|
Aktiviti
Pusat Informasi
HBI mulai menjadi pusat
informasi apabila buku pertama diterbitkan dan beberapa tulisan konsultan
HBI, Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD, diterbitkan di dalam majalah dan akhbar. Bagaimanapun, ia benar-benar
menjadi pusat rujukan apabila laman web pertama dilayarkan ke internet pada
tahun 2000 menerusi pelbagai laman dalam geocities dan
tripod.
Laman itu menjadi lebih khusus dan mudah diakses apabila
v3 memberi tempat kepada kami melalui alamat laman yang
lebih mudah dirujuk, iaitu
http://go.to/homeolibrary.
Pada tahun 2004, HBI Helath &
Homoeopathy Centre mulai beroperasi dengan mengguna domain sendiri melalui tapak
atau jejaring berbayar (web
hosting) menerusi nama glamour
http://www.homeolibrary.com. Sejak terbitnya bahan-bahan melalui laman
baru ini, kami mendapat respons yang lebih meluas dan lebih baik daripada
peminat dan pengamal homeopati. Ramai yang memberi perangsang, semangat,
komen-komen dan saranan-saranan yang bermanfaat dengan harapan syarikat ini
memberi servis yang lebih baik kepada pelanggan.
Untuk memberi
pandangan dan penambahbaikan, anda boleh e-melkan kepada
drhatta@homeolibrary.com.
Laman ini akan terus kekal selagi anda tetap bersama kami menguak arus
globalisasi.
|
|