| 
           
          
          
          15. Phosphorus 
          
          Kanak-kanak yang memerlukan penawar ini mengidap batuk yang kering dan 
          berbunyi kuat serta mengidap sakit di bahagian dada. Batuk bertambah 
          teruk apabila berbaring, terutama bila berbaring ke sebelah kanan.
           
          
          Mereka berjaga malam dan perlu bangun dan duduk untuk melegakan batuk. 
          Batuk juga bertambah semasa bercakap, bergerak, berpindah dari bilik 
          panas  
          ke bilik sejuk seperti mana berpindah masuk ke dalam kereta berhawa 
          dingin.  
          
          Untuk melegakan sakit dada, kadang kala mereka meletakkan tangan ke 
          dada. Berselimut melegakan perasaan ketat di dada. 
          
          Mereka suka air sejuk, atau air batu. Batuknya menyebabkan terasa 
          lemah dan letih. Kadang kala lendir atau hingus berdarah dan suara 
          menjadi serak.  
          
          Seringkali saya mengunakan penawar ini berdasarkan bentuk badan dan 
          watak. Watak phosphorus adalah penakut, takut gelap, takut petir, 
          sensitif, suka berkawan, badan kurus dan tinggi.  
          
          Amat berguna  
          untuk batuk lelah bilamana gejalanya bersamaan dengan penawar ini. 
           
          
           
   |