| 
           
          Ayat 82 
          
           Penyakit psora tidak boleh 
          diubat tanpa meneliti tiap-tiap sahsiah penyakit itu dengan tetap akan 
          sakit chronicnya. 
          
          Ayat 83 
          
           Setiap kes memerlukan 
          gambaran yang tersendiri dan hendaklah dicatat dengan secara jujur dan 
          tanpa prasangka. Tidak boleh menentukan bahawa psora itu akibat ubat 
          gosok saja. 
          
          Ayat 84 
          
           Pesakit dan pengasuhnya 
          menghuraikan sejarah penyakit dan menghuraikan rasa dan perasaan, 
          semboyan dan tabiat, tabib hendaklah memerhatikan dengan tepat, 
          mendengar, menyentuh, mencium dan membiarkan pesakit itu menceritakan 
          atau bercerita hingga selesai. Jangan biarkan ia menyimpang dari 
          keterangan itu. 
          
          Ayat 85 
          
           Tulis semua kenyataan 
          semboyan itu. 
          
          Ayat 86 
          
           Setelah selesai pesakit 
          memberi keterangan, semak setiap kenyataan itu supaya tepat dicatat. 
          Tentukan di mana arah bisanya, tabiat bisanya sama ada lama atau 
          mendatang-mendatang atau setiap kali bergerak berasa sakit, keadaan 
          melarat dan mengurangnya, atau bagaimana ia berasa hangat, sejuk udara, 
          rehat, bergerak, menyandar, menekap, dipegang atau ditekan. Hendaklah 
          diterang dengan lengkap tiap-tiap satu serangan tersebut. 
             |