| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  D
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Deafness  Kepekakan; hilang pendengan sebahagian
  atau sepenuhnya. Death  Kematian; ketiadaan fungsi-fungsi vital;
  keadaan di mana tubuh terpisah drpd roh, atau dlm ertikata lain tanpa kuasa
  hayat (konsep homeopati). Decimal dilution  Pencairan desimal; bancuhan secara
  perpuluhan bagi mendapatkan potensi penawar mengikut skala desimal; lih. dan
  bdg centesimal dilution. Decimal scale  Skala desimal, sukatan
  desimal, sukatan perpuluhan; satu sistem bancuhan bersiri di mana nisbah
  antara zat terlarut (tinktur) dengan pelarut ialah 1:9 bagi tiap peringkat
  bancuhan; lih. centesimal
  scale. Decimal series of potency 
  Potensi bersiri
  desimal; potensi penawar yang berasaskan bancuhan secara perpuluhan; bdgkan
  dgn centesimal series of potency
  atau millesimal series of potency
  dan lih. centesimal series of potency. Defect
  Defek; ketiadaan atau kekurangan sebahagian drpd sesuatu struktur, tidak
  sempurna. Defibrillation  Defibrilasi;
  penghentian fibrilasi otot jantung dan pemulihan rentak normal. Deglutition  Penelanan; proses
  deglutisi (swallowing) di mana
  melaluinya makanan dipindahkan dr mulut ke esofagus. Delirium  Delirium, racauan; gangguan mental yg
  biasanya berlaku ketika berlangsungnya penyakit berjangkit atau dipengaruhi
  dadah berbahaya. Biasa juga berlaku bila seseorang itu mengalami demam panas. Delirium tremens  Racauan tremens; racauan
  mental akut yg berkaitan dgn penagihan alkohol. Delivery  Kelahiran, bersalin; lih. parturition. Depressant  Depresan, bahan penekan; lih. regulatory, stimulant Detoxification  Detoksifikasi, pendetoksikan,
  penyahtoksikan; Delusion  Delusi; kepercayaan berasaskan tanggapan
  yg silap.  Dementia  Demensia; kemerosotan yg menjejaskan
  intelek. Dendrit  Dendrit; cabang atau struktur sitoplasma
  neuron yg menyerupai benang. Dengue  Denggi; penyakit demam yg dicirikan dgn
  gejala sakit kepala, mata, otot, sendi dan tekak, yg tersebar melalui gigitan
  nyamuk Aedes. Dentition  Kegigian.  Denture  Dentur, set gigi tiruan.  Deposit  Deposit; bahan organik dan tidak organik
  yg terkumpul di dlm rongga atau tisu. Depressant  Depresan; agen yg menghalang fungsi normal
  tubuh, yg selalunya dirujuk kpd kesan drpd tindakan ubat dadah  spt barbiturat, opiat dan anestetik umum;
  lih. juga suppression. Depression  Depresi, kemurungan; keadaan mental yg
  dicirikan oleh kesedihan yg keterlaluan. Dermatitis  Dermatitis, inflamasi kulit; inflamasi
  kulit akibat agen luar di mana kulit menjadi merah, gatal dan mungkin timbul
  repuhan kecil.  Dermatologi  Dermatologi; cabang ilmu perubatan moden
  yang mengkaji kulit dan penyakitnya.  Dermis  Dermis, kulit.  Detoxification  Detoksifikasi; proses
  mengurangkan atau menyahkan kesan toksik pada sesuatu bahan.  Deviant  Devian; seorang yg mempunyai ciri-ciri yg
  berlainan drpd normal.  Deviation  Pesongan; kecenderungan paksi penglihatan
  mata menjadi tidak sejajar akibat ketidakseimbangan otot. Diabetes  Diabetes, kencing manis; penyakit
  pembuangan air kencing yg berlebihan spt. kencing manis. Diabetes mellitus  Diabetes melitus,
  kencing manis; penyakit ketidakupayaan tubuh mengawal glukos akibat drpd
  penghasilan atau penggunaan insulin yg tidak mencukupi.  Diabetes insipidus  Diabetes insipidus;
  jenis diabetes akibat kekurangan hormon pituitari vasopresin. Diabetics  Pengidap kencing manis, berdiabetes.  Diagnosis  Diagnosis; cara utk mengenalpasti penyakit
  pesakit dan membezakannya dgn yg lain.  Diaphragm  Diafragma; otot yg memisahkan rongga
  abdomen drpd rongga toraks.  Diarrhoea  Diarea, cirit-birit; mengeluarkan najis
  cair terlalu kerap. Diastole  Diastole; masa ventrikel jantung relaks
  dan dipenuhi darah. Diastolic pressure  Tekanan diastole;
  tekanan minimum yg dicatat pada peringkat akhir relaksasi ventrikel; bdgkan
  dgn systolic pressure. Diet  Diet, gizi; jumlah dan jenis makanan serta
  minuman yg diambil oleh individu setiap hari.  Dietary modality  Modaliti pemakanan; lih. modality. Dietetics  Dietetik; ilmu tentang diet dan prinsip
  pemakanan. Diathesis 
  Diatesis; kecenderungan tubuh utk mendapat penyakit tertentu.  Digestion  Penghadaman, pencernaan; proses di mana
  makanan yg dimakan diuraikan dlm kanal alimentari ke dlm bentuk yg dpt
  diserap dan diasimilasikan oleh tisu-tisu tubuh. Digestive system  Sistem pencernaan; lih.
  digestion. Digitalis  Digitalis; ekstrak drpd daun-daun kering
  pokok foxgloves yg mengandungi
  pelbagai bahan termasuk Digitoxin dan Digoxin, merupakan ubat yang digunakan
  dlm rawatan penyakit jantung; homeopati juga menggunakan Digitalis tetapi dalam bentuk potensi bagi merawat pesakit
  termasuk pesakit berpenyakit jantung yg berdegut perlahan dan tidak sekata.  Dilatation  Pendilatan; pembesaran bukaan (lumen)
  sesuatu struktur spt usus, pembuluh darah atau faraj.  Dilution  Pencairan, bancuhan; tindakan membancuh
  dgn mencampurkan cecair (spt titikan ibu) dengan cecair lain (spt air suling)
  yg mengakibatkan bahan asal hilang kekuatan dalaman(dadah)nya. Diluted alcohol  Alkohol cair, alkohol
  terbancuh. Dilution effect  Kesan pencairan; kesan bancuhan
  yang mengurangkan kuasa racun. Dilution ratio  Nisbah dilusi, nisbah
  bancuhan, nisbah pencairan. Dilution series  Siri bancuhan, siri
  pencairan. Disease  Penyakit, tidak sihat; penyakit
  diklasifikasikan secara kasar oleh Dr. Hahnemann kepada dua jenis sahaja dan
  pengetahuan jenis-jenis penyakit mengikut klasifikasi alopati tidak banyak
  membantu rawatan homeopati dalam pemilihan penawar; lih. acute
  disease, chronic
  disease, disease
  entity.  Disease entity  Entiti penyakit,
  hakikat penyakit. Diphtheria  Difteria; penyakit berjangkit dan akut yg
  menyebabkan gangguan hidung dan kerongkong.  Diplegia  Diplegia; kelumpuhan yg melibatkan
  kedua-dua belah bahagian tubuh (spt. kedua-dua belah bahagian bawah).  Diplopia  Diplopia; penglihatan berganda (nampak dua)
  drpd satu objek.  Disability  Ketidakupayaan; kekurangan daya utk
  berfungsi secara normal samada segi fizikal atau mental.  Discharge  Discaj, lelehan; cecair yg mengalir keluar
  drpd organ atau rongga tubuh. Disease  Penyakit, tidak selesa; gangguan yg
  mempunyai sebab tertentu serta tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikenali
  dan tidak dikenali pada tahap ilmu semasa, @ gangguan fungsi dan perasaan yang menegah seseorang drpd rasa
  tenteram; Dr. Hahnemann mengklasifikasikan penyakit kepada dua jenis utama,
  iaitu penyakit akut dan penyakit kronik; lih. acute disease, chronic disease. Disease progress  Perkembangan penyakit. Dislocation  Dislokasi, tergeliat; keteranjakan
  bahagian tubuh dari kedudukan normal, khususnya tulang. Disorder  Gangguan; lih. disturbance. Disorientation Disorientasi; kekeliruan mental berhubung dgn masa, tempat atau
  identiti.  Dispensary  Dispensari; tempat ubat dibancuh dan
  diberikan kpd pesakit. Distention  Distensi; pengembangan atau pembesaran akibat
  penimbunan sesuatu spt. angin, darah atau air. Distilled water  Air suling. Disturbance
  Gangguan; ketidaknormalan  fungsi
  sesuatu organ atau sesuatu sistem. Diuresis  Diuresis; peningkatan penghasilan atau
  pembuangan air kencing. Diuretic  Diuretik; ubat yg boleh meningkatkan
  pengeluaran air kencing; bdgkan antidiuretics. Doctor  Doktor; orang yang mempunyai ijazah
  tertinggi drpd mana-mana fakulti 
  sesebuah universiti, atau orang yang mengamal perubatan; lih. medical
  practitioner. Dominant  Dominan; sifat yg lebih kuat pengaruhnya,
  yg diwarisi drpd salah seorang ibu bapa.  Dorsal  Dorsal; berkaitan dgn bahagian belakang
  tubuh. Dosage  Dosej, sukatan. Dose  Dos; sukatan ubat atau penawar; kuantiti
  ubat dadah yg diberi pada satu-satu masa; lih. maximum dose, fatal dose, homoeopathic dose dan minimum dose.       Down's syndrome  Sindrom down; sindrom
  yang lazimnya menyebabkan individu terencat akal.  Drainage  Penyaliran; lih. detoxification. Dropsy  Dropsi; timbunan cecair di dalam tisu atau
  rongga tubuh, edema. Drug  Dadah, ubat; bahan ubat, agen kimia yg
  memberi kesan pada semua benda hidup samada dlm keadaan sihat atau sakit.  Drug efficacy  Kemujaraban ubat, keupayaan ubat. Drug picture  Gambaran ubat, gambaran penawar; satu
  susunan maklumat mengenai kesan-kesan atau simptom-simptom penawar homeopati
  yang didapati menerusi ujibukti penawar, pengalaman klinikal, cerapan
  epidemiologikal dan penemuan toksikologikal. Duct  Duktus; saluran; laluan yg mempunyai
  dinding yg ketara spt. saluran kumuhan. Duodenitis  Duodenitis; inflamasi mukosa duodenum. Duodenum  Duodenum; bahagian usus kecil yg
  mengunjur; bahagian pertama drpd tiga bahagian usus kecil, yg memanjang dr
  pilorus gaster ke jejunum. Duration of treatment  Jangkamasa rawatan,
  tempoh rawatan. Dyscrasia  Diskrasia; keadaan tidak normal yg berlaku
  kerana ketidakseimbangan komponen di dalam tisu tubuh spt. kekurangan sel
  tertentu dalam darah. Dysentery  Disenteri; gangguan yg menyebabkan cirit
  berdarah.  Dysfunction  Disfungsi; gangguan atau ketidaknormalan
  fungsi organ.  Dyslexia  Disleksia; ketidakupayaan memahami sesuatu
  yg dibaca. Dysmenorrhoea  Dismenorea, senggugut;
  sakit masa keluar haid.  Dynamis  Dinamis; homeopati merujuk dynamis kepada kekuatan vital force yang bersifat rohani dan menguasai
  tubuh. Dynamization  Dinamisasi,
  potentisasi; satu proses di mana bahan asal penawar homeopati ditukarkan
  kepada penawar yang bertenaga dan berdinamik; lih. potentisation.  Dyspepsia  Dispepsia, senak; gangguan pencernaan
  makanan yg menyebabkan sakit sudu hati selepas makan. Dysphagia  Disfagia, kesukaran menelan; lih. aphagia.  Dysphasia  Disfasia; gangguan pertuturan kerana
  ketidakupayaan menyelaras dan menyusun perkataan.  Dysplasia  Displasia, ketidaknormalan pembentukan
  tisu. Dyspnoea  Dispnea, keadaan sukar utk bernafas yg
  biasanya dihubungkan dgn penyakit yg serius pd jantung atau paru-paru.  Dystaxia  Distaksia, kesukaran mengawal pergerakan
  voluntari. Dystrophy  Distrofi; degenerasi atau kelemahan
  otot-otot kerana pertumbuhan tak normal.  Dysuria  Disuria; sukar atau sakit masa membuang
  air kecil.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara