| 
           KATA
          PENGANTAR PRESIDEN PPHM
          
           
          
           Assalamu’alaikum
          wa rahmatuLlah.
          
           
           
          Satu usaha yang hebat dan mantap dalam menterjemahkan buku “Materia Medica” oleh Dr. W Boericke dari Bahasa Inggeris ke Bahasa
          Melayu yang ditulis oleh penulis yang tidak asing lagi di Malaysia
          iaitu Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
          
           
           
          Remedi dalam Materia medika adalah istilah Latin yang
          menunjukkan sifat-sifat terapeutik yang terjadi pada tubuh badan dari
          bahan yang digunakan untuk penyembuhan. Sifat-sifat ini dinyatakan
          dengan jelas dan disusun dengan baik untuk membantu pengamal membuat
          rujukan dalam mempraktik homeopati. 
          
           
           
          Semoga buku ini dapat memberi manfaat yang sepenuhnya kepada
          pembaca kerana penulis sangat teliti dan mengambil masa sepenuhnya
          untuk memastikan isi kandungan buku Homoeopathic Materia Medica oleh Dr. W Boericke dapat
          diterjemahkan dengan alih bahasa yang paling tepat.
          
           
           
          Buku terjemahan “Materia Medika Homeopati” perlu dimiliki
          oleh setiap pengamal Homeopati di Malaysia dalam membuat rujukan dan
          kegunaan harian.
          
           
           
          Akhir kata, tahniah kepada penulis kerana cakna dan berjaya
          melestarikan buku ini dalam bahasa yang mudah difahami.
          
           
          Sekian.
          
           
          
          
          FARIDAH
          BINTI ABDUL RAHMAN
          
           
          Presiden
          Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia, 20
          Mac 2021 
            
          KATA
          ALU-ALUAN SETIAUSAHA AGUNG 
          
           
          KEHORMAT
          MPHM 
          
           
          
           Assalamualaikum
          dan Salam Sejahtera,
          
           
          
            
          Saya amat hargai usaha saudara Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD
          menterjemahkan “Materia Medica”
          Boericke dengan bahasa yang mudah dan membawa makna yang sama dari
          sumber asal yang berbahasa Inggeris. Terjemahan beliau mencerminkan
          kasih beliau kepada homeopathy dan ilmu yang mendalam tentang
          subjeknya .
          
           
           
          Saya harap dengan adanya terjemahan ini, kefahaman kita tentang
          remedi akan berkembang dan akan membuahkan lebih ramai lagi pencinta
          Homeopathy.
          
           
           
          Buku ini bukan sahaja untuk dibaca oleh pengamal, bahkan
          sebaliknya orang awam juga, yang mempunyai minat terhadap Homeopati. 
          
           
           
          Begitu juga semua rawatan yang libatkan ‘getaran’ patut
          baca dan faham betapa setiap bahan di dunia ini ada ‘getaran’
          tertentu yang mampu merawat penyakit yang sebenarnya juga berupa
          ‘getaran’.
          
           
          Sekian.
          
           
          
           DATO’ DR. SURIYAKHATUN OSMAN
          
            (MBBCh, MFHom, DIMP)
          
           
          Setiausaha
          Agung Kehormat, Majlis Perubatan Homeopathy 
          
          Malaysia. 
            
          
          
          
          
          Contoh
          remedi: 
          
           
           
          ABIES
          CANADENSIS-PINUS CANADENSIS 
          Hemlock Spruce 
          Membran mukus mendapat kesan daripada
          Abies Can dan simptom-simptom gastrik adalah petanda paling jelas,
          serta satu keadaan katar perut dihasilkan. Terdapat ketagihan
          luar biasa dan perasaan dingin yang amat karakteristik, terutama bagi
          wanita yang mengalami pengalihan rahim (uterine displacement),
          yang mungkin disebabkan oleh nutrisi yang tidak sempurna serta
          kelemahan (debility). Pernafasan dan tindakan jantung bekerja
          sangat kuat. Ingin berbaring setiap masa; kulit sejuk dan melekit,
          kedua tangan sejuk; sangat pucat. Paru-paru kanan dan hati terasa
          kecil dan keras. Gleet: Discaj menanah akibat infeksi gonorea. 
          Kepala.— Rasa pening-pening
          lalat, mabuk sedikit. Cepat marah. 
          Perut.— Lapar kebulur, serta
          hati tidak cergas. Rasa lapar menggigit-gigit, ada perasaan lemah
          di kawasan hulu hati. Selera kuat, kepinginkan daging, jeruk, lobak,
          lobak putih, articok, dan makanan pelawas. Berkecenderungan untuk
          makan lebih daripada kemampuan pencernaan. Membakar dan perut
          serta abdomen kembung dengan palpitasi (dada berdebar). Flatulens
          mengganggu tindakan jantung. Rasa sakit di sebelah tulang kipas kanan.
          Juga sembelit beserta rasa membakar di dalam rektum. 
          Perempuan.—Rahim beralih (uterine
          displacement). Rasa sakit pada fundus uterus, lega bila ditekan
          atau urut. Keletihan (prostration); ingin membaringkan diri
          setiap masa. Ia merasakan rahimnya lembut dan tidak bermaya. 
          Demam.—Menggigil kesejukan,
          seolah-olah darah itu bagaikan air sejuk (Acon). Sejuk
          kedinginan turun ke belakang. Rasa bagaikan air sejuk di antara kedua
          bahu (Ammon mur). Kulit melekit peluh dan melekat. Berpeluh
          malam (China). 
          Dos.—Potensi pertama hingga
          ketiga. 
          CROCUS SATIVUS 
          Saffron 
          (CROCUS SATIA) 
          Merupakan
          satu remedi yang sering kali berguna dalam hemoraj, darah berwarna
          kehitaman dan bertalian lendir. Menggelenyar dalam beberapa bahagian.
          Korea dan gangguan-gangguan histerikal. Perubahan yang kerap dan
          ekstrim dalam perasaan-perasaan dan keadaan mental. Radang serta ganas
          diikuti dengan rasa penyesalan. Ketawa mania. Kelalian
          mengantuk dan letih kelesuan; lega dengan membuat kerja-kerja
          penulisan. 
          Minda. Keadaan
          berbolak-balik; mania yang menyenangkan; menyanyi-nyanyi dan
          bergelak ketawa. Gembira dan penyayang; kemudian marah. Perubahan
          mendadak daripada seronok keriuhan kepada murung melankoli. Kenangan
          jelas terpancar daripada musik yang didengari (Lyc). 
          Kepala.
          Bergetaran, berdenyut-denyut, ketika klimakterik; melarat semasa haid. 
          Mata.
          Penampilan seolah-olah percikan elektrik. Mesti mengesat kedua mata
          seolah-olah mukus atau air berada di dalamnya. Perasaan dalam kedua
          mata bagaikan baru lepas menangis kuat. Sensasi seolah-olah dia
          (wanita) telah melihat melalui kaca mata yang amat menepati. Kedua
          mata terasa seolah-olah dalam kepulan asap. Anak mata dibesarkan
          dan bertindak secara perlahan. Kedua kelopak mata rasa berat.
          Neuralgia siliari, sakit dari kedua mata membawa ke puncak kepala. Sensasi
          seolah-olah udara sejuk merempuh masuk menerusi mata (Fluor ac;
          Syph). Astenopia beserta fotofobia ekstrim. Ancaman glaukoma;
          embolisme arteri retina tengah. 
          Hidung. Epistaksis.
          Darah gelap, berlendir (bertali atau bertali lendir), membeku.
          Bertalian darah gelap tergantung hingga ke bawah hidung. 
          Abdomen.
          Sembelit degil disebabkan oleh kelembapan saluran utama (portal
          stagnation). Sembelit di kalangan bayi-bayi. Merayap dan
          mencucuk-cucuk halus dalam dubur. Sensasi seolah-olah suatu benda
          hidup berada dalam abdomen, perut, dan sebagainya, terutama di
          sebelah kiri (Calend.). Abdomen membengkak, terasa suatu benda
          berat. 
          Perempuan. Ancaman
          keguguran, terutama apabila darah hemoraj  itu gelap dan
          bertali lendir. Darah mendesak hingga ke kemaluan. Haid gelap,
          likat, terlalu kerap dan banyak, hitam dan berlendir halus.
          Hemoraj rahim; darah beku dengan bertali panjang; melarat
          daripada sedikit pergerakan. Sakit merenggut-renggut di bahagian dalam
          payu dara kiri, seolah-olah tertarik ke belakang oleh seutas benang (Crot
          tig). Satu perasaan melantun-lantun, seolah-olah suatu benda hidup
          berada dalam payu dara kanan. 
          Respiratori.
          Batuk berdehit seperti wisel, serta kahak berbusa, mengandungi
          bebenang seperti benang lilit halus; melarat, berbaring. Nafas berbau
          busuk, memualkan. Perasaan seolah-olah anak tekak, iaitu uvula menjadi
          panjang di kalangan pesakit histerikal. 
          Belakang.
          Perasaan sejuk kedinginan secara tetiba di dalam belakang seolah-olah
          air sejuk telah disimbah ke atasnya; sedang ekstremiti sejuk seperti
          ais. 
          Ekstremiti.
          Kontraksi spasmodik dan sentak-sentakan satu set otot-otot. Korea dan
          histeria, disertai perubahan perasaan yang amat ketara. Seluruh
          anggota atas tertidur, menjadi kaku. Bunyi letusan retak dalam sendi
          pinggul dan kedua lutut. Kelemahan dalam kedua lutut dan kaki.
          Sakit dalam buku lali dan tapak-tapak kaki. 
          Modaliti.
          Melarat, dengan berbaring, cuaca panas, bilik panas, di sebelah
          pagi, berpuasa, sebelum sarapan, melihat secara tepat pada satu-satu
          objek. Lega, dalam udara luar. 
          Hubungan. Antidot: Opium;
          Bell. 
          Bandingkan: Ipec;
          Trillium; Plat; China; Sabina. 
          Dos.
          Tinktur, hingga atenuasi ketiga puluh. 
          CROTALUS HORRIDUS 
          Rattlesnake 
          Racun-racun
          ular secara kimia seharusnya mempunyai Soda Cyan hydrates dan
          lelain garam. Alkohol pula adalah pelarut semulajadi garam-garam ini
          dan merupakan satu antidot. Mempunyai satu tindakan trofik yang
          mendalam. Gangguan nutrisi orang-orang tua. 
          Kedudukan septik
          yang rendah. Kecelaruan umum berkaitan darah, perdarahan dan jaundis.
          Satu suntikan crotalin mengurangkan kadar koagulasi
          (penggumpalan) darah. Dalam epilepsi, kadar puratanya adalah jauh
          lebih besar daripada dalam keadaan normal. Penguraian darah, hemoraj
          (cecair gelap yang tidak membentuk pembekuan), berkecenderungan untuk
          karbunkel, skarlatina malignan, demam kuning, ketika wabak, dan
          kolera, (adalah keadaan-keadaan yang) memberi peluang untuk mengguna
          remedi ini. Diatesis hemoraj. Bertindak sebagai sedatif.
          Tertidur dengan simptom-simptomnya. Tindakan remedi adalah lebih
          kepada sisi kanan. 
          Minda.
          Suasana hati sentimental, mudah menangis; tanggapan dan ingatan kabur;
          tidak sabar. Mesra dan becok, serta berkeinginan melarikan diri.
          Kesedihan. Delusi pereputan serebrum. 
          Kepala.
          Vertigo, pusing serta kelemahan dan menggigil. Sakit oksipital lembap,
          berat membosankan, di sebelah kanan dan mata kanan. Sakit kepala serta
          sakit dalam jantung ketika berbaring sebelah kiri. Sakit kepala; mesti
          berjalan atas hujung jari kaki untuk mengelakkan gegaran. 
          Mata. Amat sensitif
          terhadap cahaya, terutama cahaya lampu. Kedua mata berwarna
          kuning. Ilusi-ilusi; berwarna biru. Neuralgia siliari; Sakit
          mengoyak, mengorek-ngorek, seolah-olah satu potongan telah dibuat
          sekeliling mata. Untuk penyerapan hemoraj intra-okular, ke
          dalam vitreus, tetapi terutamanya untuk hemoraj retina yang bukan
          keradangan (non-inflammatory). Diplobia. 
          Telinga.
          Vertigo pendengaran (auditory). Darah mengalir keluar dari
          telinga. Perasaan tersumbat dalam telinga kanan. 
          Hidung. Epistaksis,
          darah hitam dan bertali, ozena, selepas ekzantemata atau
          sifilis. 
          Muka.
          Akne. Kedua bibir membengkak dan kebas. Berwarna timah dan muka
          kuning. Kancing gigi. 
          Mulut.
          Lidah merah dan kecil, tetapi rasa membengkak. Lidah panas merah,
          kering di tengah, licin dan berkilat. Nafas berbau hapak. Penuh dengan
          air liur. Bila menjelirkan lidah, ia mengarah ke kanan. Mengasah gigi
          secara spasmodik pada waktu malam. Kanser lidah serta hemoraj. 
          Kerongkong.
          Kering, bengkak, merah tua. Spasma pada esofagus; tidak dapat menelan
          sebarang bahan pepejal. Pencerutan sangat ketat. Gangren, serta
          membengkak. 
          Gaster.
          Tidak tahan dengan pakaian melilit pinggang. Tidak dapat mengekalkan
          suatu apa pun; muntahkan makanan seadanya; muntahkan hempedu,
          muntahkan darah. Loya berterusan dan muntah setiap bulan, selepas
          haid. Tidak boleh baring sebelah kanan, tanpa muntahkan bahan hijau
          gelap. Muntah kopi kisar (coffe-grounds) atau muntah hitam.
          Kanser gaster serta muntahkan mukus yang berdarah, berlendir halus.
          Rasa menggigil, bergetar-getar pada bawah epigastrium. Tidak tahan
          dengan pakaian pada paras epigastrium. Rasa kosong kelemahan dan kecut
          perut dalam gaster. Pengulseran perut. Atonic dyspepsia. Radang
          gaster dalam alkoholisme kronik. Kelaparan, mengidamkan stimulan, gula
          atau manis-manisan; tidak sukakan daging. 
          Abdomen.
          Kekembungan, panas, dan lembut. Sakit dalam sekawasan hati atau hepar. 
          Tinja.
          Tahi hitam, halus, busuk, seperti kopi kisar. Hemoraj usus; darah
          gelap, cair, tidak boleh bergumpal. Darah meleleh dari rektum apabila
          berdiri atau berjalan. 
          Perempuan.
          Haid berpanjangan. Dismenorea; sakit menjalar ke bawah pada kedua
          paha, serta kesakitan dalam kawasan jantung. Hemoraj rahim serta rasa
          kosong kelemahan di perut. Demam meroyan (puerperal fever);
          lokia berbau busuk. Phlegmasia alba dolens. Sensasi seolah-olah
          rahim akan tercicir. Sakit menarik dalam ligamen rahim. Tidak dapat
          mengawal kaki supaya diam. 
          Urinari. Kencing
          gelap, mengandungi darah. Kas dalam urin. Buah pinggang keradangan.
          Urin beralbumin, gelap, sedikit (Merc cor). 
          Jantung.
          Tindakan jantung lemah, denyut nadi menggeletar. Palpitasi, terutama
          ketika waktu haid. Perasaan menggeletar pada jantung. 
          Respiratori.
          Batuk, serta ekspektorasi mengandungi darah. Geli menggeletek daripada
          satu tompok kering dalam larinks. 
          Ekstremiti. Kedua
          tangan menggeletar, bengkak. Ekstremiti bawah mudah tertidur, kaku. Kelumpuhan
          sebelah kanan. 
          Demam.
          Demam-demam malignan bercorak hemoragik atau putresen. Remiten bilious
          rendah (Low
          bilious remittents).
          Demam kuning. Peluh berdarah. Meningitis serebro-spinal (Cicuta;
          Cup acet). Perpeluhan sejuk. 
          Kulit. Membengkak
          dan berubah warna, kulit tegang dan menunjukkan setiap warna, serta
          sakit perit. Pembentukan vesikel. Pucat. Seluruh tubuh berwarna
          kuning. Kulit sangat sensitif pada  sebelah kanan badan. Hemoragika
          purpura. Hemoraj daripada setiap bahagian badan. Perpeluhan
          berdarah. Chilblains, felons. Luka-luka terhiris. Erupsi
          letusan berpustul. Sengatan-sengatan serangga. Erupsi selepas
          vaksinasi. Kesan buruk vaksinasi. Limfangitis dan septisemia. Bisul,
          karbunkel, dan erupsi dikelilingi oleh kulit berwarna keungu-unguan,
          gembung dan edema. Anthrax. Perasaan sakit-sakit lega dengan
          tekanan. 
          Tidur.
          Mimpi-mimpi orang yang telah mati. Sentak terkejut dalam tidur.
          Menguap. Perasaan kelemasan (smothering) apabila terjaga. 
          Modaliti.
          Melarat, sebelah kanan; udara lapang; petang dan pagi; dalam musim
          bunga, menyusul semasa cuaca panas; setiap tahun; ketika terjaga;
          lembap dan basah; gegaran. 
          Hubungan.
          Bandingkan: Bothrops; Naja (fenomena semakin gugup cemas); Lachesis
          (kemelaratan lebih jelas di sebelah kiri); Elaps (disaran dalam
          otorea dan gangguan paru-paru kanan); Crotalus cascavella
          (memikir-mikir dan mimpi-mimpi tentang kematian. Kelumpuhan
          artikulasi, payah bernafas dan separa kesedaran. Menghasilkan suatu
          keadaan magnetik; perasaan menghiris di sekeliling bebola mata). Bungarus-Krait
          --(poliomielitis). 
          Antidot: Lach; Alcohol.
          Sinaran haba; camphor. 
          Dos.
          Potensi ketiga hingga keenam. 
          NATRIUM
          SULPHURICUM 
          Sulphate of Sodium-Glauber's Salt 
          (NATRUM SULPHURICUM) 
          Satu
          remedi hati, terutama sekali ditunjukkan untuk individu berkonstitusi
          hidrogenoid, di mana aduan-aduannya adalah disebabkan tinggal di dalam
          rumah yang lembap, di tingkat bawah tanah, bilik bawah tanah. Mereka
          melarat dalam cuaca hujan, air dalam sebarang rupa. Merasai
          setiap perubahan daripada kering kepada basah; tidak boleh makan
          apa-apa sayuran yang tumbuh berhampiran air, ataupun ikan. Sentiasa
          merasa selesa dalam udara panas, kering. Secara klinikal, ia telah
          didapati berharga untuk rawatan meningitis spina (spinal
          meningitis), simptom-simptom akibat kecederaan di kepala,
          juga masalah-masalah mental berikutannya. Setiap musim bunga,
          gangguan-gangguan kulit muncul kembali. Kecenderungan untuk tumbuh
          ketuat. Melibatkan jari-jari tangan dan kaki. Gout kronik (Lycop). 
          Minda.
          Muzik yang menghidupkan suasana menyedihkannya. Murung melankoli,
          dengan serangan-serangan kegilaan berkala. Kecenderungan membunuh
          diri; mesti berikhtiar menahan diri. Ketidakupayaan untuk
          berfikir. Tidak suka bercakap, atau diucapkan kepadanya. 
          Kepala.
          Sakit oksipital. Tusukan menyucuk-nyucuk di dalam telinga. Vertigo;
          lega dengan perpeluhan di kepala. Perasaan bagai meletup tatkala
          batuk. Rasa panas pada puncak kepala. Sakit seperti digerudi dalam
          pelipis kanan, didahului oleh rasa membakar dalam gaster. Kesan-kesan
          buruk akibat terjatuh dan kecederaan di kepala, dan masalah-masalah
          mental yang timbul selepas itu. Mimpi-mimpikan air mengalir. 
          Telinga.
          Sakit menusuk melekat, sakit telinga, Menyucuk-nyucuk secepat kilat
          dalam cuaca lembap. 
          Hidung.
          Katar hidung, serta discaj tebal kental, berwarna kuning dan mukus
          terasa masin. Koriza. Epistaksis. Ethmoiditis. 
          Mata.
          Konjunktiva berwarna kuning. Kelopak mata bergranul. Fotofobia (Graphites). 
          Mulut.
          Mukus berlendir, tebal, kenyal, berwarna putih.
          Pengecapan pahit, lepuh-lepuh di lelangit. 
          Kerongkong.
          Hingus tebal, kuning, jatuh daripada lubang hidung belakang. 
          Gaster.
          Muntahan masam. Salutan berwarna coklat, pahit pada lidah.
          Berwajah kuning. Dahagakan sesuatu yang sejuk. Muntah hempedu,
          dispepsi berasid, dengan pedih hulu hati dan flatulens. 
          Abdomen.
          Katar duodenum; hepatitis; ikterus dan muntahkan hempedu; hati
          sakit dengan sentuhan, serta sakit menyucuk-nyucuk, tajam; tidak boleh
          berpakaian ketat sekeliling pinggang, melarat, berbaring di sebelah
          kir. Flatulens; kolik angin dalam kolon menaik; melarat,
          sebelum sarapan. Membakar dalam abdomen dan dubur. Sakit memar dan
          desakan untuk berak. Diarea tahi-tahi kuning, cair berair. Tahi-tahi
          longgar di sebelah pagi, melarat, selepas diserang cuaca basah
          lembap. Tahi keluar dengan tidak sengaja, apabila berkentut. Saiz
          najis terlampau besar. 
          Urin.
          Penuh dengan hempedu. Endapan seperti habuk batu-bata. Sekresi
          berlebihan. Diabetes. 
          Perempuan.
          Perdarahan hidung semasa haid, yang tajam akrid dan berlebihan.
          Membakar dalam farinks semasa haid. Herpetic vulvitis. Leukorea berwarna
          hijau kekuningan, berikutan gonorea di kalangan wanita.
          Leukorea beserta serak keparauan. 
          Lelaki.
          Kondilomata; ketumbuhan yang lembut, berisi daging; discaj kehijauan.
          Gonorea; discaj tebal, kehijauan; sakit sedikit. 
          Respiratori.
          Dispnea, semasa cuaca lembap. Mesti memegang dada apabila
          batuk. Asma melengas lembap; berdetaran dalam dada, pada jam 4 dan
          5 pagi. Batuk, serta ekspektorasi tebal bertali,
          kehijau-hijauan; dada terasa kosong. Sentiasa ingin menarik nafas
          dalam-dalam dan panjang. Asma pada kanak-kanak, sebagai
          satu remedi konstitusi. Resolusi tertangguh dalam pneumonia. Melonjak
          bangun dari tempat tidur kerana batuk yang menyakitkannya; memegang
          sisi yang sakit (Bry). Sakit melalui dada kiri bawah.
          Setiap kesejukan baru menyebabkan serangan asma. 
          Belakang.
          Terasa gatal apabila menanggalkan pakaian. Sakit-sakit keras kuat
          dalam belakang leher, dan di pangkal otak. Sakit menikam
          di antara skapula. Meningitis spina; opisthotonos. 
          Ekstremiti.
          Bengkak pada kelenjar aksilari. Inflamasi sekitar pangkal kuku.
          Membakar dalam telapak; edema pada kaki; gatal antara jari-jari kaki.
          Gout. Sakit dalam anggota-anggota badan, memaksa supaya kerap merubah
          posisi. Sibuk melakukan pelbagai kerja. Sakit dalam sendi-sendi
          pinggul, melarat sebelah kiri, melarat, membongkok. Kaku kekejangan
          pada lutut-lutut, letusan meretak dalam sendi-sendi. Reumatisme,
          melarat dalam cuaca lembap, sejuk. 
          Kulit.
          Gatal sambil/ketika menanggalkan pakaian. Jaundis, lepuh-lepuh berair.
          Ketumbuhan sikotik; tumbuh benjol merah seperti ketuat di seluruh
          tubuh. 
          Modaliti.
          Melarat, dengan muzik (membuat dia (wanita) bersedih); berbaring
          sebelah kiri; kelembapan tingkat bawah tanah, cuaca lembap. Lega,
          dalam cuaca kering, dengan tekanan, menukar posisi. 
          Hubungan.
          Bandingkan: Natrum succinate (5 gr setiap 3 jam.
          Jaundis kataral). Malaria officinalis -decomposed
          vegetable matter-- (Mempunyai kuasa yang terbukti dapat menyebabkan
          lenyapnya plasmodium malaria. Kakeksia malaria. Perasaan kelesuan
          umum. Afeksi-afeksi limpa. Malaria dan reumatisme. Penyakit-penyakit
          hepatik fungsional. Potensi keenam dan lebih tinggi). Natrum
          choleinicum -Fel Tauri Depuratum-- (sembelit; gastrik kronik dan
          katar usus; sirosis hepar; diabetes; sakit-sakit di kuduk
          leher; kecenderungan untuk tidur selepas makan; banyak angin dan
          kentut; asites); Momordica -Balsam Apple-- (Kolik,
          dismenorea dengan rempuhan darah). Sulp; Thuja; Merc.:
          stilling. 
          Saling
          melengkapi/Komplementari; Ars; Thuja. 
          Dos.
          Triturasi pertama hingga kedua belas. 
          ZIZIA
          AUREA 
          Meadow Parsnip 
          (THASPIUM AUREUM - ZIZIA) 
          Histeria,
          epilepsi, korea, hipokondriasis, termasuk dalam lingkungan pengaruh
          remedi ini. 
          Minda.
          Berfikir tentang bunuh diri; kemurungan; ketawa dan mood meratap
          tangis berselang-seli. 
          Kepala.
          Rasa tekanan atas puncak, dalam pelipis kanan, berkait  dengan
          sakit belakang. 
          Lelaki.
          Kelesuan (lassitude) hebat berikutan persetubuhan. Tenaga seksual
          bertambah. 
          Perempuan.
          Neuralgia intermiten pada ovari kiri. Leukorea tajam akrid, melimpah,
          beserta haid terencat lewat. 
          Respiratori.
          Batuk jenis kering, dengan menyucuk-nyucuk halus dalam dada. Dispnea. 
          Ekstremiti.
          Perasaan keletihan luar biasa. Chorea, terutama ketika tidur.
          Kedua kaki bergelisah (Tarant). Ketempangan dalam
          lengan-lengan dan sentakan spasmodik. 
          Modaliti.
          Melarat, semasa tidur. 
          Hubungan.
          Bandingkan: Agar; Stram; Tarant; Cicuta; Aethusa. 
          Dos.
          Tinktur, hingga potensi ketiga. 
          
          
           
            
            
          Petikan daripada buku Materia Medika Homeopati
          (2021)  |