| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  L
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
     Labour  Sakit bersalin, pelahiran; masa melahirkan
  bayi; lih. childbed. Lac  Susu, lak. Lac caninum  Lac caninum, dog's milk; penawar polikrest homeopati yg banyak nilai
  terapeutik dan kadangkala digunakan dlm merawat kes difteria, tonsilitis,
  reumatisme dsbnya. Laceration  Laserasi, luka geleber, luka melecet.  Lacrima  Lakrima, air mata. Lacrimation  Lakrimasi; penghasilan
  air mata yg berlebihan. Lactase  Laktase; enzim yg dirembeskan  kelenjar-kelenjar usus kecil yg menukarkan
  laktosa kpd glukosa dan galaktosa. Lactase deficiency  Kekurangan laktase. Lactation  Laktasi, penyusuan; perembesan susu oleh
  kelenjar susu yg biasanya bermula pada akhir kehamilan. Lactose  Lactosa, gula susu; sejenis gula yg
  terdiri drpd molekul glukosa dan galaktosa, terdapat hanya dlm susu; salah
  satu jenis bahan yg diguna dlm homeopati bg tujuan dispensing. Lactose intolerance  Ketidaktoleranan
  laktosa. Larynx  Larinks, peti suara. Law of Cure  Undang-undang arah kesembuhan; perubahan
  semboyan-semboyan atau tindakbalas pesakit terhadap penawar-penawar homeopati
  yang berdasaikan peraturan tabi’i, iaitu dari dalam ke luar (dr organ penting
  kpd organ kurang penting), dari atas ke bawah dan keluar drpd arah penyakit
  itu datang.  Law of infinitesimal dose 
  Undang-undang
  dos infinitesimal, undang-undang dos yang sangat halus; lih. law of minimum dose.    Law of microdose  Undang-undang mikrodos, hukum
  Mikrodos; lih. law
  of minimum dos.            Law of minimum dose  Undang-undang dos minimum,
  undang-undang menggunakan dos yang telah diperkecilkan; peraturan merawat
  pesakit dengan menggunakan dos yang telah dipotentaiskan bagi memperbaiki
  keseimbangan vital force dan
  menyembuhkan pesakit tanpa kesan sampingan.  Law of similars  Undang-undang Seraksi;
  peraturan merawat dengan menggunakan bahan-bahan yang mampu melahirkan
  simptom-simptom yang serupa apabila diberikan kepada seorang yang sihat
  dengan simptom-simptom yang dipamerkan dalam diri pesakit.; lih. analogy
  principle, similimum.              Law of single remedy  Undang-undang satu
  penawar; peraturan memberi satu penawar yang seraksi pada satu-satu masa;
  lih. individualisation. Lax  Tanpa tekanan.  Laxative Laksatif, katartik, purgatif, julap; bahan yg digunakan utk merangsang atau mendorong kekerapan pembuangan air besar (spt sena) atau melembutkan dan membanyakkan tinja (spt magn. sulfat). Lecithin Lesitin; satu drpd kumpulan fosfolipid yg terlibat dlm metabolismes lemak oleh sel; salah satu nama penawar homeopati. Leech  Lintah, pacat; spesies parasit yg biasa
  digunakan bagi mengabstrak darah secara lokal.  Leg  Kaki, tungkai bawah; bahagian tubuh drpd
  lutut hingga ke buku lali; lih. extremity. Lepra  Leprosi, kusta; lih. leprosy.  Leproma  Leproma; ketulan pada kulit yg menjadi
  satu ciri penyakit kusta. Leprosy  Leprosi, penyakit kusta; penyakit kronik
  yg menjangkiti kulit dan saraf yg disebabkan oleh kuman yg serupa dgn kuman
  tuberkulosis.. Lesion  Lesi, luka, tumor; perubahan yg bahaya
  pada tubuh yg disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.    Lethargy  Letargi, keletihan, kelesuan; kelembaman
  mental dan fizikal. Leucocyte  Leukosit, sel darah putih; sejenis sel yg
  penting dalam sistem pertahanan tubuh, mempunyai nukleus tetapi tidak
  mengandungi pigmen. Leucorrhoea  Leukorhea, keputihan; discaj putih atau kekuningan mukus drpd bukaan faraj.  Leukaemia  Leukemia; penyakit malignan yg dicirikan
  oleh penghasilan sel darah putih yg berlebihan. Lid  Kelopak mata. Life energy (Life field) Tenaga hayat; lih. bioenergy.  Lifeforce  Kuasa hayat; lih. vital
  force.       Ligament  Ligamen; suatu jaluran kuat tisu perantara
  putih berserat yg menghubungkan dua tulang bersama pd sendi. Liquid potency  Potensi cecair; penawar berpotensi dlm
  bentuk air atau cecair. Limb  Anggota, kaki tangan; lih. extremity. Linctus  Linktus; cecair berubat spt sirap,
  terutama yg digunakan dalam rawatan batuk beriritasi; di antara penawar
  homeopati dalam bentuk ini ialah Bryonia
  linctus. Liniment  Linimen, minyak urat; bahan berminyak
  (seringkali mengandungi kapur barus dan alkohol) spt minyak angin yg disapu
  pada kulit bagi melegakan sakit dan krem otot; minyak zaiton adalah sumber yg
  selalu digunakan; lih. olive oil. Lip  Bibir; struktur luar yang lembut
  disekeliling mulut. Lipoma  Lipoma; tumor berlemak yg biasanya
  benigna. Lipuria  Lipuria; kehadiran titisan-titisan lemak
  atau minyak dlm air kencing; lih. adiposuria. Liquid Cecair, likuida; sebarang larutan yg terdapat di dalam tubuh atau di luar tubuh. Liquid
  paraffin  Parafin cecair; minyak mineral yg telah
  digunakan sbg julap; lih. paraffin.  Liver  Hati, hepar; organ terbesar dlm tubuh
  insane yg terletak pd bahagian atas kanan kaviti abdomen. Lymphocyte  Limfosit; sejenis sel darah putih . Localised modality  Modaliti setempat; lih. modality. Lochia  Lokia; discaj vagina selepas lahir atau
  selepas proses bersalin. Lock jaw  Kancing gigi, tetanus; penyakit infeksi
  akut yg dicirikan simptom spasme otot, khususnya otot rahang, yg biasanya
  ketara sbg keadaan kancing gigi; lih. tetanus. Loin  Kangkang; bahagian belakang antara toraks
  dan pelvis. Lotion  Losen, ubat sapu; larutan berubat yg biasa
  diguna utk tujuan aplikasi setempat; lih. liniment. Lower limb  Anggota bawah, tungkai; lih. extremity. Low potency  Potency rendah; potensi penawar
  homeopati di antara 1c hingga 24c; lih. medium potency,
  high potency. Lubricant  Bahan pelincir; agen yang melancarkan
  sesuatu. Lucid  Jelas, terang. Lues  Lues, sifilis; penyakit berjangkit  serius spt plak bubonik atau sifilis. Lumbago  Lumbago, sengal-sengal pinggang; sakit
  belakang di kawasan kangkang.  Lumen  Lumen, ruang; ruang di dalam tiub. Lungs  Paru-paru, organ pernafasan; organ penting
  yg terletak dlm kaviti dada pada kedua sisi jantung. Lymph  Limfa; cecair yg terdapat dlm
  pembuluh-pembuluh sistem limfa, yg berasal dr cecair yg membasahi tisu. Lymphatic  Limfatik, pembuluh limfa, berkenaan dgn
  limfa. Lyssa Rabis, penyakit anjing gila. Lyssin  Lyssin; virus spesifik hidrofobia; satu
  penawar yang diguna oleh pengamal rawatan alternatif homeopati, juga disebut hydrophorbinum. 
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara