|   | 
          
           
           Dr. 
          Suriyakhatun Osman merupakan seorang doktor perubatan lulusan
  
          MBBCh daripada
          University of Alexandria, Mesir (Egypt), yang diperoleh pada 
          tahun 1980.
          Beliau juga mempunyai Diploma in Reproductive Medicine. 
           
            Beliau belajar
          homeopathy daripada beberapa pengamal homeopati ternama, 
          khususnya Dr Dali Muin yang merupakan murid kepada Prof. Dr. 
          Burhadundin Hilmi. Beliau lulus 
  
          Diploma Homeopathy daripada 
          Academy Homeopathy Malaysia pada tahun 1985, dan setahun kemudian 
          dianugerahkan sebagai Fellow Kehormat Persatuan Perubatan Homeopathy 
          Malaysia (Malaysian Homeopathic Medical Association) 
          
  
            Selain itu, 
  
          Dr. Suriya atau Suriyakhatun 
          juga mendapat latihan daripada the Royal London Hospital dalam 
          jurusan Integrated Medicine, United Kingdom. 
          
          Beliau menjalani latihan 
          vokasional di Royal London, mengkaji dan merawat kes-kes homeopathy, 
          melibatkan diri dalam perbincangan ilmiah dan juga telah jalani ujian 
          MFHom di Bristol Homeopathy Hospital bersama dengan calon-calon dari 
          UK, India dan America Selatan. Beliau juga merupakan calon terbaik, 
          memperoleh distinction 
          serta adalah ahli the 
          Faculty of Homeopathy United Kingdom, (MFHom UK). 
          
            Dr. 
          Suriya juga mempunyai klinik persendirian,
          di mana beliau menjalankan 
          praktik iaitu 
  
          
  
          di Klinik At-Taqwa, Masjid 
          Tanah, Melaka. Selain menjadi Rektor Majlis Akademi Homeopathy 
          Malaysia, beliau juga kini memegang tanggungjawab besar sebagai 
          pensyarah kanan yang mengajar perubatan homeopati di Cyberjaya 
          University College of Medical Sciences (CUCMS), program pendidikan 
          homeopati peringkat ijazah yang pertama diiktiraf oleh Agensi 
          Kelayakan Malaysia (MQA). 
          
           
           
          
          
          Source: 
          
          1. 
          
          http://www.eftinfo.com/aamet/practitioner_view.php?researchid=347&cid= 
          
          
          
           
          
          
          
          2.  
          http://www.facebook.com/pages/Dr-Suriyakhatun/289180777791252?v=info 
          
           
          
           
           
          
          
          - Mohamed Hatta Abu Bakar. HMD. 
          
  
           
             | 
          
      |