| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  B
   | 
  
      | 
 |||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Bach remedies  Remedi-remedi Bach; lih. Bach
  flower remedies. Bach flower remedies  Remedi-remedi bunga Dr. Bach; remedi-remedi
  yang disediakan drpd tumbuh-tumbuhan. Formula bagi sistem yang mengandungi 38
  remedi yang diperkenalkan oleh seorang ahli homeopati dan bakteriologis iaitu
  Dr. Edward Bach pada tahun 1930an. Backbone  Tulang belakang; satu siri tulang vertebra
  yg tersusun memanjang dari tengkorak ke bahagian koksiks. Bacteria  Bakteria, kuman bakteria; organisma
  mikroskopik.  Bacteriologist  Ahli bakteriologi. Bacteriology  Bakteriologi, kajian tentang bakteria Balanitis  Balanitis, inflamasi hujung zakar atau
  kelentit. Balanoposthitis  Balanopostitis;
  inflamasi kulit khatan dan permukaan glans zakar di bawahnya. Barber's itch  Gatal Barber; inflamasi
  folikel rambut berpustul dlm kulit di kawasan janggut tumbuh di kalangan kaum
  lelaki. Barbiturate  Barbiturat; ubat dadah
  yg berasal drpd asid barbiturik yg menekan aktiviti sistem saraf pusat, spt Amylobarbitone dan Phenobarbitone. Sebahagiannya
  digunakan sbg pil tidur, sedatif atau anestatik dlm perubatan alopati. Barometer  Barometer; alat utk mengukur
  tekanan atmosfera, seseorang yg sensitif dgn sedikit perubahan atmosfera. Base  Dasar, bes; ramuan utama bagi salap atau
  persediaan perubatan lain; bergerak balas dgn asid utk membentuk garam dan
  air sahaja. Batch number  Nombor kelompok. Bazin's disease  Penyakit Bazin;
  penyakit kulit kronik pada wanita-wanita muda yg dicirikan dgn nodul-nodul yg
  mengembang di bawah kulit betis, boleh menjadi ulser. Beat  Denyut; gerakan turun naik (kembang
  kempis) sesuatu struktur seperti gerakan nadi dan jantung.   Bedsore  Ulser katil; inflamasi dan ulser yg
  terjadi pada bahagian anggota yg tertekan pada tilam bg pesakit yg terlantar
  di atas katil.      Belching  Sendawa; pengeluaran gas dari gaster
  melalui mulut yg diiringi dengan bunyi sekali.  Belladonna  Beladona; sejenis tumbuhan yang
  mengandungi alkaloid beracun, atau dadah yang digunakan bagi membantu masalah
  kekejangan; Atropa belladona
  merupakan salah satu penawar polikrest homeopati yg diberi dlm bentuk potensi
  bagi merawat pelbagai kes termasuk sakit 
  kekejangan, sakit kerongkong, beguk dan demam skarlet berasaskan
  simptom. Belly  Perut; abdomen atau kaviti abdominal. Bell's palsy  Palsi Bell; edema atau
  kelumpuhan saraf fasial yg mengakibatkan kelemahan otot pd satu sisi muka. Benign  Benigna; berkaitan dgn tumor atau penyakit
  yg tidak malignan atau tidak serius.   Beri-beri  Beri-beri; penyakit akibat kekurangan
  vitamin B1. Simptomnya termasuk neuritis, kelumpuhan, edema dan kemerosotan
  mental. Bile  Hempedu; cecair berwarna hijau, terasa
  pahit, yg dirembeskan oleh hati.  Bile acid  Asid hempedu; hasil degradasi kolesterol
  yg didapati di dlm cecair hempedu.   Biliary colic  Kolik biliari; sakit
  kolik akibat pergerakan batu hempedu di dalam duktus hempedu.  Bilious
  Berhempedu; mengandungi hempedu atau istilah umum bg memerihalkan serangan
  loya atau muntah-muntah.  Bilirubin  Bilirubin; pigmen berwarna
  kekuning-kuningan di dalam hempedu. Biliuria  Biliuria; kehadiran hempedu dalam air
  kencing atau satu ciri bentuk jaundis tertentu.   Biochemistry  Biokimia, kimia hayat; biokimia
  homeopati merujuk kepada penawar-penawar biokimia yang diperkenalkan oleh Dr.
  Wilhelm H. Schuessler (1821-1898).  Biochemic medicine  Perubatan biokimia;
  amalan perubatan yang menggunakan terapi garam tisu untuk membaiki gangguan
  keseimbangan yang berlaku dalam tubuh. Biochemic remedies  Penawar-penawar
  biokimia; penawar-penawar garam tisu yang pada asasnya Dr. Schuessler
  memperkenalkan 12 penawar sahaja; lih. cell salts,
  schuessler salts, mineral
  salts. Bioenergy Tenaga
  hayat; kuasa penyembuh dalaman
  yang bersifat ruhani dan mengendalikan tubuh manusia; lih. life
  force. Biology  Ilmu kajihayat; pengajian ttg
  organisma-organisma hidup.  Biopsy
  Biopsi; tisu yg diambil drpd pesakit untuk diperiksa/analisa.  Bisexual  Dwijantina, berkaitan dgn individu yg
  mempunyai kedua-dua jenis jantina. Blackout  Pitam, hilang kesedaran buat seketika
  akibat kekurangan bekalan darah ke otak.  Blackwater fever  Demam kencing hitam;
  komplikasi demam malaria yg berbahaya, mungkin akibat pengambilan Quinin yg
  berlebihan.  Blankette  Blanket; tablet homeopati yang rasanya
  tawar, lih. diskette. Blennorrhoea  Blenorhea; lelehan
  cecair yg banyak, spt drpd uretra atau kedua mata; sebarang discaj drpd
  membran mukus. Blepharitis  Blefaritis; radang kelopak mata.  Blepharospasm  Blefarospasma; spasma
  otot-otot kelopak mata; kedipan yg melampau. Blister  Lepuh; bahagian kulit yg menggelembung
  mengandungi mengandungi cecair serus.  Blood  Darah; cecair yang beredar di dalam sistem
  kardiovaskular yg membekalkan keperluan nutrien ke semua tisu dan membawa
  bahan buangan keluar.    Blood disorders  Gangguan darah. Blood plasma  Plasma darah; bahagian
  cecair darah yg mengandungi protin plasma, elektrolit, nutrien dan bahan
  kumuh. Blood pressure  Tekanan darah; tekanan
  yg nilainya bergantung pada daya pengepaman jantung, keenyalan dinding arteri
  dan isipadu darah.  Boils  Bisul; bengkakan pada kulit yg biasanya
  mengandungi nanah: lih. abcess. Borax  Boraks; bahan yg disapu secara luaran pada kulit
  dan membran mukus, digunakan dalam cucian mulut dan hidung, sebagai ubat
  kumur, losen mata dan dalam bedak bersama asid borik; homeopati
  menggunakannya sebagai penawar yg mujarab bagi ulser mulut dan lidah, pening
  dan mabuk. Borborygmus  Borborigmus; bunyi dlm
  abdomen akibat gerakan cecair atau gas dalam usus. Bowel nosodes  Nosod isi perut, nosod
  usus; nosod yg disediakan drpd agen penyebab atau kultur kuman yang asli spt.
  Morgan pure, Bacillus no. 7, Gaertner,
  dan Dys. co. Bradicardia  Bradikardia; denyutan jantung dan nadi yg
  perlahan (hingga kurang drpd 60 denyutan se
  minit). Brain  Otak; sebahagian drpd sistem saraf pusat
  yang terkandung di dalam rongga kranium. Bruises  Lebam, bengkak,. Brain death  Kematian otak; kerosakan otak yg
  ditunjukkan dgn ketiadaan gerakbalas terhadap semua
  rangsangan.  Brain stem  Batang otak.   Brimstone  Brimstone, sulfur; nama
  lama bg sulphur. Bronchiectasis  Bronkiektasis;
  pelebaran bronkus atau cabangnya, akibat pneumonia atau gangguan umum spt
  fibrosis sistik. Bronchitis  Bronkitis; radang pada tiub udara atau
  bronkial.  Bruise  Lebam, memar, menjadi bengkak; bengkak
  kemerahan atau kebiruan akibat timbunan darah dalam tisu pada kawasan yg
  tercedera. Bubo  Bubo; nodus limfa yg bengkak dan radang pd
  ketiak atau groin, kadangkala menanah. Bubonic plague  Plag bubonik; penyakit
  berjangkit yg berpunca drpd ‘Yersenia pestis’ dan ditularkan oleh kutu tikus,
  dicirikan dgn demam kuat, meracau, koma dan bengkak inguinal; lih. plague. Bulimia  Bulimia; gangguan pemakanan
  di mana pesakit memakan dgn berlebihan tanpa berasa puas. Bunion  Bunion; bengkakan inflamasi pada tisu sendi
  di antara tulang pertama dgn tulang kedua ibu kaki. Bufo  Inflamasi kelenjar atau groin; satu nama
  penawar homeopati bagi merawat simptom epilepsi, konvulsi, mati pucuk dsbnya. Burn wound  Luka bakar; kecederaan akibat terkena haba
  spt api dan bahan kimia. Bursa  Bursa; sak kecil pd tisu berserat yg
  digariskan dgn membran sinovial dan berisi sedikit cecair. Bursitis  Bursitis, inflamasi bursa; inflamasi
  akibat kecederaan, jangkitan atau reumatoid sinovitis yg menghasilkan simptom
  sakit dan menghadkan pergerakan pada sendi yg berdekatan.    | 
  
      | 
 |||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 |||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara