| 
           
          Ayat 78 
          
          Penyakit chronic yang 
          tulin tetap tidak sembuh walaupun setelah aturan kesihatan diamalkan 
          dengan sungguh-sungguh. 
          
          Ayat 79 
          
          Syphilis dan sycosis 
          adalah penyakit chronic miasm yang tidak boleh dihilangkan tanpa 
          dibantu oleh kuasa hayat. Penyakit ini adalah mendalam, jahat dan 
          mewariskan,hanya dapat disembuhkan dengan seni perubatan Homeopathy. 
          
          Ayat 80 
          
          Psora adalah menjadi biang 
          utama yang bertanggunggjawab menimbulkan sakit-sakit yang lain yang 
          dideritai oleh manusia. Untuk pengetahuan selanjutnya penyakit psora, 
          sycosis dan syphilis, sila baca buku Hahnemann (chronic diseases). 
          
          Ayat 81 
          
          Di sini nyatalah 
          penyakit-penyakit chronic miasm psora yang telah berkembang pada 
          berjuta-juta manusia dengan berbagai corak dan ragamnya. Manusia tidak 
          berjaya melepaskan diri dari chronic miasm psora ini disebabkan oleh 
          kerap dan terus membenam penyakit kulit dengan ubat-ubat sapu dan air 
          ubat. Hal ini berlaku terus menerus beberapa keturunan. 
             |