DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI

     

SINOPSIS BUKU HBI

 

PENAWAR HOMEOPATI PILIHAN 

[ISBN 983-99179-2-7]

/

 Terbit: 2000

Sebuah buku yang amat menarik, khususnya bagi peminat perubatan herba dan pengamal homeopati yang ingin meninjau lebih jauh berkaitan ubat-ubat atau penawar homeopati yang bersumberkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan. Belum pernah lagi kita temui buku-buku homeopati dalam bahasa Melayu yang memberi fokus khusus kepada penawar-penawar daripada herba sebelum ini sehinggalah lahirnya buku Penawar Homeopati Pilihan.

Buku ketiga keluaran HBI ini memuatkan satu artikel yang khusus dan panjang berkaitan perubatan herba. Ia bermula sejak zaman purba, zaman pertengahan dan renaisans sehingga ke dewasa ini. Bahagian 1, iaitu Sejarah Penggunaan Herba Sebagai Rawatan Perubatan adalah persembahan yang istimewa bagi para pelajar dan pembaca yang berminat. Di hujungnya pula ditambah maklumat berkaitan bagaimana homeopati meningkatkan potensi penawarnya berbanding herba yang biasa digunakan oleh amalan perubatan lain.

Dalam Bahagian 2 pula, dimasukkan hampir 50 remedi-remedi homeopati yang berasaskan herba. Kaedah penerangan simptom-simptom hampir sama dengan buku Materia Medika Boericke, tetapi setiap satunya diperkenalkan daripada segi penggunaannya dalam dos herba yang kemudiannya dibandingkan dengan penggunaannya dalam homeopati.

Setakat ini, antara pembaca yang kerap bertanya buku ini ialah pembaca daripada kalangan pelajar universiti yang sedang membuat kajian berkaitan dengan herba dan homeopati. Stok buku ini amat terhad. Sebahagian stok telah rosak akibat ditenggelami banjir pada tahun 2014 di Kota Bharu. Ia juga tidak mungkin diulang cetak lagi.

Tahniah kepada penulis yang mencurahkan banyak ilmu melalui buku ini buat khazanah penerbitan HBI.

Wa Llahu a’lam. [6 Disember 2018].

 

 

1. Perubatan Homeopati

2. Homeopati: Perubatan Alaf Baru

3. Penawar Homeopati Pilihan

4. Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati

5. Rawatan Asas Homeopati

6. Esei-esei Milenium Baru

7. Tip-tip Motivasi Dan Minda

8. Kamus Istilah Perubatan Homeopati

9. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati

10. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati

11. Materia Medika Terapeutik Teew

12. Organon Perubatan Homeopati

13. Panduan Praktikal Perubatan Homeopati

 

SINOPSIS

(Harga & Pesanan)

INDEX UTAMA

 

   © HBI Health & Homoeopathy Centre 2020.   © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020  (New Version - updated)

AlloWebmaster:drhatta3@yahoo.com