| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  V
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Vaccination  Vaksinasi, penvaksinan; suntikan vaksin
  utk menghasilkan imuniti dan mencegah drpd dijangkiti penyakit. Vaccine  Vaksin; ampaian yg terdiri drpd
  mikroorganisma spt bakteria, virus atau riketsia yg diperlemahkan utk
  digunakan bagi mencegah penyakit berjangkit. Vaccininum  Nosod vaksin; penawar homeopati yg berguna
  bg neuralgia, letusan-letusan kulit, ketidak cernaan dan batuk kokol. Vagina  Vagina, faraj; bahagian bawah trek
  pembiakan perempuan. Vaginismus  Vaginismus; spasme faraj yg menyakitkan yg
  mungkin dialami semasa persetubuhan. Vaginitis  Vaginitis, inflamasi faraj; inflamasi pd
  faraj dgn gejala kesakitan dan pengeluaran lelehan yg mungkin bernanah.  Valve  Injap; struktur yg menghalang pengaliran ke
  belakang satu- satu laluan spt yg terdapat dlm jantung, vena dan salur
  limfatik. Valvulitis  Valvulitis; inflamasi sesuatu injap spt
  injap jantung. Varicose vein  Vena varikos; vena yg
  mengembung timbul dan terpintal.  Varicocele  Varikosele; vena varikos di kawasan
  skrotum yg menyebabkan kulit skrotum kelihatan kebiru-biruan. Variola  Cacar; penyakit berjangkit yg disebabkan
  oleh virus variola, dan mempunyai gejala demam serta ruam yg biasa bermula di
  tapak tangan. Vas  Vas, pembuluh; saluran yg mengalirkan
  cecair tubuh spt darah. Vasculitis  Vaskulitis; inflamasi pada pembuluh. Vasectomy  Vasektomi; proses pembuangan vas deferens
  atau sebahagian drpdnya utk memandulkan lelaki. Vasospasm  Vasospasme; penyempitan arteri halus
  secara spasmodik.  Vector  Vektor, pembawa; pembawa yg memindahkan
  agen infektif drpd satu perumah kpd satu perumah yg lain, spt nyamuk yg
  membawa penyakit malaria.  Vehicle  Pembawa, pengangkut; bahan neutral dan
  lengai yang digunakan bagi menyediakan ibu larutan atau penawar-penawar
  berpotensi, atau bahan yang digunakan sebagai jalan supaya dapat memudahkan
  pesakit menggunakan penawar homeopati. Vein  Vena; pembuluh darah yg membawa darah yg ternyah-oksigen
  dari seluruh tubuh ke jantung kecuali vena pulmonari.  Venepuncture  Venepunktur; penusukan
  yg dilakukan ke atas satu- satu vena. Venereal  Venereal; berkaitan dgn persetubuhan atau
  hubungan seks. Venereal disease  Penyakit kelamin;
  sebarang penyakit berjangkit yg ditularkan melalui persetubuhan spt gonorea,
  herpes genital dan sifilis. Venereology  Venereologi; kajian ttg
  penyakit kelamin. Venesection  Veneseksi, flebotomy; bukaan menerusi
  pembedahan atau tusukan  sesuatu vena
  utk mengeluar atau memindahkan darah. Ventricle  Ventrikel, rongga kecil; salah satu drpd
  ruang bawah jantung. Venule  Venul; pembuluh darah yg amat kecil yg
  mengalirkan darah dr kapilari. Version  Versi; perubahan kedudukan fetus di dlm
  rahim peranakan, biasanya sengaja dilakukan utk memudahkan kelahiran bayi. Vertex  Verteks, puncak kepala; bahagian teratas
  sesuatu struktur. Vertigo  Vertigo, kegayatan, pening; keadaan
  apabila individu itu merasakan seolah-olah sekitarannya berputar atau seolah-olah
  dirinya yg berputar.  Vesicle  Vesikel, lepuh; kantung atau lepuh kecil yg
  mengandungi cecair. Vesiculitis  Vesikulitis; inflamasi pd vesikel.  Vessel  Pembuluh, tiub; saluran yg mengalirkan
  cecair spt darah (iaitu arteri, vena, kapilari) dan limfa (pembuluh limfa) Viable  Berdaya hidup; berkeupayaan utk hidup,
  khususnya merujuk kpd fetus yg telah sampai tahap utk hidup di luar rahim. Viremia  Viremia; kehadiran virus di dlm darah,
  biasanya disertai dgn gejala keletihan, demam, lenguh dan sakit-sakit tubuh.  Virgin  Dara, perawan; perempuan yg belum pernah
  mengalami perhubungan seksual.  Virilation  Virilasi, pemvirilan; pengaruh sifat-sifat
  seks sekunder lelaki pada perempuan spt pembesaran kelentit, pertumbuhan
  bulu pd muka dan tubuh, serta mempunyai suara garau.  Virilism  Virilisme, kelelakian; lih. virilation. Virology  Virologi; kajian ttg virus dan penyakit yg
  disebabkan oleh virus. Virus  Virus; organisma halus yg menyebabkan
  beberapa penyakit spt selsema, campak, beguk, poliomielitis, jelintung dan
  cacar. Viscera  Visera; organ di dlm rongga tubuh spt
  pleura, perikardium atau peritoneum. Vision  Visi, penglihatan. Visual  Visual; berkaitan dgn penglihatan. Vital capacity  Keupayaan vital;
  isipadu gas yg dikeluarkan drpd paru-paru sesudah inspirasi sepenuhnya
  tercapai. Vital force
  Vital Force, kuasa hayat; kuasa atau tenaga yg tidak dapat dilihat tetapi
  berada di dalam setiap organisma hidup serta menjadi pengantara bagi
  organisma itu memberi respons mental, emosi dan fizikal; dalam falsafah
  perubatan homeopati, individu itu sihat apabila kuasa hayat berada di dlm
  keseimbangan, sementara kehadiran penyakit bagi organisma itu dikatakan
  berpunca drpd ketidakseimbangan kuasa hayat. 
   Vitals  Organ vital; organ tubuh yg penting. Vitamin  Vitamin; bahan kimia atau organik yg
  terdapat di dlm makanan dgn jumlah yg sedikit, di mana sedikit juga
  diperlukan bagi fungsi tubuh berjalan lancar. Vitiligo  Vitiligo; gangguan pigmentasi yg
  menyebabkan timbulnya tompok-tompok tanpa pigmen di setengah kawasan kulit. Vocal cords  Pita suara; dua lipatan membran mukosa yg
  menonjol keluar dari sisi larinks. Voluntary muscle  Otot voluntari, otot
  sengaja; otot yg dapat dikawal oleh fikiran dan kemahuan; lih. striated
  muscle. Vomiting  Muntah; tindakan refleks mengeluarkan
  kandungan gaster melalui mulut. Vulva  Vulva; kemaluan atau genitalia luar
  perempuan.  Vulvitis  Vulvitis; inflamasi vulva yg sering
  diikuti dgn gatal dan rasa sakit. Vulvovaginitis  Vulvovaginitis;
  inflamasi vulva dan faraj.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara