Materia Medica Homeopati

(Terjemahan Homoeopathic Materia Medica Boericke)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Karya/Disusun semula oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2019-21

MAIN

1 Abies-Can  2 Abies Nig  3 Abrotanum  4 Abrus Pre  5 Absinthium  6 Acalypha Indica  7 Acetanilidum  8 Aceticum Acidum  9 Aconite  10 Actaea Spicata  11 Adonis Vernalis  12 Adrenalin  13 Aesculus_H  14 Aethiop 15 Aethusa Cyn  16 Agaricus muscarius  17 Agave  18 Agnus Castus  19 Agraphis  20 Ailanthus_Gl  21 Aletris Far  22 Alfalfa  23 Allium Cepa  24 Allium Sativum  25 Alnus  26 Aloe Soc  27 Alstonia  28 Alumen  29 Alumina  30 Alumina Silicat   

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diem nonummy nibh euismod tincidunt ut lacreet dolore magna aliguam erat volutpat. Ut wisis enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tution ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis te feugifacilisi.

ABROTANUM
Southernwood

Remedi yang sangat berguna dalam marasmus, terutama yang melibatkan tungkai bawah sahaja, tetapi nafsu makannya masih baik. Metastasis. Reumatisme selepas diarea. Kesan buruk kerana penyakitnya dipendam ke dalam khususnya bagi pesakit gout. Peritonitis tuberkulosis (tuberculous peritonitis). Pleurisi eksudatif (exudative pleurisy) dan lelain proses eksudatif.

Digunakan selepas pembedahan bahagian dada bagi kes hidrotoraks atau empiema (empyaemia), di mana masih terdapat rasa tertekan. Hemoroid melarat apabila reumatisme semakin pulih. Hidung berdarah dan hidrosel pada budak lelaki.

Pesakit yang terasa amat lemah selepas dijangkiti influenza. (Kali phos).

Minda. Perengus serta kuat meragam, merengsa, bimbang, murung.

Muka. Berkedut, sejuk, kering, pucat. Lingkaran biru mengelilingi kedua mata yang kelihatan pudar suram. Banyak jerawat hitam (comedones) serta kurus kering. Hidung berdarah. Angioma bahagian muka.

Gaster. Rasa halus berlendir. Ada selera makan, tetapi semakin kurus. Makanan turun tanpa dicerna. Sakit dalam perut; melarat di sebelah malam; sakitnya memotong-motong, menggigit-gigit. Perut dirasakan seolah-olah terapung-apung di dalam air; terasa sejuk. Lapar menggigit dan bersungut lapar. Tidak cerna, serta memuntahkan banyak cecair yang berbau.

Abdomen. Terasa ketulan keras dalam abdomen. Kembung angin. Sembelit dan cirit-birit berselang seli. Hemoroid; kerap rasa nak buang air; najisnya mengandungi darah; melarat bila saja sakit reumatik beransur reda. Askarid (ascrides). Menjulur dari pusat. Rasa seolah-olah isi perut turun ke bawah.

Respiratori. Perasaan tersentuh. Respirasi terhalang. Batuk jenis kering selepas cirit-birit. Sakit merentasi dada; lebih teruk di kawasan jantung.

Belakang. Leher sangat lemah sehingga tidak dapat ditegakkan. Belakang tempang toidak berdaya, lemah, dan menyakitkan. Sakit di dalam ruas tulang belakang menjalar di sepanjang korda sperma. Sakit dalam sakrum, serta hemoroid.

Ekstremiti. Sakit dalam kedua bahu, kedua lengan, kedua pergelangan tangan, dan kedua buku lali. Rasa menyucuk dan kesejukan di dalam jari jemari dan kaki. Kedua kaki tersangat halus, kurus. Kedua sendi juga tegang/keras dan lumpuh/tempang. Kesemua anggota badan mengalami kontraksi yang menyakitkan (Amm mur).

Kulit. Letusan keluar di bahagian muka; kerana ditekan ke dalam, dan kulit menjadi keunguan. Kulit juga menjadi lembik dan longgar. Furunkel. Rambut gugur. Lepuh-lepuhan yang menggatalkan.

Modaliti. Melarat dengan air sejuk, penanahan. Lega bila bergerak.

Hubungan. Bandingkan dengan: Scrophularia; Bryonia; Stellaria; Benzoic acid, dalam kes gout. Iodine, Natr mur bagi marasmus.

Dos. Gunakan potensi ketiga hingga ketiga puluh.

 

ABRUS PRECATORIUS -- JEQUIRITY
Crab's Eye Vine
(JEQUIRITY - ARBRUS PRECATORIUS)

Epitelioma, lupus, ulser, kedua kelopak mata bergranul.

Mata.—Konjunktivitis bernanah; keradangan merebak ke bahagian muka dan leher. Oftalmia bergranul. Keratitis.

Hubungan.-- Bandingkan: Jequiritol (dalam kes trakoma dan panus dalam membentuk satu inflamasi penanahan baru. Racun proteid yang terkandung di dalam bijian Jequirity hampir identikal daripada segi sifat-sifat toksik dan fisiologi dengan kandungan asas yang serupa yang ditemui di dalam bisa ular).

Dos.—Tinktur ibu dicairkan serta diguna secara lokal. Potensi 3x diambil secara internal.