| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  K
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Kala-azar  Kala-azar; penyakit yang berlaku di negara
  tropikal dan mempunyai simptom spt demam, anemia, kehilangan berat badan,
  dropsi dan bengkak hati. Keloid  Keloid; tisu parut keras, menonjol dan tidak
  teratur pada kulit yg membentuk parut yg besar. Kenophobia  Kenofobia; sangat takut pada tempat
  kosong. Kent repertory  Repertori Kent; repertori homeopati yg
  disusun oleh Dr. James Tyler Kent, iaitu doktor homeopati dari Amerika
  Syarikat pada awal abad ke 20; lih. repertory. Keynotes  Idea utama, fikiran penting;
  simptom-simptom dan modaliti-modaliti tertentu yang menunjukkan secara khusus
  kepada satu-satu penawar homeopati dengan tepat (similimum). Keratin 
  Keratin; tisu berserat yg membentuk tisu keras tubuh, spt kuku-kuku
  jari tangan. Keratitis  Keratitis; keradangan kornea mata.   Kidney  Ginjal, buah pinggang; salah satu drpd
  sepasang organ perkumuhan di mana bahan-bahan yg angkut oleh darah dituras. Kleptomania  Kleptomania;
  kecenderungan utk  mencuri.  Knee  Lutut; sendi engsel antara femur dan
  tibia.. Knee cap  Tempurung lutut; lih. patella. Knocked knee  Pengkar dalam, genu
  valgum; kecacatan yg berlaku kerana kedua-dua belah lutut terlalu rapat di
  antara satu sama lain sehingga jarak di antara dua kaki menjadi jauh.  Kraurosis  Kraurosis; pengecutan sebahagian tubuh
  atau pengerasan dan pengeringan kulit. Kwashiorkor 
  Kwashiorkor; suatu bentuk malnutrisi akibat makanan yang kurang
  protein dan kurang menghasilkan tenaga, serta mempunyai simptom spt edema,
  cirit-birit, apati dan ketidakselesaan umum.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara