LAMAN KONSULTAN HBI

DRHATTA.COM 2008 - HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

Kembali :

Aktiviti

Pengeluaran Produk

Syarikat memerlukan sokongan kewangan bagi meneruskan cita-cita penerbitan bahan bercetak homeopati khususnya buku-buku dan melayarkan laman info Malaysia Homeopathy Cyber Library. Justeru, pada bulan Februari 2002, syarikat mengeluarkan produk pertama rumusan konsultan HBI.

Produk itu ialah Active IQ dan Homeo-ABC. Pengeluaran dua produk itu diikuti pula dengan rumusan baru mudah bersalin, iaitu Homeo-Pranatal pada tahun berikutnya. Produk ini mendapat pasaran yang baik pada tahun 2002 hingga 2004. Active IQ merupakan penawar terlaris dalam tempoh itu. Tetapi Homeo-ABC dan Homeo-Pranatal menjadi penawar yang kekal di hati pelanggan yang menggunanya secara berterusan meskipun permintaannya tidak sehebat Active IQ.

     

KalauActive IQ dikenali sebagai penawar minda, Homeo-ABC pula adalah penawar pelbagai guna masalah harian. Ia popular sebagai penawar permulaan dan digemari pengguna dari pelbagai peringkat umur tetapi lebih digemari di kalangan kanak-kanak. Homeo-Pranatal baik untuk mereka dalam tempoh kehamilan, bahkan boleh diguna juga selepas bersalin dengan kesan yang amat baik.

Mulai 2008, penawar Active IQ meletup sekali lagi sebagai produk pilihan. Pada tahun ini juga kita dapati beberapa syarikat memohon mendapatkan rumusan yang sama untuk dipasarkan di bawah jenama lain. Justeru, HBI Health & Homoeopathy Centre telah menjadi pembekal kepada beberapa buah syarikat dan individu tertentu yang ingin memasarkan di bawah jenama mereka sendiri.

Satu produk baru yang bakal menjadi pilihan bagi orang dewasa ialah Hi-Fos. Ini merupakan rumusan baru penawar bagi memperkasa minda, tenaga dan saraf.

    

Setelah melalui proses pemantapan yang begitu lama, kini syarikat dalam proses mendaftar produk-produk tersebut (rumusan Konsultan HBI) dengan Kementerian Kesihatan supaya ia dapat dipasarkan secara lebih bebas dan meluas kepada masyarakat di Malaysia.