|
Profil Syarikat
Syarikat HBI Health & Homoeopathy
Centre ditubuhkan pada 13 March 1995. Pada awalnya, ia beroperasi di alamat
No 29, Jalan Semilang 14,
42700 Banting, Selangor. Khidmat pertama ialah memberi rawatan homeopati
kepada penduduk sekitar yang mempunyai masalah kesihatan tetapi gagal
dirawat secara moden ataupun menyediakan alternatif rawatan kepada sistem
perubatan moden.
Perkhidmatan syarikat semakin
berkembang apabila ia melibatkan diri dalam genre penerbitan. Pengeluaran
produk bermula apabila Syarikat beroperasi di Jerteh, Terengganu.
Perkembangan semakin ketara apabila dilancarkan talian web informasi menerusi
Malaysia Homeopathy Cyber Library (Perpustakaan Siber Homeopati
Malaysia), modul ditawarkan bagi kuliah/kursus homeopati online dan
kemudian diusahakan pula gerai-gerai promosi
perubatan alternatif khususnya homeopati.
Kini syarikat ini beroperasi secara maya tetapi alamat
berdaftar ialah di Jalan Hospital, Kota Bharu, Kelantan. Suatu kawasan tanah
telah dikenalpasti dan dalam proses penukaran hakmilik untuk dijadikan pusat
operasi HBI di Selangor.
|