan dan menjadikan 
          sakit-sakit disebabkan oleh ubat-ubat yang sukar atau tidak boleh 
          disembuhkan. 
          
          Ayat 68 
          
          Kesan-kesan ubat terdapat 
          sedikit setelah diberikan penawar Homeopathy, tetapi kesan itu akan 
          hilang selepas penyakit itu sembuh. 
          
          Ayat 69 
          
          Sebaliknya ubat Allopathic 
          melakukan pembenaman di mana kemudiannya menjadi melarat apabila 
          kesan-kesan ubat itu hilang. 
             |