IBU
Ibu merupakan kata tersejuk
yang dilantunkan oleh bibir - bibir manusia. Dan "Ibuku"
merupakan sebutan terindah. Kata yang semerbak cinta dan
impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman
jiwa.
Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka
lara, impian kta dalam rengsa, rujukan kita di kala nista. Ibu
adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa
pun yang kehilangan ibinya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci
yang senantiasa merestui dan memberkatinya.
Alam semesta
selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang
menyusuinya melalui panasnya. Matahari tak akan pernah
meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak,
syahdu tembang beburungan dan sesungaian.
Bumi adalah ibu
pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan
membesarkannya. Pepohonan dan bebungaan adalah ibu yang tulus
memelihara bebuahan dan bebijian.
Ibu adalah jiwa keabadian
bagi semua wujud. Penuh cinta dan kedamaian.
:+: Khalil
Gibran :+:
WAKTU
Dan
seorang pakar astronomi berkata, "Guru, bagaimanakah perihal
Waktu?"
Dan dia menjawab: Kau ingin mengukur waktu yang
tanpa ukuran dan tak terukur. Engkau akan menyesuaikan tingkah
lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan
musim. Suatu ketika kau ingin membuat anak sungai, di mana atas
tebingnya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya.
Namun
keabadian di dalam dirimu adalah kesedaran akan kehidupan nan
abadi, Dan mengetahui bahawa semalam hanyalah kenangan utk hari
ini dan esok adalah harapan dan impian utk hari ini. Dan
yang menyanyi dan merenung dari dalam jiwa, sentiasa menghuni
ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa. Siapa di
antara kalian yang tidak merasa bahawa daya mencintainya tiada
batasnya? Dan siapa pula yang tidak merasa bahawa cinta sejati,
walau tiada batas, terkandung di dalam inti dirinya, dan tiada
bergerak dari fikiran cinta ke fikiran cinta, pun bukan dari
tindakan cinta ke tindakan cinta yang lain? Dan bukanlah sang
waktu sebagaimana cinta, tiada terbahagi dan tiada kenal
ruang?
Tapi jika di dalam fikiranmu baru mengukur waktu ke
dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkumi semua musim yang
lain, Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan
kenangan dan masa depan dengan kerinduan.
:+: Khalil Gibran :+:
SEMALAM
Semalam aku sendirian di
dunia ini, kekasih; dan kesendirianku... sebengis
kematian... Semalam diriku adalah sepatah kata yang tak
bersuara..., Di dalam fikiran malam. Hari ini...
aku menjelma menjadi sebuah nyanyian menyenangkan di atas lidah
hari. Dan, ia berlangsung dalam seminit dari sang waktu
yang melahirkan sekilas pandang, sepatah kata, sebuah desakan
dan... sekucup ciuman
:+: Khalil
Gibran :+:
KATA SELEMBAR KERTAS
SEPUTIH SALJU
Kata selembar kertas seputih
salju,"Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni
selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih
daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh
sesuatu yang kotor."
Tinta botol mendengar kata
kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani
mendekatinya. Pensil-pensil beraneka warna pun mendengarnya, dan
mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar kertas yang
seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya -suci dan murni-
dan kosong.
:+: Khalil
Gibran :+:
|
 |
| |
 |
ANAK
Dan seorang perempuan yang menggendong bayi
dalam dakapan dadanya berkata, Bicaralah pada kami perihal
Anak.
Dan dia berkata: Anak-anakmu bukanlah
anak-anakmu Mereka adalah anak-anak kehidupan yang rindu akan
dirinya sendiri Mereka dilahirkan melalui engkau tapi bukan
darimu Meskipun mereka ada bersamamu tapi mereka bukan
milikmu
Pada mereka engkau dapat memberikan cintamu, tapi
bukan fikiranmu Kerana mereka memiliki fikiran mereka
sendiri Engkau bisa merumahkan tubuh-tubuh mereka, tapi bukan
jiwa mereka Kerana jiwa-jiwa itu tinggal di rumah hari esok, yang
tak pernah dapat engkau kunjungi meskipun dalam mimpi Engkau bisa
menjadi seperti mereka, tapi jangan cuba menjadikan mereka
sepertimu Kerana hidup tidak berjalan mundur dan tidak pula
berada di masa lalu
Engkau adalah busur-busur tempat anakmu
menjadi anak-anak panah yang hidup diluncurkan Sang pemanah telah
membidik arah keabadian, dan ia merenggangkanmu dengan kekuatannya,
sehingga anak-anak panah itu dapat meluncur dengan cepat dan
jauh. Jadikanlah tarikan tangan sang pemanah itu sebagai
kegembiraan Sebab ketika ia mencintai anak-anak panah yang
terbang, maka ia juga mencintai busur teguh yang telah
meluncurkannya dengan sepenuh kekuatan.
(Dari 'Cinta,
Keindahan, Kesunyian')
:+: Kahlil Gibran
:+:
Nyanyian
Sukma
Di dasar
relung jiwaku Bergema nyanyian tanpa kata; sebuah lagu yang
bernafas di dalam benih hatiku, Yang tiada dicairkan oleh tinta
di atas lembar kulit ; ia meneguk rasa kasihku dalam jubah yg
nipis kainnya, dan mengalirkan sayang, Namun bukan menyentuh
bibirku.
Betapa dapat aku mendesahkannya? Aku bimbang dia
mungkin berbaur dengan kerajaan fana Kepada siapa aku akan
menyanyikannya?
Dia tersimpan dalam relung sukmaku Kerna
aku risau, dia akan terhempas Di telinga pendengaran yang
keras.
Pabila kutatap penglihatan batinku Nampak di
dalamnya bayangan dari bayangannya, Dan pabila kusentuh hujung
jemariku Terasa getaran kehadirannya.
Perilaku tanganku
saksi bisu kehadirannya, Bagai danau tenang yang memantulkan
cahaya bintang-bintang bergemerlapan. Air mataku menandai
sendu Bagai titik-titik embun syahdu Yang membongkarkan rahsia
mawar layu.
Lagu itu digubah oleh renungan, Dan
dikumandangkan oleh kesunyian, Dan disingkiri oleh
kebisingan, Dan dilipat oleh kebenaran, Dan diulang-ulang oleh
mimpi dan bayangan, Dan difahami oleh cinta, Dan disembunyikan
oleh kesedaran siang Dan dinyanyikan oleh sukma
malam.
Lagu itu lagu kasih-sayang, Gerangan 'Cain' atau
'Esau' manakah Yang mampu membawakannya
berkumandang?
Nyanyian itu lebih semerbak wangi daripada
melati: Suara manakah yang dapat menangkapnya? Kidung itu
tersembunyi bagai rahsia perawan suci, Getar nada mana yang mampu
menggoyahnya?
Siapa berani menyatukan debur ombak
samudra dengan kicau bening burung malam? Siapa yang berani
membandingkan deru alam, Dengan desah bayi yang nyenyak di
buaian?
Siapa berani memecah sunyi Dan lantang menuturkan
bisikan sanubari Yang hanya terungkap oleh hati? Insan mana
yang berani melagukan kidung suci Tuhan?
(Dari 'Dam'ah Wa Ibtisamah'
-Setitis Air Mata Seulas Senyuman)
:+: Khalil Gibran
:+:
|
 |
| |