SETITIS
AIRMATA DAN SEULAS SENYUMAN
Takkan kutukar dukacita hatiku demi
kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan
yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak
tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas
senyuman.
Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan
memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang
tersembunyi. Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera
kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepada
tuhan.
Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah
hati; Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam
kewujudan.
Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat
dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus
asa.
Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang
ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat
menyusahkan orang. Telah kudengar keluhan mereka dalam hasrat
kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang
termanis.
Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan
tidur, memeluk kerinduannya. tatkala pagi menghampiri, ia membuka
bibirnya demi menyambut ciuman matahari.
Kehidupan sekuntum
bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan. Setitis airmata dan
seulas senyuman.
Air laut menjadi wap dan naik menjelma
menjadi segumpal mega. Awan terapung di atas pergunungan dan
lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran
ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali
ke laut, rumahnya.
Kehidupan awan-gemawan itu adalah
sesuatu perpisahan dan pertemuan. Bagai setitis airmata seulas
senyuman. Dan, kemudian jiwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih
besar, bergerak di dunia zat melintas bagai segumpal mega
diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.
Menuju
samudera cinta dan keindahan - kepada Tuhan.
:+:
Khalil Gibran :+:
7 ALASAN MENCELA
DIRI
Tujuh kali aku pernah mencela
jiwaku, pertama kali ketika aku melihatnya lemah, padahal
seharusnya ia bisa kuat.
Kedua kali ketika melihatnya
berjalan terjongket-jongket dihadapan orang yang
lumpuh
Ketiga kali ketika berhadapan dengan pilihan yang
sulit dan mudah ia memilih yang mudah
Keempat kalinya,
ketika ia melakukan kesalahan dan cuba menghibur diri dengan
mengatakan bahawa semua orang juga melakukan
kesalahan
Kelima kali, ia menghindar kerana takut, lalu
mengatakannya sebagai sabar
Keenam kali, ketika ia mengejek
kepada seraut wajah buruk padahal ia tahu, bahawa wajah itu
adalah salah satu topeng yang sering ia pakai
Dan ketujuh,
ketika ia menyanyikan lagu pujian dan menganggap itu sebagai suatu
yang bermanfaat
:+: Kahlil Gibran :+:
|