| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  A
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Abacterial  Abakteria, steril;
  bebas drpd bakteria. Abscess Abses, pengumpulan nanah; himpunan nanah yg terbendung oleh
  tisu-tisu yg rosak dan inflamasi.  Abdomen  Abdomen; kawasan tubuh
  antara diafram dan tulang pelvis; rongga yg mengandungi visera spt hati, usus
  dan limpa. Absent-minded  Pelupa; sifat selalu
  lupa atau tidak peduli terhadap sekitarnya; sifat lupa kronik. Accommodation  Akomodasi; keupayaan menyesuaikan bentuk kanta mengikut jarak objek. Accupuncture  Akupunktur; sistem
  rawatan dari China yg menggunakan jarum-jarum logam halus yg ditusukkan ke
  tempat-tempat tertentu di bawah kulit bagi mengurangkan kesakitan atau
  menimbulkan anastesia. Acetonaemia  Asetonemia; kehadiran
  bahan-bahan aseton dalam darah. Acid  Asid; bahan yg membebaskan hidrogen
  apabila larut dlm air; rasanya masam, menukarkan warna litmus biru menjadi
  merah serta bertindakbalas dgn bes utk membentuk garam dan air sahaja.  Acid phosphate  Fosfate asid; enzim yg
  dirembeskan dlm cecair seminal oleh kelenjar prostat; satu nama penawar emosi
  homeopati yg juga berguna bagi simptom-simptom spt keletihan akibat banyak
  keluar air mani, jari-jemari lemah dan gementar. Acidosis  Asidosis; keadaan di mana asid berlebihan
  di dalam darah.  Acne  Akne; kerosakan kulit yg menimbulkan
  radang pd kelenjar sebum sehingga timbul pustul atau jerawat hitam pada muka,
  dada dan belakang Acne rosacea  Rosasea; Penyakit kulit
  muka kronik yg dicirikan dgn pelbagai peringkat papul, pustul dan
  hiperplasia; lih. acne. Acne simplex  Akne simpleks; Penyakit
  keradangan kelenjar sebum dan folikel rambut yg dicirikan dgn papul, pustul
  dan jerawat hitam; lih. acne, comedone. Acne vulgaris  Akne vulgaris: Jenis akne yg sering ditemui yg biasanya bernula sewaktu remaja,
  disebabkan oleh aktiviti yg berlebihan oleh kelenjar sebum, menyebabkan
  pustul jerawat hitam terutama pd muka, dada dan belakang, lih. acne. Acoustic  Akustik;
  berkaitan dgn bunyi dan pendengaran.  Acquired  Perolehan; diwarisi sejak lahir.   Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) Penyakit atau Sindrom kurang
  daya tahan. Acromegaly  Akromegali; pertambahan
  saiz tangan, kaki serta muka akibat penghasilan hormon pertumbuhan yg
  berlebihan oleh tumor kelenjar pituitari anterior. Active principle  Prinsip aktif; ramuan
  ubat yg terlibat secara aktif dalam kesan terapeutiknya.  Acrophobia  Akrofobia; takut berada
  di tembat tinggi. Acute  Akut, mendadak, tenat; lih. acute
  disease. Acute arthritis  Artritis akut; artritis
  hadir secara akut yg mempunyai ciri sakit sendi dan panas, yg kelihatan merah
  dan bengkak.  Acute disease  Penyakit akut; gangguan atau penyakit
  dari jenis yang bertindak mendadak dan sementara, berlawanan dengan penyakit
  (gangguan) kronik, iaitu satu lagi penyakit dalam klasifikasi Dr. Hahnemann;
  lih. chronic disease.  Acute gouty arthritis  Artritis gout
  akut; artritis akut yg terjadi akibat penyakit gout.  Acute rheumatic fever  Demam reumatik
  akut; demam yg berlaku terutamanya akibat infeksi streptokokus hemolisis dgn
  gejala spt demam, sengal-sengal sendi dan mungkin terdapat inflamasi jantung. Acute miasm  Miasma akut; miasma yang menyebabkan
  timbulnya penyakit yang berulang (seperti serangan asma) atau tidak berulang
  (sperti campak, beguk) yang menyerang sekali sahaja dalam hidup seseorang;
  lih. miasm, bdgkan dgn chronic miasm.  Addison's disease  Penyakit Addison;
  penyakit akibat kekurangan fungsi kelenjar adrenal, yg mempunyai gejala
  pigmen yg berwarna coklat kemerahan, cirit-birit, tekanan darah rendah,
  anemia progresif, kelesuan dan gangguan proses pencernaan.  Adenitis  Adenitis; keradangan
  kelenjar atau nodus limfa. Adenitis  Inflamasi kelenjar atau
  nodus limfa Adenoids (@ Pharyngeal tonsils)  Adenoid; pengumpulan tisu limfatik pada
  bahagian belakang hidung, yg boleh menghalang pernafasan dan mengganggu
  pendengaran. Adiposity  Keadiposan, obesiti; lih. adiposis.  Adiposis  Adiposis; kewujudan akumulasi lemak yg
  abnormal di dlm tubuh yg mungkin berlaku disebabkan makan berlebihan,
  ketakteraturan hormon atau kecacatan metabolik; lih. juga obesity. Adiposuria  Adiposuria; kehadiran lemak di dlm air
  kencing; lih. lipuria.  Adolescent  Remaja; tempoh perkembangan antara baligh
  dan dewasa.  Adrenal  Adrenal; berkaitan dgn sesuatu yg
  berdekatan dgn ginjal.  Adrenal gland  Kelenjar adrenal; dua
  kelenjar endokrin yg setiap satunya menudungi permukaan superior ginjal. Adult  Dewasa.  Aedes  Aedes; sejenis nyamuk spt Aedes Agypti yg menjadi pembawa
  penyakit demam denggi. Aetiology  Aetiologi; sebab-sebab timbulnya
  penyakit;  Dr.Hahnemann menyebut tiga
  sebab utama hadirnya satu-satu penyakit; lih. natural causes, artificial causes, miasmatic causes. 
     Affinity  Afiniti, tarikan; keupayaan sesuatu spt molekul
  utk bergabung dgn (molekul) yg lain. Homeopati merujuk afiniti kepada tarikan
  penawar dgn penawar yang lain. Agent  Agen; sebarang daya, bahan atau organisma
  yg berupaya mengakibatkan perubahan samada segi fizikal, kimia atau biologi. Ageing  Penuaan.  Aggravation  Agravasi, kemelaratan, semakin teruk;
  selalunya merujuk kepada simptom sakit yang semakin teruk; lih. aggravation
  of symptoms                               Aggravation of symptoms  Kemelaratan simptom,
  kemelaratan semboyan; simptom-simptom yang melarat samada disebabkan oleh
  sakit sedia ada atau pengambilan penawar, biasanya merujuk kpd keadaan sakit
  yg semakin melarat dgn sesuatu; bdgkan dgn amelioration of
  symptoms. Aggresive  Agresif, dorongan perasaan yg kuat atau yg
  timbul dr kekecewaan; berkaitan dengan tingkahlaku yang bengkeng atau reaksi
  yang kuat. Agnosia  Agnosia, tidak dapat
  menanggapi sesuatu atau mengecam perangsang deria. Agoraphobia  Agorafobia; keadaan
  ketakutan morbid bila bersendirian, berada pada tempat-tempat awam atau
  kawasan lapang. Ague Agu; lih. malaria, intermittent fever. Ailments  Penyakit; lih. disease.  Albuminuria  Albuminuria; albumin di dalam air kencing.
   Alcohol  Alkohol, arak, etanol; sediaan rasmi BP
  (1973) yg mengandungi 95% etanol dan 5% air mengikut isi padu; lih. juga ethyl alcohol.  Alcoholism  Alkoholisme; ketagihan
  terhadap alkohol. Algidity  Kesejukan dan seram
  sejuk; sebagaimana yang terdapat dalam kes kolera dan pelbagai penyakit lain
  yang melesukan.  Alimentary  Alimentari; berkaitan dgn nutrisi; lih. alimentary
  system.  Alimentari canal  Kanal alimentari;
  saluran panjang yg melunjur dr mulut ke anus, yg melaluinya makanan bergerak
  utk dicernakan dan diserap. Alimentary system  Sistem alimentari; lih.
  alimentari canal. Alkali  Alkali, bes; bahan yg dapat meneutralkan
  asid.  Alkaloid  Alkaloid; sebatian semulajadi  yg mengandungi nitrogen yg biasanya
  terdapat dlm tumbuhan serta bersifat bes dan aktif dari segi farmakologi.  Alkalosis  Alkalosis; berlebihan alkalin di dalam
  tubuh dan darah.  Allergen  Alergen; bahan yg boleh
  menghasilkan reaksi alergik, terutama bagi orang yg hipersensitif. Allergy  Alergi, alahan; sensitiviti luar biasa
  terhadap bahan/makanan tertentu atau keadaan tertentu spt cuaca, angin, habuk
  dsbnya; lih. allergic disease. Allergic  Alah, alahan, beralergi; lih. allergic
  disease, allergic reaction Allergic disease  Penyakit alergi, penyakit jenis alahan
  kepada sesuatu. Allergic reaction  Tindak balas alergi;
  lih. allergy.  Allopathy  Alopati, berlainan penyakit; rawatan
  sesuatu penyakit dgn menggunakan ubatan yg kesannya adalah berlawanan dgn
  manifestasi penyakit, di mana bahan yg dipreskripsi sebagai terapi tidak
  berhubungan langsung dgn gangguan pesakit; bdgkan dgn homoeopathy. Alopecia  Alopesia, kebotakan;
  ketiadaan rambut atau bulu pada kawasan yg biasanya berambut atau berbulu. Alternative medicine 
  Perubatan
  alternatif, perubatan pilihan; 
  perubatan alternatif selalunya dimaksudkan terhadap semua sistem
  perubatan selain drpd perubatan moden atau konvensional; lih. traditional
  medicine, complementary medicine.
   Alternative treatment 
  Rawatan
  alternatif, rawatan pilihan.   Alveolitis  Alveolitis; inflamasi alveolus.  Alveolus  Alveolus; struktur kantung  iaitu spt yg terdapat dlm paru-paru. Alzheimer's disease  Penyakit
  Alzheimer, dementia prasenil; dementia yg tidak diketahui sebabnya yg bermula
  pd pertengahan umur iaitu antara 30 hingga 60 tahun. Amaurosis  Amaurosis; buta separa
  atau buta lengkap disebabkan kerosakan pd saraf optik. Amblyopia  Ambliopia; penglihatan
  yg tidak sempurna yg bukan diakibatkan oleh sebarang penyakit. Amelioration  Ameliorasi, kelegaan,
  pembaikan, kebah; perbaikan secara umum keadaan atau gejala-gejala pesakit;
  pengurangan intensiti simptom atau perasaan kelegaan secara menyeluruh
  (khususnya selepas satu-satu penawar similimum diberi atau berkaitan dgn
  modaliti terapeutik tertentu); lih. amelioration of
  symptoms.           Amelioration of symptoms 
  Ameliorasi
  simptom; selalunya merujuk kepada simptom sakit yang semakin lega dengan
  sesuatu; bdgkan dgn aggravation of symptoms. Amenorrhoea  Amenorea, tiada haid;
  haid tertahan atau berhenti secara tidak normal.   Amnesia  Amnesia, hilang ingatan;
  kehilangan separa atau keseluruhan ingatan akibat kecederaan fizikal,
  penyakit, ubatan ataupun trauma psikologikal. Amputation  Amputasi; pembedahan
  utk membuang sebahagian atau keseluruhan anggota, apendaj atau ketumbuhan
  drpd tubuh. Anaemia  Anemia; keadaan bilamana
  jumlah sel darah merah berkurangan. Anaesthesia  Anestesia, ubat bius, pelali, hilang
  rasa; kehilangan perasaan atau kederiaan pd sebahagian atau seluruh tubuh,
  khususnya apabila ubat-ubat tertentu diberikan. Anaesthetic  Anestetik, biusan,
  lalian, bahan pengebas; agen atau bahan bius. Anal fissure  Fisur dubur; lubang di
  hujung salur pencernaan.  Analgesia  Analgesia, hilang rasa sakit. Analgesic  Analgesik, ubat penahan
  sakit; agen atau dadah yang dapat melalikan rasa sakit, spt aspirin, parasetamol
  dan pethidine; lih. narcotic. Analogy principle  Prinsip analogi, prinsip keserupaan;
  lih. law of similars. Anasarca  Anasarka; bengkak besar
  pd kaki, trunkus dan genitalia akibat penimbunan cecair; edema umum. Anastomosis  Anastomosis; suatu penghubung
  antara dua pembuluh darah tanpa rangkaian kapilari di antaranya. Anatomy  Anatomi; kajian ttg
  bentuk dan struktur organisma hidup, khususnya manusia. Anchylosis  Ankilosis; lih. ankylosis. Aneurysm  Aneurisme; bengkak spt
  belon dlm dinding arteri yg mungkin diakibatkan oleh penyakit, kecederaan
  atau kecacatan kongenital. Angina  Angina; perasaan sesak atau rasa sakit yg
  melemaskan (dgn simptom menekan, mencucuk). 
   Angina pectoris  Angina pektoris; sakit
  pd pertengahan dada yg dicetuskan oleh senaman dan dilegakan  oleh rehat. Ia berlaku apabila permintaan
  darah oleh jantung melebihi bekalan dari koronari arteri.   Angioma  Angioma; tumor pada
  salur darah, satu gumpalan pembuluh darah yang mengembung.  Angiosarcoma  Angiosarkoma; suuatu
  sarkoma yang timbul dalam pembuluh darah. Ankle  Pergelangan kaki; sendi engsel antara kaki
  dan tapak kaki. Ankylosis  Ankilosis; cantuman tulang-tulang di
  antara ruang sendi, sama ada oleh tisu-tisu bertulang atau akibat pemendekan tisu
  berserat penghubung yg menyebabkan imobiliti. Anomaly  Anomali; kelainan atau penyimpangan yang
  ketara drpd biasa.  Anorexia  Anoreksia; kehilangan selera makan.   Anorexia nervousa  Anoreksia nervosa,
  keadaan di mana pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga
  menjadi kurus kering.  Antacid  Antasid; bahan yg meneutralkan asid spt
  natrium bikarbonata yg meneutralkan asid hidroklorik.  Antenatal  Antenatal, sebelum lahir; tempoh seseorang
  yg mula hamil sehingga kelahiran bayi; umunya merujuk kepada tempoh 40 minggu
  atau 280 hari.  Antepartum  Antepartum; masa sebelum kelahiran bayi.  Anterior  Anterior, sebelum; berkaitan dgn sesuatu
  struktur yg terletak di bahagian hadapan.  Anthrax  Antraks; penyakit berjangkit pada haiwan ternakan
  yg disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis. Ia juga menyerang manusia
  sama ada pada paru-paru yg menyebabkan pneumonia atau pada kulit yg
  menghasilkan ulser teruk.  Anthropology  Antropologi; ilmu atau
  kajian tentang manusia.  Anthropophobia  Antropofobia; takut
  kepada orang atau manusia lain secara umum, takut pada tempat ramai atau
  masyarakat manusia.  Antibiotic  Antibiotik; ubat pembunuh kuman yg
  diperolehi drpd kulat dan bakteria sendiri. Antibody  Antibodi; sejenis
  protein yg dihasilkan oleh tubuh yg bertindak terhadap kehadiran antigen
  tertentu. Pembentukan antibodi adalah asas bagi keimunan dan alergi. Anticoagulant  Antikoagulan,
  sekumpulan dadah  yang mengurangkan
  atau mencegah proses penggumpalan darah.  Anticonvulsant  Antikonvulsi; ubat yg
  menghalang atau mengurangkan keterukan sawan dalam pelbagai jenis epilepsi. Antidepressant Agen antimurung; ubat yg mengurangkan gejala-gejala depresi.  Antidiuretics  Antidiuretik; agen yg menghalang
  penghasilan air kencing; bdgkna dgn diuretik. Antidiuretic hormone  Hormon antidiuresis Antidotal remedy  Penawar (remedi)
  antidot; bahan atau penawar pembatal racun.  Antidote  Antidot, penawar, pembatal racun; satu
  bahan atau penawar yg diberi untuk meredakan atau meneutralkan tindakan
  satu-satu ubat atau remedi yg lain. Biasanya antidot diberi untuk menawarkan
  agravasi akibat pengambilan penawar.  Antiemetic  Antiemetik, bahan yg dapat mencegah muntah
  atau melegakan rasa loya.  Antienzyme  Antienzim, agen yg dapat merencatkan
  aktiviti sesuatu enzim.    Antifebrile  Antidemam, sebarang rawatan yg dapat
  mengurangkan atau meredakan demam. lih. antipyretic.
   Antifungal  Agen antikulat. Antigen  Antigen; bahan asing yg merangsang
  penghasilan antibodi khusus terhadapnya.  
   Antigens  Antigen; sebarang bahan yg dipandang
  asing atau berbahaya oleh tubuh yg menghasilkan antibodi utk menentangnya. Antihistamine  Antihistamina, bahan penghalang
  pantangan; sejenis ubat yg merencatkan sebahagian dari kesan-kesan histamina
  dlm tubuh, khususnya digunakan utk melegakan kesan dan tindak balas alergik. Anti-inflamatory  Agen antiinflamasi;
  bahan yg digunakan bagi mengurangkan keradangan. Antimiasmatic remedy  Remedi
  antimiasma; remedi atau penawar yg berupaya menghasilkan simptom-simptom miasma
  kronik dan boleh digunakan utk mengurangkan atau menghapuskan kronik miasma
  tertentu. Di antaranya, tiga jenis remedi antimiasma homeopati yg utama ialah
  sulphur, mercury dan thuja.  Antipsoric remedies  Penawar-penawar
  antipsorik; penawar yg berupaya menghasilkan simptom-simptom psora dan
  digunakan untuk merawat miasma psora, spt penawar sulphur; lih. antimiasmatic
  remedy, psora. Antiseptic  Antiseptik; bahan kimia
  yg merencatkan atau memusnahkan pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma. Antispasmodic  Antispasmodik; ubat yg melegakan spasma
  otot licin. Antisycotic remedies Penawar-penawar antisikosis; penawar yg berupaya
  menimbulkan simptom-simptom sikosis dan digunakan utk merawat miasma sikosis,
  spt penawar thuja, medorrhinum
  dsbnya.  Antisyphilitic
  remedies  Penawar-penawar antisifilitik; penawar yg
  dapat menghasilkan simptom-simptom sifilis dan digunakan bagi merawat miasma
  sifilis spt mercurius sol, syphilinum,
  silicea dll.
  Anuria  Anuria; kegagalan ginjal utk
  menghasilkan air kencing. Anxiety Anziati, kekhuatiran; ketakutan atau keresahan yg menyerap
  secara umum, ketidakselesaan dan kemurungan mengenai ketidakpastian di masa
  hadapan, ketakutan yg amat tanpa sebab yg jelas - di mana semua pengertian
  ini ditandai oleh simptom-simptom spt tensi, gementar, perpeluhan, palpitasi
  dan kadar denyutan nadi yg tinggi. Aphagia  Afagia; hilang upaya utk menelan.  Aphonia  Afonia; ketiadaan atau hilang suara akibat
  penyakit pada larinks atau mulut. Aphorism  Aforisme, fasal,
  paragraf, para; aforisme yang digunakan dalam homeopati selalunya merujuk
  kepada para-para tertentu dalam Organon
  of Medicine. Aphthae  Afta; suatu ulser kecil
  dalam mulut yg berupa bintik-bintik putih atau merah. Apnoea  Apnea; pernafasan yang terhenti utk
  sementara waktu.  Apoplexy  Apopleksi, strok; hilang kawalan terhadap
  otot-otot tertentu dgn tiba-tiba yg mengakibatkan kelumpuhan; keadaan yg
  disebabkan oleh pengurangan pengaliran darah ke bahagian otak.  Appendicitis  Apendisitis, radang
  pada apendiks vermiform. Apyrexia  Apireksia; ketiadaan demam. Aqua  destillata  Akua destilata, air suling. Arndt-Shultz law Undang-undang Arndt-Shultz; undang-undang yang menyatakan bahawa ubat-dadah dalam dos yang kecil merangsang aktiviti kehidupan, yang sederhana meningkatkan, yang besar menekan dan apabila dos itu terlalu banyak ia boleh membunuh organisma. Aroma Aroma, raksi, wangian, bau-bauan. Arsenic  Arsenik; unsur logam kelabu beracun yang
  boleh menimbulkan gejala-gejala loya, muntah, cirit-birit, kejang, konvulsi
  dan koma apabila dimakan dalam dos yang besar; homeopati mengenalinya sebagai
  Arsenicum album; lih. Arsenicum. Arsenicum  Arsenicum album; penawar homeopati
  drpd Arsenik, tetapi tidak digunakan dalam bentuknya yang kasar. Dipreskripsi
  bagi merawat masalah cirit-birit keracunan, asma, demam dan sebagainya
  selepas melalui proses perkuatan kuasa.  Arteritis  Arteritis, inflamasi arteri.  Artery  Arteri; saluran yg mengalirkan darah dari
  arah jantung ke semua bahagian tubuh. 
   Arthritis  Artritis, radang sendi, penyakit sesengal,
  lenguh sendi; inflamasi satu atau lebih sendi yg dicirikan oleh pembengkakan,
  kepanasan, kemerahan kulit, rasa sakit dan pergerakan yg terhad.  Artificial Disease Penyakit buatan; simptom-simptom penyakit yang ditimbulkan
  oleh penawar-penawar homeopati yang serupa dengan simptom-simptom penyakit
  pesakit. Artificial causes  Sebab-sebab buatan, sebab-sebab palsu;
  ia merujuk kepada punca penyakit yang disebabkan oleh dadah, racun atau
  kemelaratan kerana pemberian penawar homeopati. Artificial disease inducing agent  agen menghasil penyakit buatan; lih. artificial disease. As if  Seolah-olah; simptom perasaan pesakit,
  spt. panas tapak kaki seolah-olah dibakar, sakit hendak menelan seolah-olah
  tersangkut tulang ikan. Ascites  Asites; kehadiran atau
  pengumpulan cecair dlm kaviti peritoneal, menyebabkan bengkak pd abdomen. Asphyxia  Asfiksia; penghentian
  pernafasan, hal mati lemas, atau keadaan apabila oksigen dihalang drpd sampai
  ke tisu oleh penyekatan atau kerosakan pd mana-mana bahagian sistem
  pernafasan sementara. Aspiration  Aspirasi, penyedutan;
  pengeluaran cecair drpd tubuh melalui penyedutan. Aspirin  Aspirin; bahan yg digunakan dalam amalan
  alopati bagi melegakan rasa sakit, mengurangkan inflamasi dan demam, disebut
  sebagai analgesik, agen antipireksia dan agen antireumatisme - aspirin
  mungkin mengiritasikan pelapik gaster.  Asthma Asma, lelah, mengah, semput.   Ataxia  Ataksia; gaya
  jalan yg tidak stabil berpunca drpd 
  kegagalan otak utk mengawal postur tubuh serta kekuatan dan arah
  pergerakan anggota. Auscultation  Auskultasi; kaedah
  mendengar bunyi pada tubuh seseorang dengan menggunakan stetoskop untuk
  membantu diagnosis.  Autism  Autisme; pemusatan fikiran pada diri
  sendiri yg mungkin merupakan suatu gejala gangguan personaliti.  Automatic
  Automatik, pergerakan tidak sengaja. Autopsy  Autopsi, pemeriksaan mayat untuk tujuan
  diagnosis atau mengenalpasti sebab kematian.  Autonomic nervous system  Sistem saraf
  autonomi.  Autogenous toxins  Toksin autogenus;
  lih. toxins. Avogadro’s hypothesis 
  Hipotesis
  Avogadro; hipotesis yang berasaskan nombor 
  Avogadro yang menyatakan bahawa bagi penawar homeopati yang menjangkau
  potensi melebihi 24x (atau 12c), maka tidak mungkin ada sebarang molekul
  dapat dikesan di dalam kandungan penawar homeopati berkenaan; lih. Avogadro’s
  number.   Avogadro’s number  Nombor Avogadro;
  bilangan molekul dalam satu mol bahan (atau satu gram molekul bagi satu-satu
  bahan), iaitu pemalar yang bersamaan dengan 6.02 
  ´ 1023; lih. Avogadro’s
  hypothesis. Axilla  Aksila, ketiak; sudut antara lengan dengan
  sisi badan.     | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara