| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  R
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
     Rabies  Rabis, penyakit anjing gila; penyakit
  berjangkit yg diakibatkan oleh sejenis virus RNA yg lazimnya menjangkiti
  manusia melalui gigitan haiwan karnivor spt anjing yg terinfeksi oleh virus
  berkenaan, dan ia boleh membawa maut. Radiation  Radiasi; sinaran yg dalam dosej tertentu
  boleh digunakan bagi merawat sesetengah penyakit. Radiology  Radiologi; kajian ttg tenaga sinaran dan
  bahan yg mengeluarkan sinaran tertentu, yg digunakan dlm diagnosis dan rawatan
  penyakit. Radiotherapeutic  Radioterapeutik;
  penggunaan sinar-X atau radium sebagai rawatan; lih. therapy, occupational therapy. Radiotherapy  Radioterapi; kaedah
  merawat penyakit dgn menggunakan sinaran ion tertentu, spt radium. Radius  Radius; tulang lengan yg bermula drpd siku
  ke pergelangan tangan. Ranula  Ranula; Tumor bersista atau
  pembengkakan  di bawah lidah kerana
  sekatan pada kelenjar air liur. Rash  Ruam, letusan kulit; sebarang bintat pada
  permukaan kulit yg sementara dan pelbagai bentuk, spt. urtikaria. Rat-bite fever  Demam gigitan tikus;
  penyakit berjangkit yg menjangkiti manusia menerusi gigitan tikus yang telah
  dijangkiti, di mana bekas gigitan tersebut mengalami inflamasi, membengkak,
  mengeras, terasa sakit dan berwarna gelap.  Rational  Rasional; berdasarkan logik atau
  kewarasan. Raynaud's disease  Penyakit Raynaud;
  gangguan sirkulasi yg dicirikan oleh kepucatan atau warna kebiru-biruan di
  hujung anggota khususnya di hujung jari tangan atau kaki dan kadang kala di
  telinga serta hidung. Rauwolfolia  Rauwolfolia; dadah yg dapat menurunkan
  tekanan darah dan boleh menyebabkan kerehatan pada minda dan badan; salah
  satu penawar dlm homeopati yg berguna bg mengawal tekanan darah tinggi dan
  masalah sistem saraf pusat. Reaction  Reaksi, respons, gerak balas; gerak balas
  terhadap stimulus atau kesan yg dihasilkan oleh suatu alergean. Rectalgia  Rektalgia, sakit rektum. Rectum  Rektum; bahagian hujung usus besar, iaitu
  enam inci ke bawah drpd trek intestin yg berhubung dgn anus. Recurrent  Rekuren, muncul semula; berkaitan dgn
  penyakit yg muncul semula setelah reda beberapa ketika, penyakit berulang. Red blood cell  Sel darah merah; sel
  darah yg mengandungi hemoglobin. Referred pain  Sakit rujukan; sakit di
  mana-mana bahagian atau yg dirasai oleh tubuh badan yg disebabkan oleh
  penyakit atau sakit di tempat lain. Reflex  Refleks; tindakan atau pergerakan tak
  voluntari yg dicetuskan oleh rangsangan dari tempat lain di dalam atau pada
  permukaan tubuh. Regeneration  Regenerasi; pertumbuhan
  semula atau pemulihan bahagian tubuh Regimen  Regimen; haluan terapi utk memperbaiki
  kesihatan yg dilengkapkan dgn suatu siri penawar, amalan diet dan aspek lain
  yg membantu kesihatan. Regurgitation Regurgitasi, muntah; mengeluarkan bahan yg belum tercerna dr
  gaster ke mulut Rehabilitation  Pemulihan;
  mengembalikan semula kecergasan orang cacat atau sakit Reiter's syndrome  Sindrom Reiter;
  penyakit khusus lelaki yg dicirikan dgn cirit-birit beserta uretritis,
  konjunktivitis dan poliartritis. Reichman's disease  Penyakit Reichman;
  keluaran gastrik yg lebih secara berterusan Relapse  Relaps, kambuh; gejala penyakit yg muncul
  semula sesudah kelihatan hampir sembuh selepas beberapa minggu. Relapsing fever  Demam relaps, demam
  kambuh; Demam yg sudah sembuh tetapi muncul semula selepas beberapa minggu,
  atau penyakit di mana masa demam berselang seli dgn masa suhu normal.  Relaxant  Relaksan; agen yg mengurangkan tekanan
  atau ketegangan, khususnya otot.  Relaxation  Istirehat, pengurangan tekanan, pengenduran;
  pengurangan ketegangan pd suatu otot yg berlaku apabila otot itu berhenti
  mengecut.. Remedy  Remedi, penawar; dalam homeopati ia merujuk
  kpd satu-satu ubat atau penawar yg digunakan berasaskan keserupaan simptom
  dlm menyembuhkan penyakit; bdgkan drug, medicine; lih. homoeopathic remedy.                                    Remedies curative power  Kuasa kesembuhan penawar. Remission  Remisi, meredakan; pengurangan gejala
  sesuatu penyakit. Remitten fever  Demam remiten; demam
  dlm keadaan suhu tubuh berubah-ubah dgn ketara, tetapi sentiasa melebihi suhu
  normal tubuh. Ren  Ginjal, buah pinggang. Renal  Renal; berkaitan dgn ginjal.  Renal anuria  Anuria ginjal;
  kegagalan ginjal merembeskan air kencing walaupun tekanan penurasan di dalam
  glomerulus mencukupi dan ureter didapati tidak terhalang; lih. anuria. Renin  Renin; suatu bahan yg dibebaskan ke dlm
  darah oleh ginjal sbg gerak balas terhadap tekanan jiwa.  Reovirus  Reovirus; sekumpulan virus DNA yg ditemui
  pada kanak-kanak yg mengalami penyakit pada salur pernafasan dan usus. Repertorising  Pengrepertorian; menyelidik penawar
  seraksi dengan menggunakan repertori. Repertory Repertori;
  indeks secara abjad yg menyenaraikan semua remedi-remedi yg menghasilkan
  simptom-simptom tertentu atau yg telah menunjukkan kejayaan menyembuhkan
  simptom tersebut. Repertory abbreviations  Kependekan repertori; kependekan
  istilah atau senarai penawar yg digunakan di dalam repertori. Repetition of doses  Dos-dos yang diulang, pengulangan dos;
  dos yg diberi secara ulangan mengikut garis panduan homeopati. Repression  Represi; situasi pesakit mengelakkan diri
  drpd menghadapi sesuatu masalah dgn memendamkan masalah tersebut drpd
  pemikiran sedar kpd pemikiran subsedar.  Reproductive system  Sistem pembiakan;
  kombinasi organ dan tisu berhubungan dgn proses pembiakan. Rescue remedy Penawar Rescue remedy;
  salah satu dari penawar-penawar Flower
  remedy Dr.bach yg terdiri drpd remedi Cherry
  plum, Clematis, Impatiens, Rock rose dan Star of Bethlehem; lih. Dr. Bach flower remedy.  Residue  Sisa, baki; apa yg tinggal selepas
  dibuangkan.  Residual urine  Air kencing baki; isi
  padu air kencing yg tertinggal di dalam pundi kencing yg tidak dapat
  dikeluarkan secara sengaja. Residual volume  Isipadu baki; isi padu
  udara yg masih tinggal di dalam peparu yg tidak dapat dikeluarkan selepas
  ekspirasi maksimum. Resistance  Rintangan; kemampuan mempertahankan diri
  drpd penyakit. Resolution  Keredaan; pengurangan keadaan sesuatu
  penyakit spt. berkurangnya keradangan atau inflamasi. Resonance  Resonans; pemanjangan dan penguatan bunyi
  yg dipancarkan ke dalam rongga, terutama bunyi yg dijanakan dgn paluan alat
  bunyian. Respiration  Respirasi, pernafasan; aktiviti di mana
  udara disedut dan dihembuskan semula dari paru-paru. Respiratory  Respiratori, pernafasan; berkaitan dgn
  pernafasan. Respiratory failure  Kegagalan pernafasan;
  keadaan apabila pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida berhenti kerana
  sebab-sebab tertentu, dan mengakibatkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke
  tisu. Respiratory system  Sistem pernafasan;
  sistem tubuh yg terdiri drpd peparu dan saluran udara serta terlibat dalam
  proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida. Response  Gerak balas; sebarang manifestasi termasuk
  gerakan yg terjadi akibat terdedah kpd sesuatu rangsangan. Rest  Rehat; masa
  ketiadaan aktiviti. Resuscitation  Resusitasi; respirasi
  tiruan yg digunakan utk memulihkan pernafasan selepas seseorang itu lemas,
  terkena kejutan elektrik atau sebarang keadaan yang mengganggu pernafasan. Retained placenta  Uri tertinggal; uri yg
  terlekat atau terperangkap di dalam rahim kerana pengkontraksian rahim yg
  tidak tetap dan mengakibatkan plasenta tersebut tidak dapat tertolak keluar.  Retardation  Kebantutan, rencatan; perlambatan sesuatu
  proses atau menyebabkan terbantut. Retch  Jeluak; pengeluaran bunyi dari kerongkong
  secara tidak sengaja diikuti dgn gerakan otot seolah-olah hendak muntah
  tetapi tidak keluar. Retching  Rasa menjeluak; usaha utk muntah yg tidak
  memuaskan. Retention  Retensi, pengekalan, pembendungan; penahanan
  atau penyimpanan bahan-bahan yg biasanya dikumuhkan di dalam tubuh. Retention of urine  Retensi air kencing;
  keadaan apabila pembuangan air kencing tertahan kerana gangguan saraf pada
  pundi kencing. Retina  Retina; bahagian mata yg menerima imej dan
  berhubungan dgn otak menerusi saraf optik. Retinitis  Retinitis, inflamasi retina; keadaan yg
  merosakkan penglihatan dgn menimbulkan edema, eksudat dan kadangkala perdarahan
  pada retina. Retro-  Belakang; menunjukkan kedudukan sesuatu
  struktur di belakang struktur lain.  (Retrocolic: Belakang kolon;
  Retronasal: Belakan hidung). Retroflexion  Retrofleksi;
  kebengkokan sesuatu organ sehingga bahagian atasnya terlipat ke belakang. -Rhagia  Pendarahan, Rhesus factor  Faktor Rhesus; antigen
  yg terdapat di permukaan sel darah manusia. Rheumatic endocarditis  Endokarditis reumatik;
  endokarditis yg mungkin terjadi akibat demam reumatik; lih. endokarditis. Rheumatic fever  Demam reumatik; demam
  atau penyakit yg melibatkan sendi, kulit dan kadangkala jantung yg dipercayai
  disebabkan reaksi alergik terhadap bakteria tertentu. Rheumatism  Reumatisme; penyakit yg dicirikan dgn
  pembengkakan atau inflamasi struktur tisu perantara khususnya otot dan sendi
  yg diiringi dgn rasa sakit. Rheumatoid arthritis  Artritis reumatoid:
  penyakit sendi kronik di mana inflamasi membran sinovium dan struktur sendi
  boleh mengakibatkan kecacatan pada sendi serta ankilosis. Rheumatoid factor  Faktor reumatoid;
  protein dalam darah kebanyakan penyakit artritis reumatoid dan penyakit-penyakit
  yg berkaitan. Rhinalgia 
  Rinalgia, sakit hidung. Rhinitis  Rinitis; inflamasi lapisan atau membran
  mukus hidung. Rhinology  Rinologi; cabang perubatan yg mengkaji
  hidung dan penyakit yg berkaitan dgnnya. Rhinorrhea  Rinorea; lelehan mukus cair hidung. Rhinorrhagia  Rinoragia, hidung
  berdarah, lih. epistaksis. Rhus tox  Penawar drpd sejenis tumbuh-tumbuhan;
  homeopati mengguna khasiatnya dlm bentuk potensi bagi simptom-simptom yg
  berkaitan dgn reumatisme, terik-regang tendon dan sendi, lumbago, skiatika
  dan herpes pada bibir mulut; lih. poison ivy.  Rib  Tulang rusuk; 12 pasang tulang yg
  bertempat di dada di mana setiap satunya bermula dari belakang hingga  ke arah sternum di bahagian depan dada. Riboflavin  Riboflavin; salah satu drpd vitamin B
  kompleks yg terdapat di dalam sayuran hijau, yis dan hati, di mana kekurangan
  vitamin ini mengakibatkan penyakit pelagra. Rice water stool  Tinja air beras; tinja
  atau najis yg sangat cair dan kelihatan berbuih-buih spt air basuhan beras dgn
  gumpalan putih terapung, biasanya didapati dlm penyakit kolera.  Rickets  Rikets; penyakit yg disebabkan kekurangan
  vitamin D, yg biasanya diiringi dgn gangguan tulang menjadi lembut. Rigidity  Kekakuan; satu gejala parkinsonisme. Rigor  Rigor; serangan menggigil secara mendadak
  dan berasa sejuk (seram sejuk) yg diiringi dgn kenaikan suhu, menandakan
  permulaan demam. Ringworm  Kurap; penyakit kulit yg ditandai dgn
  tompok-tompok berpigmen akibat drpd infeksi fungus. Ritter's disease  Penyakit Ritter; inflamasi
  kulit teruk di kalangan bayi. Rosacea  Rosasea; penyakit kulit di muka di mana
  terdapat kemerahan yg kekal pada hidung dan pipi. Rose fever  Demam Ros, demam jerami. Roundworm  Cacing bulat; sekumpulan cacing yg
  berbentuk silinder tanpa segmen serta hujung badan yg menirus. Rubella  Rubela, campak German; penyakit akut yg
  dicirikan dgn tompok-tompok makul merah pada kulit disertai gejala demam ringan,
  artralgia, rinorea dan pembesaran nodus limpa. Rubeola  Rubeola, campak; lih. measles. Rubrics  Rubrik, petunjuk; simptom yang
  disenaraikan dlm sesebuah repertori. Setiap rubrik akan diikuti oleh
  sekumpulan penawar yang dapat menghasilkan simptom tersebut pada diri orang
  yg sihat atau melegakan simptom tersebut dlm diri orang yg sakit.  Rupture Ruptur, pecah; letusan sebahagian atau pemecahan satu organ ataupun tisu; lih. hernia.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara