| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  M
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Maceration  Maserasi; melembutkan bahan pejal dgn
  cara merendamkannya ke dlm cecair; salah satu proses dlm penyediaan ibu
  larutan homeopati. Macule  Makul; tompok yg tidak berbintat pada
  kulit.  Malaise  Dedar, lesu, tidak senang; rasa tidak
  sedap badan yg biasanya dialami 
  sebelum penyakit yg lebih teruk datang. Malaria  Malaria, demam berkala; penyakit
  berjangkit yg berhubung dgn kehadiran protozoa berparasit dr genus plasmodium di dlm sel darah merah, yg
  ditular oleh nyamuk Anopheles, di
  mana antara simptomnya ialah demam, tubuh menggigil dan berpeluh. Malformation  Malformasi, salah
  bentuk; pembentukan organ secara tak normal semasa perkembangan fetus. Malfunction  Malfungsi, pincang tugas, salah fungsi. Malignant  Malignan, membahayakan, ganas; tumor yg
  cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut spt kanser. Malignant hypertension  Hipertensi malignan Malignant tumor  Tumor malignan, tumor
  ganas. Malnutrition  Malnutrisi, salah pemakanan, kekurangan
  zat makanan, pemakanan tak seimbang Mania  Mania, kegilaan; semua bentuk gangguan
  mental atau kegilaan.  Materia Medica  Materia medika; koleksi
  gambaran dan huraian terperinci 
  remedi-remedi homeopati serta kesan-kesannya; bdgkan dgn repertory.                                  Maxilitis  Maksilitis, inflamasi maksila. Maximum Dose  Dos maksimum;
  pengambilan ubatan dalam kuantiti yang banyak, selalunya dirujuk kepada dos
  alopati. Measles  Sakit campak; penyakit virus yg berjangkit
  (khususnya kanak-kanak) dgn gejala spt selsema, demam panas dan ruam yg
  berbintik berwarna merah jambu.  Medical ethics Etika perubatan; nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dalam pengamalan perubatan. Medical
  Jurisprudence 
  Jurisprudens perubatan; kajian atau amalan aspek undang-undang berkenaan dgn
  ilmu perubatan; lih. forensic
  medicine. Medication  Pemberian penawar. Medical practitioner Pengamal perubatan; lih. practitioner, doctor. Medicament 
  Ubat, penawar. Medicinal substance  Bahan-bahan penawar;  Medicine  Ubat, penawar; sebarang bahan yg digunakan
  utk mencegah atau merawat penyakit serta terbukti berkesan; lih. drug,
  remedy. Medium potency  Potensi sederhana, potensi pertengahan;
  potensi penawar di antara 30c hingga 200c; lih. low potency, high potency. Megalgia  Megalgia; kesakitan yg amat sangat spt
  dalam reumatisme otot.  Membrane  Membran; lapisan nipis tisu yg menjadi
  bahagian penting sesuatu struktur spt membran germa dan membran mukosa. Membrane covering  Selaput membran.  Meniere's disease  Penyakit Meniere;
  penyakit yg melibatkan telinga dalam dgn dengungan di dlm telinga dan
  vertigo. Meninges  Meninges; tiga lapisan membran yg
  menyelaputi otak dan korda spina. Meningitis  Meningitis; radang meninges, lapisan
  membran yg menyelaputi otak dan korda spina. Menopause  Menopaus, klimakterik; masa dlm kehidupan
  seorang perempuan apabila ovulasi dan haid berhenti serta sistem reproduksi
  tidak dapat berfungsi lagi. Menstruation Haid, katamenia; pengeluaran darah dan serpihan lapisan uterus
  dr faraj pd selang kira-kira empat minggu pd perempuan dewasa, sebelum
  menopaus; lih. menopause.
   Mental age  Usia mental; ukuran kecerdasan seseorang
  berdasarkan peringkat umur yg dicapai melalui ujian kecerdasan. Mental 
  Mental;
  simptom-simptom yang berhubung dengan minda dan emosi pesakit. Mental generals  Simptom-simptom yang
  berkaitan dengan tingkah laku dan personaliti pesakit secara menyeluruh; lih.
  general symptoms.                                                   Mental indications  Indikasi mental; Mental State Kedudukan mental.    Mental symptoms  Simptom-simptom mental; lih. symptoms. Mesmerism
  Mesmerisme; hipnosis berdasarkan Franz Mesmer, kadangkala dgn menggunakan
  magnet (besi berani) dan pelbagai alat lain; kaedah ini dipersetujui dan
  disebut oleh Dr. Hahnemann di bahagian akhir buku Organon of Medicine; lih.
  hypnotism.    Metabolism  Metabolisme; proses keseluruhan perubahan kimia yg berlaku pada sel organisma hidup. Metastatic  Metastasis; perpindahan sel kanser atau
  mikroorganisma patogen dari satu organ ke tempat lain tubuh samada melalui
  darah, sistem limfa dan lain-lain. Miasm  Miasma, kesan buruk, pengaruh buruk;
  merupakan faktor-faktor yang diwarisi sejak lahir yang menghasilkan satu-satu
  penyakit dengan cara melemahkan tenaga hayat.  Miasma ini mungkin sekadar merupakan miasma akut atau mungkin
  juga miasma kronik; lih. acute miasm, chronic miasm.  
   Miasmatic causes  Sebab-sebab miasma; sebab-sebab
  penyakit kronik spt.
  sifilis, sikosis dan psora;  lih.
   miasm, juga syphilis,  psychosis, psora. Miasmic theory  Teori miasma; lih. theory
  of miasm.     Microorganism  Mikroorganisma, mikrob;
  sebarang organisma yg tersangat kecil utk dilihat dgn mata kasar termasuk
  bakteria, kulat, mikroplasma, protozoa, riketsia dan virus.  Midbrain  Otak tengah; struktur yg menyerupai
  batang, yg menghubungkan serebrum dgn otak belakang melalui pons. Middle ear  Telinga tengah; rongga telinga yg berisi
  udara yg terpisah drpd luar oleh membran timpanum, dan drpd telinga dalam
  oleh jendela bujur. Midwifery Perbidanan, obstetrik; kerjaya yg memberikan bantuan dan rawatan perubatan kpd perempuan yg mengalami sakit bersalin dan kelahiran; lih. obstetrics. Miliary Miliari; perihal atau dicirikan oleh lesi-lesi kecil menyerupai biji sekoi, yg disebut juga letusan miliari. Miliaria purpurea Purpurea milaria, ruam skarlet. Millesimal dilution  Bancuhan milesimal; persediaan potensi
  berasaskan bancuhan mengikut skala milesimal; lih. millesimal
  series of potency. Millesimal scale  Skala milesimal; lih. millesimal
  series of potency.  Millesimal series of potency  Potensi bersiri
  milesimal; potensi berskala milesimal yg berasaskan ibu larutan dibancuh
  secara bersiri dgn 999 bahagian alcohol / air suling; bdgkan centesimal
  potency, decimal potency. Mineral salts Garam mineral; lih. tissue salts. Miner's
  elbow  Siku pelombong; inflamasi bursa ke atas
  siku disebabkan oleh tekanan, spt lutut babu yg dialami pd lutut pengasuh; lih.
  housemaid's knee. Minimum dose  Dos minimum; kuantiti minimum penawar
  potentais homeopati yang boleh mempengaruhi kuasa hayat serta memberi
  kesembuhan. Miscellaneous modality  Modaliti pelbagai; lih. modality. Modality Modaliti;
  faktor-faktor penyebab atau perubah yang ada hubungan dengan aduan pesakit
  samada menjadikan sakitnya melarat atau lega, spt. faktor suhu, masa, tempat
  dll.; lih. aggravation, amelioration. Modality aggravation  Agravasi modaliti, kemelaratan
  modaliti; lih. aggravation, amelioration.  Modifying factors Faktor-faktor pengubah; faktor yg merubah keadaan atau aduan
  pesakit. Molar tooth  Gigi geraham. Molecules  Molekul-molekul; zarah yg terdiri drpd
  dua atau lebih atom dicantum bersama oleh ikatan kimia. Monocyte  Monosit; jenis sel darah putih tanpa granul
  yg mempunyai nukleus. Morbid  Berpenyakit, abnormal. Mortality  Mortaliti; kadar kematian atau nisbah
  bilangan kematian berbanding dgn jumlah populasi pd sesuatu kawasan. Motor
  nerve  Saraf motor Mother tincture Titikan ibu, ibu larutan; tinktur yg disediakan drpd
  tumbuh-tumbuhan atau bahan haiwan dgn bantuan alkohol sebagai sediaan awal bg
  penyediaan semua penawar berpotensi homeopati; lih. tincture.                                                   Mouth to mouth resuscitatioon  Resusitasi mulut
  ke mulut Multiple pregnancy  Kehamilan berbilang;
  kehamilan yg menghasilkan dua orang bayi atau lebih.  Mumps  Beguk; jangkitan virus yg biasa
  menghinggapi kanak-kanak dgn menzahirkan gejala yg lama, spt demam, sakit
  kepala, bengkak kelenjar liur parotid, dll. Murmur  Deruan; bunyi jantung yg luar biasa yg
  didengar melalui auskultasi. Muscle  Otot; tisu yg terdiri drpd sel yg
  memanjang, yg mengandungi serabut yg menghasilkan pergerakan. Muscle cramp  Kejang otot; kontraksi
  tak voluntari pd otot. Muscle fatigue  Lesu otot; kelesuan
  otot akibat kekurangan sumber tenaga utk berkontraksi dan penimbunan asid
  laktik.  Myocardial infarction  Infarksi miokardium,
  serangan penyakit jantung; nekrosis atau kerosakan otot jantung akibat
  terputusnya aliran darah ke kawasan tertentu 
  pd jantung, spt yg berlaku dlm trombosis koronari. Myopia  Miopia, rabun jauh.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara