INDAHNYA
KEMATIAN
Bahagian 1 ~
Panggilan
Biarkan
aku terbaring dalam lelapku, kerana jiwa ini telah dirasuki cinta,
dan biarkan daku istirahat, kerana batin ini memiliki segala
kekayaan malam dan siang. Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah
dupa nan mewangi di sekeliling ranjang ini, dan taburi tubuh ini
dengan wangian melati serta mawar. Minyakilah rambut ini dengan
puspa dupa dan olesi kaki-kaki ini dengan wangian, dan bacalah
isyarat kematian yang telah tertulis jelas di dahi ini. Biarku
istirahat di ranjang ini, kerana kedua bola mata ini telah teramat
lelahnya; Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran dan
menyejukkan jiwaku; Terbangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan
tabir lara hatiku.
Nyanyikanlah
masa-masa lalu seperti engkau memandang fajar harapan dalam
mataku, kerana makna ghaibnya begitu lembut bagai ranjang kapas
tempat hatiku berbaring. Hapuslah air matamu, saudaraku, dan
tegakkanlah kepalamu seperti bunga-bunga menyemai jari-jemarinya
menyambut mahkota fajar pagi. Lihatlah Kematian berdiri
bagai kolom-kolom cahaya antara ranjangku dengan jarak
infiniti; Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran kepak
sayap-sayapnya. Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal
buatku. Ciumlah mataku dengan seulas senyummu. Biarkan
anak-anak merentang tangan-tangan mungilnya buatku dengan
kelembutan jemari merah jambu mereka; Biarkanlah Masa
meletakkan tangan lembutnya di dahiku dan
memberkatiku; Biarkanlah perawan-perawan mendekati dan melihat
bayangan Tuhan dalam mataku, dan mendengar Gema Iradat-Nya
berlarian dengan nafasku....
:+: Khalil Gibran :+:
BAGI
SAHABATKU YANG TERTINDAS
Wahai engkau yang dilahirkan di atas ranjang
kesengsaraan, diberi makan pada dada penurunan nilai, yang bermain
sebagai seorang anak di rumah tirani, engkau yang memakan roti
basimu dengan keluhan dan meminum air keruhmu bercampur dengan
airmata yang getir.
Wahai askar yang diperintah oleh hukum
yang tidak adil oleh lelaki yang meninggalkan isterinya,
anak-anaknya yang masih kecil, sahabat-sahabatnya, dan memasuki
gelanggang kematian demi kepentingan cita-cita, yang mereka sebut
'keperluan'.
Wahai penyair yang hidup sebagai orang asing
di kampung halamannya, tak dikenali di antara mereka yang
mengenalinya, yang hanya berhasrat untuk hidup di atas sampah
masyarakat dan dari tinggalan atas permintaan dunia yang hanya
tinta dan kertas.
Wahai tawanan yang dilemparkan ke dalam
kegelapan kerana kejahatan kecil yang dibuat seumpama kejahatan
besar oleh mereka yang membalas kejahatan dengan kejahatan,
dibuang dengan kebijaksanaan yang ingin mempertahankan hak melalui
cara-cara yang keliru.
Dan engkau, Wahai wanita yang
malang, yang kepadanya Tuhan menganugerahkan kecantikan. Masa muda
yang tidak setia memandangnya dan mengekorimu, memperdayakan
engkau, menanggung kemiskinanmu dengan emas. Ketika kau menyerah
padanya, dia meninggalkanmu. Kau serupa mangsa yang gementar dalam
cakar-cakar penurunan nilai dan keadaan yang
menyedihkan.
Dan kalian, teman-temanku yang rendah hati,
para martir bagi hukum buatan manusia. Kau bersedih, dan
kesedihanmu adalah akibat dari kebiadaban yang hebat, dari
ketidakadilan sang hakim, dari licik si kaya, dan dari keegoisan
hamba demi hawa nafsunya
Jangan putus asa, kerana di
sebalik ketidakadilan dunia ini, di balik persoalan, di balik awan
gemawan, di balik bumi, di balik semua hal ada suatu kekuatan yang
tak lain adalah seluruh kadilan, segenap kelembutan, semua
kesopanan, segenap cinta kasih.
Engkau laksana bunga yang
tumbuh dalam bayangan. Segera angin yang lembut akan bertiup dan
membawa bijianmu memasuki cahaya matahari tempat mereka yang akan
menjalani suatu kehidupan indah.
Engkau laksana pepohonan
telanjang yang rendah kerana berat dan bersama salju musim dingin.
Lalu musim bunga akan tiba menyelimutimu dengan dedaunan hijau dan
berair banyak.
Kebenaran akan mengoyak tabir airmata yang
menyembunyikan senyumanmu. Saudaraku, kuucapkan selamat datang
padamu dan kuanggap hina para penindasmu.
:+: Khalil
Gibran :+:
|
 |
| |
 |
TANYA SANG
ANAK
Konon pada suatu desa terpencil Terdapat
sebuah keluarga Terdiri dari sang ayah dan ibu Serta seorang
anak gadis muda dan naif!
Pada suatu hari sang anak
bertanya pada sang ibu! Ibu! Mengapa aku dilahirkan
wanita? Sang ibu menjawab,"Kerana ibu lebih kuat dari
ayah!" Sang anak terdiam dan berkata,"Kenapa jadi
begitu?"
Sang anak pun bertanya kepada sang ayah! Ayah!
Kenapa ibu lebih kuat dari ayah? Ayah pun menjawab,"Kerana
ibumu seorang wanita!!! Sang anak kembali terdiam.
Dan
sang anak pun kembali bertanya! Ayah! Apakah aku lebih kuat
dari ayah? Dan sang ayah pun kembali menjawab," Iya, kau adalah
yang terkuat!" Sang anak kembali terdiam dan sesekali mengerut
dahinya.
Dan dia pun kembali melontarkan pertanyaan yang
lain. Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ibu? Ayah kembali
menjawab,"Iya kaulah yang terhebat dan terkuat!" "Kenapa ayah,
kenapa aku yang terkuat?" Sang anak pun kembali melontarkan
pertanyaan.
Sang ayah pun menjawab dengan perlahan dan
penuh kelembutan. "Kerana engkau adalah buah dari
cintanya! Cinta yang dapat membuat semua manusia tertunduk dan
terdiam. Cinta yang dapat membuat semua manusia buta, tuli serta
bisu!
Dan kau adalah segalanya buat kami. Kebahagiaanmu
adalah kebahagiaan kami. Tawamu adalah tawa kami. Tangismu
adalah air mata kami. Dan cintamu adalah cinta kami.
Dan
sang anak pun kembali bertanya! Apa itu Cinta, Ayah? Apa itu
cinta, Ibu? Sang ayah dan ibu pun tersenyum! Dan mereka pun
menjawab,"Kau, kau adalah cinta kami sayang.."
:+: Khalil
Gibran :+:
KISAHKU
Dengarkan
kisahku... .
Dengarkan, tetapi jangan menaruh belas kasihan padaku:
kerana belas kasihan menyebabkan kelemahan, padahal aku masih
tegar dalam penderitaanku..
Jika kita mencintai, cinta kita
bukan dari diri kita, juga bukan untuk diri kita. Jika kita
bergembira, kegembiraan kita bukan berada dalam diri kita, tapi
dalam Hidup itu sendiri. Jika kita menderita, kesakitan kita tidak
terletak pada luka kita, tapi dalam hati nurani
alam.
Jangan kau anggap bahawa cinta itu datang kerana
pergaulan yang lama atau rayuan yang terus menerus. Cinta adalah
tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat,
ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan dari generasi ke
generasi.
Wanita yang menghiasi tingkah lakunya
dengan keindahan jiwa dan raga adalah sebuah kebenaran, yang
terbuka namun rahsia; ia hanya dapat difahami melalui cinta, hanya
dapat disentuh dengan kebaikan; dan ketika kita mencuba untuk
menggambarkannya ia menghilang bagai segumpal wap.
:+: Kahlil
Gibran :+:
SYUKUR
Bangun di
fajar subuh dengan hati seringan awan Mensyukuri hari baru
penuh sinar kecintaan Istirahat di terik siang merenungkan
puncak getaran cinta Pulang di kala senja dengan syukur penuh
di rongga dada Kemudian terlena dengan doa bagi yang tercinta
dalam sanubari Dan sebuah nyanyian kesyukuran terpahat di bibir
senyuman
:+: Kahlil Gibran :+:
|
 |
| |