| 
           
          
          2.Allium Cepa.(bawang merah) 
          
          
          Penawar ini adalah penawar untuk peringkat permulaan selsema, dan 
          gejala selsema yang memerlukan Allium Cepa ialah selsema yang berserta 
          hingus cair yang memerahkan tepi hidung dan ruang kulit bawah hidung serta 
          mata juga merah dan berair, dan tekak kering dan perit. 
          
          
          Oleh kerana bawang merah menyebabkan mata dan hidung berair, ia kerap 
          digunakan untuk selsema dan bersin yang timbul dari alahan (hayfever).
           
          
          
          Gejala penyakit yang ia boleh merawat ialah hingus yang cair dan 
          meyebabkan pedih hidung. 
          
          
          Pesakit terasa rimas dibilik yang panas dan lebih suka berada di luar 
          atau di bilik yang sejuk. 
          
          
           
   |