| 
   | 
  
   
  | 
 
| 
   Pendahuluan  | 
  ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
   
   
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
     PENDAHULUAN  Selepas buku saya yang pertama diterbitkan pada tahun 1997, saya telah
  bertemu dengan Dr. Azizan Hj. Ismail. Beliau memberi komen mengenai
  penggunaan istilah “homoeopati”. Menurut beliau, istilah itu telahpun ada
  dalam Kamus Dewan dengan ejaan “homeopati”. Beliau menyarankan supaya
  pemakaian perkataan homeopati itu digunapakai dalam sebarang bentuk
  penulisan.           Saya bersetuju dengan beliau.
  Justeru, buku-buku saya yang terkemudian telah disemak secara lebih teliti
  dengan merujuk ejaan daripada Kamus Dewan dan kamus yang ditulis oleh pakar
  bahasa. Selain itu, saya juga menyeru mereka yang minat menulis dan peka
  terhadap homeopati mengambil jalan yang serupa.           Saranan saya ini mempunyai beberapa
  alasan. Pertamanya, adalah penting kita mengikut ejaan sebagaimana yang
  ditunjukkan dan diberi panduan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ejaan
  panduan DBP digunapakai oleh semua pihak. Sikap tidak sensitif pengamal
  homeopati yang memakai ejaan sesuka hati dan caca-merba memberi gambaran yang
  tibak baik ataupun keliru terhadap perubatan homeopati sebagai satu bidang
  sains. Ia juga tidak sihat terhadap perkembangan homeopati yang semakin
  mendapat tempat di hati masyarakat.            Demikian juga, bahasa ilmu dalam
  semua bidang lazimnya memakai bahasa yang standard. Sekiranya kita
  ingin mengangkat status homeopati ke tahap yang lebih tinggi dan supaya ianya
  mempunyai nilai akademik, kitapun harus memiliki bahasa yang standard.
  Bahasa yang standard dalam homeopati tidak boleh sepenuhnya bergantung
  dan terus-menerus mengguna bahasa asal (contohnya bahasa Inggeris).
  Bagaimanapun, menterjemah secara wewenang mengikut selera individu adalah
  suatu amalan yang tidak membantu ke arah mengakademikkan ilmu perubatan
  homeopati.            Justeru, usaha harus dibuat bagi
  menyelaraskan terjemahan mengikut makna pemakaian dalam bahasa asal. Istilah-istilah
  homeopati harus tepat dan tidak terkeluar daripada makna yang
  dikehendaki.  Contohnya, Law of similars tidak boleh
  diterjemahkan sebagai “Undang-undang persamaan” kerana akan berlaku
  pelanggaran terhadap pemahaman falsafah dan berlainan dengan konsep asal
  dalam perubatan homeopati. Dr. Burhanuddin al-Helmy telah memilih istilah
  yang tepat apabila menterjemahkannya sebagai “Undang-undang seraksi”.           Tetapi ada sesetengah istilah
  mungkin digunakan di dalam bidang ilmu yang lain dengan makna yang agak
  berbeza. Dalam hal ini, wajarlah kita berikan pengertian dan penjelasannya
  dari sudut pandangan homeopati. Umpamanya istilah “simptom” (symptoms) dalam ilmu
  perubatan alopati adalah terbatas kepada simptom objektif sahaja, sedangkan
  homeopati menggunanya dalam konteks yang lebih luas.            Mungkin kita boleh mengguna istilah
  Dr. Burhanuddin iaitu “semboyan” bagi membezakan dengan “simptom”. Tetapi
  oleh kerana istilah simptom mempunyai ciri-ciri akademik dan dipakai sebagai
  bahasa standard dalam ilmu perubatan di institusi pengajian tinggi,
  wajarlah kita terus menggunanya. Tinggal lagi, menjadi tanggungjawab kitalah
  untuk memberi penjelasan.           Terdapat beberapa istilah yang rumit
  diterjemahkan dan kita menyarankan suatu keseragaman dan kelainan daripada kegunaan
  biasa. Istilah “potensi” terdapat dalam kamus yang disesuaikan bagi perkataan
  potential dan potency. Dalam perubatan
  homeopati, bukan sahaja potensi itu memberi pengertian yang berlainan bahkan
  istilah potentisation tidak terdapat
  dalam kamus, manakala potentised medicine mungkin tidak sesuai diterjemahkan sebagai “penawar yang
  dipotensikan”.           Untuk itu, kita menyarankan potentisation diberi istilah khas
  di dalam perubatan homeopati sebagai “potentisasi” atau “perkuatankuasa”. Sementara potentised medicine diizinkan mengguna
  istilah “penawar potentais”. Dengan itu, arsenic which has been potentised boleh diterjemahkan
  sebagai “arsenic
  yang telah dipotentaiskan” atau “arsenic
  yang telah diperkuatkan kuasa”.           Kelahiran kamus kecil ini adalah
  usaha permulaan ke arah mewujudkan suatu kamus yang lebih lengkap. Walaupun
  kecil ia mengambil masa hampir empat tahun menyiapkannya. Bagi setiap istilah
  Inggeris, sekurang-kurangnya diberikan istilah atau saranan istilah bahasa
  Melayu. Tujuannya ialah bagi membantu menyelesaikan sebahagian daripada
  masalah yang dinyatakan di atas.            Dalam penyediaan kamus ini, saya
  telah mengguna format
  berikut: Bold: istilah Inggeris Normal: istilah
  melayu, diselang dengan koma (,) sekiranya terdapat lebih dari satu istilah.
  Selepas terjemahan istilah, mungkin terdapat keterangan makna istilah. Tanda
  (;) digunakan sebelum keterangan diberikan. (;) digunakan juga bagi
  memisahkan keterangan dengan panduan “lih. atau bdgkan dgn”. Italic: istilah
  Inggeris. Contoh: Centesimal dilution 
  Dilusi sentesimal, pencairan sentesimal; bancuhan secara peratusan
  bagi mendapatkan potensi penawar mengikut skala sentesimal; lih. decimal dilution.           Akhir kata, kamus istilah perubatan
  homeopati ini merupakan sumbangan ikhlas saya dalam memajukan homeopati. Di
  atas sebarang kesilapan, ketidaksempurnaan dan perbezaan pendapat, saya mohon
  kemaafan. Sama-samalah kita perbaiki dan menyeragamkan kamus istilah
  perubatan homeopati bagi memartabatkan homeopati di persada tanah air.     Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. Besut, Terengganu.        | 
  
      | 
 |||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||