| 
           
          Ayat 70 
          
           Mengulangkaji semua 
          ringkasan yang terdahulu dari ini seperti berikut: 
          
            1. Tidak ada jalan 
          lain mengenal sifat penyakit yang boleh dilihat kecuali semboyan. 
          Tidak ada jalan lain hendak dihilangkan kecuali semboyan dan petunjuk 
          bagi membolehkan diberi penawar.      
          
            2. Tidak ada benda 
          atau ubat yang boleh digunakan sebagai penawar penyembuh yang tidak 
          berdaya mengubah kesihatan tubuh yang sihat. 
          
            3. Penyakit tidak 
          boleh disembuhkan oleh ubat yang menghasilkan semboyan yang tidak 
          serupa pada tubuh yang sihat, tetapi hanya dengan ubat yang ada kuasa 
          itu menghasilkan sakit buatan yang amat serupa dengan penyakit asal 
          itu. 
          
            4. Pengalaman 
          menunjukkan bahawa ubat yang berlawanan semboyannya hanya memberikan 
          kelegaan sementara sahaja bagi penyakit. Ubat yang tidak pernah 
          melawan semboyan penyakit tidak pernah menyembuhkan. Dari itu 
          Allopathic tidak dapat dipakai untuk     penyembuhan terhadap sakit 
          chronic. 
          
            5. Penawar 
          Homeopathy adalah terpuji, boleh menjadikan semboyan yang sama 
          diberikan dan diulang ubatan ini dengan dos yang tepat boleh 
          mendatangkan kesembuhan. Kesembuhan yang didapati di dalam tabii 
          dengan penyakit yang serupa telah ditunjukkan adalah mustahak. 
          
          Ayat 71 
          
           3 soalan terjawab di 222 
          perenggan yang lain: 
          
            1. Bagaimana seseorang 
          tabib mendapatkan pengetahuan penyakit yang hendak disembuhkan. 
          
            2. Bagaimana 
          seseorang tabib mendapatkan pengetahuan tentang ubat-ubat dan penawar 
          untuk penyembuhan. 
          
            3. Bagaimana 
          tabib-tabib itu memakaikan ubat-ubat dengan cara yang berkesan sekali 
          bagi menyembuhkan penyakit.  
             |