| 
           
          Ayat 6 
          
          Doktor itu mestilah faham 
          iaitu apa juga perubahan dan semboyan yang dilihat, adalah penyakit 
          seseorang itu, dan semboyan penyakit yang diketahui itu dari perasaan 
          dan semboyannya hendaklah dikira bentuk jumlah (totality)nya. Jumlah 
          semboyan itulah menandakan penyakitnya. 
          
          Ia juga perlu memerhatikan 
          pada seseorang pengidap itu tentang perubahan akal, tubuh dan perasaan 
          dengan jelas. Dalam memeriksa tiap-tiap penyakit doktor itu tidak 
          boleh membuat spekulasi (mengadakan) tidak boleh prasangka dengan 
          pengecaman yang lampau. Ia perlu mengecam bukan spekulasi. Harus sedar 
          ruginya mengkhayal itu tanpa diasaskan dengan pengalaman. 
          
          Ayat 7 
          
          Penyakit tidak melahirkan 
          punca-punca yang boleh dihilangkan, jumlah semboyan itu menjelma 
          keluar membuktikan sakit atau rosak kuasa hayat dan tidak betul lagi 
          kuasa hayat menghubungkan punca dan akibat. Hanya melalui 
          semboyan-semboyan sahaja diketahui penyakit itu serta penawar yang 
          seraksi. Bagi setiap penyakit jumlah semboyannya mesti diketahui dan 
          dihilangkan dengan seni kesembuhan homeopathy. Dengan ini idapan dapat 
          disembuhkan. 
          
          Ayat 8 
          
          Apabila semboyan itu 
          hilang, maka kesihatan ujud. Sebab-sebab penyakit terhapus dan 
          akibatnya pun ghaib. 
          
          Ayat 9 
          
          
          Semasa sihat kuasa hayatlah yang tertinggi dan mengatur hayat yang tak 
          jejas oleh sebarang pengaruh merosak. Ia bekerja menyatukan tenaga 
          proses dan tenaga hidup agar hayat dan perasaan harmoni, teratur, 
          fikiran sejahtera, pancaindera cerdas dengan penerimaan yang kuat, dan 
          normal. Waktu sakit kuasa hayat inilah yang telah berubah mobid 
          potensi yang merubah  
          
            
           |