|
Aktiviti
Ceramah dan Pameran
HBI amat
jarang membuat pameran secara sendirian. Kalau adapun, selalunya dibuat di
sekolah-sekolah. Tahun 2008 konsultan dan
syarikat kami mendapat beberapa jemputan daripada beberapa pihak. Antaranya
ialah daripada jemputan
Persatuan Siswa-Siswi Perubatan Universiti Malaya (PSIPUM) sesi
2007/2008 bagi
menyertai
EKSPO
PERUBATAN ISLAM MALAYSIA (EPISMA) DAN MAJLIS PELANCARAN TABUNG
DAPUR UNTUK DARFUR.
Ekspo berkenaan berlangsung dari 24 - 27 Julai 2008)
di sekitar Dewan
Tunku Cancelor (DTC).

Pada 24
Oktober satu ceramah pengenalan mengenai Perubatan Homeopati disampaikan
oleh konsultan HBI kepada penuntut-penuntut atau pelajar-pelajar MRSM yang
sedang mengikuti program MARA Intensive Gifted & Talented Youth Program.
Ceramah satu jam yang diadakan di surau MRSM Terendak telah memikat hati
ramai pelajar cemerlang berkenaan berkaitan peranan perubatan alternatif,
khususnya homeopati.
Pada
pertengahan Oktober sekali lagi Dr Hatta mendapat panggilan jemputan. Kali
ini jemputan datangnya daripada
RED CRESCENT CLUB (RCC)
AND MEDICAL SCIENCES STUDENT SOCIETY (MEDCY) IN COLLABORATION WITH STUDENT
ACTIVITIES DEPARTMENT UIA
(Universiti Islam Antarabangsa).
Jemputan pameran kali ini berhubung dengan
RAUDHAH FESTIVAL
(RAFEST 2008)
“ ALTERNATIVE REJUVENATION ” EXHIBITION yang diadakan pada
24 - 27 November 2008, bertempat di Dewan Al-Malik Faisal, UIA
Petaling Jaya.

Lagi foto pameran
RaFest.
|