| 
     
           
           | 
          
           
          Ayat 91 
          
           Hendaklah disiasat setelah 
          ubat diberikan berhubung dengan semboyan dan perasaan sebelum, sedang 
          dan setelah ia makan ubat. Ingat janganlah dimasukkan semboyan ubat 
          pada penyakit itu. Tabib-tabib Homeopathy boleh menjadi biasa atau 
          kenal dengan ilmu semboyan dan mudah mengenal semboyan ubat. Berilah 
          plasebo sahaja hingga semboyan ubat hilang. Semboyan ubat bila lahir 
          bolehlah dimatikan dengan penawar yang sesuai. 
          
          Ayat 92 
          
           Penyakit yang bercampur 
          aduk dengan semboyan ubat amatlah susah menyembuhkannya daripada 
          penyakit yang tidak dirosakkan oleh ubat-ubat berpotensi. 
          
          Ayat 93 
          
           Cari sekiranya penyakit 
          itu berpunca dari sebab-sebab yang memberangsangkan, racun, luka, 
          merancap, melampaui seks, terlalu banyak makan atau minum arak, 
          penyakit perempuan, pertikaian keluarga, perselisihan perkahwinan, 
          penderitaan, burut, cacat hidung, sakit kerongkong, anak tekak jadi 
          sebu atau geraham susu tidak tumbuh, kerosakan gigi, anak tekak, 
          hidung atau pangkal tali perut, kerugian, marah, takut kurus, 
          membujang (celibacy), gadis hilang nafsu jantina, rosak alat kelamin, 
          perut bawah menurun atau anggota yang dipongkor dan lain-lain. Lihat 
          kepada sebab yang boleh menghilangkannya. 
          
          Ayat 94 
          
           Apabila menyiasat penyakit 
          chronic, perangai hidup, hubungan keluarga, kesalahan-kesalahan 
          kehidupan dan kesihatan, mestilah ditinjau untuk mendapatkan sekiranya 
          sebab-sebab yang berlaku ada hubungannya dengan penyakit tersebut. 
          Kalau ada sebab-sebabnya mestilah dihilangkan. 
             | 
          
      |