| 
           
          (Ayat 72 hingga 83, 
          penyiasatan umum tentang penyakit) 
          
          Ayat 72 
          
          Penyakit-penyakit yang 
          ganjil kepada manusia ada dua kumpulan. Pertama disebabkan proses 
          perubahan yang berlaku pada kuasa hayat. Serangan yang sedemikian 
          selalunya mengambil tempoh yang singkat, penyakit ini dinamakan acute. 
          Kumpulan kedua ialah penyakit yang terjadi dari mulanya sedikit sahaja 
          dan tidak ketara. Tetapi menjadi melarat menurut cara yang tersendiri, 
          dengan kuat merosakkan alat-alat tubuh, melemahkan kesihatan dan 
          berakhir dengan maut, kecuali dapat disembuhkan dengan seni kesembuhan 
          Homeopathic menurut kaedah kesembuhan undang-undang tabii, semua ini 
          dipanggil penyakit chronic dan berasal dari jangkitan oleh chronic 
          miasm. 
          
          Chronic miasm telah 
          dibincangkan dalam buku Hahnemann bertajuk “Chronic Diseases”. 
          Hahnemann menimbulkan bahawa Syphilis itu ialah pokok dan punca 
          sebab-sebab penyakit chronic yang lain dahulu sebelum Oskar 
          mengusulkan pendapatnya yang masyhur “Kajilah syphilis dalam bentuk 
          penjelmaannya dan cara-cara mengubatnya akan bertambah pada kau”. 
          
          Tetapi lanjutan 
          pengetahuan tentang syphilis ini, Hahnemann telah mengetahui dua dasar 
          penyakit chronic miasm iaitu psora dan sycosis. Tiap-tiap orang yang 
          mengidap penyakit tidak semestinya chronic. 
          
          Ayat 73 
          
          Penyakit-penyakit acute 
          bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian yang besar: 
          
          1. Penyakit acute buatan 
          yang disebabkan oleh: 
          
             a. terlampau tergesa. 
          
             b. luka. 
          
             c. terlalu lucah. 
          
             d. ubat-ubat. 
          
             e. terdedah. 
          
             f. kesusahan hidupnya 
          yang tidak teratur. 
          
             g. keadaan kelilingnya 
          yang tidak sihat. 
          
            
          
          2. Penyakit asli (keturunan) 
          yang disebabkan oleh: 
          
             a. Wabak (epidemic) 
          
             b. Sekelompok (endemic) 
          
             c. Idapan berkala/ 
          bermasa (sporadic) 
          
             d. Penyakit menular 
          (contagious) 
          
             e. Penyakit berjangkit 
          (infectious) 
             |