| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  F
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Facial  Fasial, berkaitan dgn muka. Fahrenheit scale  Skala fahrenheit; skala
  di mana suhu mendidih pada 212 0F dan suhu beku 32 0F;
  lih. Centigrade temperature.  Failure  Kegagalan; ketidakupayaan organ atau
  struktur tubuh untuk berfungsi.  Fainting  Pengsan; pitam, hilang kesedaran buat
  sementara disebabkan tidak cukup darah sampai ke otak. Fallopian tube  Tiub fallopio; saluran
  yg menghubungkan antara ovari dgn rahim. False rib  Tulang rusuk sampingan, lima pasang tulang
  rusuk yg bawah yg tidak berhubungan secara langsung dgn sternum.  Family  Keluarga; berkaitan dgn pertalian darah
  daging yg sama. Farsightedness  Rabun dekat,
  hipermetropia: tidak dapat melihat objek dekat dgn terang. Fascia  Fascia, lapisan tisu perantara yg terdiri
  drpd tisu serat yg menyelaputi otot tertentu. Fat  Lemak, gemuk; .  Fatal Dose  Dos fatal; dos yang memberi kesan toksik
  atau membawa kematian.  Fatigue Lesu,
  letih, penat; kehilangan daya utk bergerak balas terhadap sesuatu
  rangsangan. Fauces  Fauses; ruang di bahagian belakang mulut
  hingga ke farinks iaitu tekak.  Fear  Takut, respons emosi kepada keadaan bahaya.
   Feces  Tinja, isi perut, najis; bahan buangan
  dari usus yg antara lain terdiri drpd makanan yg tidak tercerna serta
  bakteria.  Felon  Felon; lih. whitlow. Feminism  Feminisme, pemilikan ciri-ciri wanita oleh
  si lelaki.  Feminization  Pewanitaan, pengaruh
  normal ciri-ciri kewanitaan; perkembangan cirri-ciri seks sekunder perempuan
  pd orang lelaki. Femur  Femur, tulang paha, tulang yg memanjang
  dari pelvis ke lutut. Fermentation  Fermentasi, penapaian. Fertile  Subur; keupayaan reproduksi atau
  menghasilkan anak.  Fetus  Fetus; bayi di dalam rahim; anak selepas
  peringkat embrio, anak dalam masa tujuh minggu selepas persenyawaan hingga
  saat kelahiran. Fever  Demam; peningkatan suhu tubuh yg melebihi
  normal dan biasanya beserta dgn peningkatan kadar pernafasan dan denyutan
  jantung. Fiber  Serat; struktur berserabut yg terdiri drpd
  fibril.  Fibril  Fibril, filamen atau serat halus. Fibrin  Fibrin; sejenis protein serat yg tidak larut
  yg terbentuk drpd fibrinogen di dalam plasma darah semasa proses
  penggumpalan.  Fibroid  Fibroid; tumor benign pada rahim. Fibroma  Fibroma; tumor benigna yg terdiri dr tisu
  serat.  Fibrosis
  Fibrosis; pembentukan tisu berserat pada sesuatu struktur atau organ akibat
  degenerasi atau kecederaan. Fine tremor  Tremor halus; tremor yg getarannya berlaku
  sangat cepat dan halus. Filtration  Penurasan, filtrasi, penyaringan,
  penapisan. First aid  Pertolongan cemas. Fissure  Fisur; rekahan sesuatu struktur. Fistula  Fistula; saluran abnormal yg menghubungkan
  rongga di antara satu organ dgn organ yg lain. Fits  Sawan, konvulsi; serangan tiba-tiba,
  pergerakan aktiviti motor secara tidak terkawal. Flaccid  Flaksid, tidak tegar, lemah, lembut.. Flatulence
  Kekembungan, kesenakan, flatulens; kembung, angin atau gas yg berlebihan
  dalam perut atau usus.  Fluid  Bendalir; bahan yg mengalir spt cecair,
  gas atau pepejal.  Flush  Muka merah. Flutter  Fluter; denyutan atau getaran yg cepat. Flux  Fluks; pengaliran sesuatu bahan secara
  berlebihan; pengeluaran cecair spt disenteri.  Fluxion potency  Potensi fluks; potensi
  di mana bahan tidak larut diubah kepada potensi likuida atau cecair Focus  Fokus, titik penumpuan spt sinar cahaya
  atau gelombang bunyi.  Folliculitis  Folikulitis, inflamasi
  folikel rambut atau sebarang folikel lain. 
   Fomentation  Penuaman, rawatan
  inflamasi dgn bahan yg suam dan basah pada bahagian tubuh utk mengurangkan
  inflamasi dan rasa sakit.  Fontanelle  Fontanel, ubun-ubun.  Food poisoning  Keracunan makanan;
  serangan gastroenteritis oleh bakteria dan toksinnya secara akut selepas
  memakan makanan tercemar.  Foot  Kaki; bahagian anggota bawah selepas
  pergelangan kaki. Forceps  Forseps; penyepit yg digunakan utk
  memegang tisu, pembalut steril dan bahan-bahan lain semasa pembedahan.  Forceps delivery  Kelahiran forseps;
  kelahiran bayi dari rahim secara memegang kepala bayi dgn forseps tanpa
  mencederakan bayi dan ibu. Forearm  Lengan bawah; anggota di antara siku dgn
  pergelangan tangan. Forehead  Dahi; bahagian muka di atas mata. Forensic medicine  Perubatan forensik;
  aspek perubatan yg berkaitan dgn undang-undang dan mahkamah. Formication  Formikasi; sejenis kederiaan abnormal atau
  perasaan seolah-olah serangga merayap di atas tubuh badan. Fracture  Fraktur, retakan, pecahan; retak atau
  patah tulang. Fragility  Kerapuhan; sifat mudah rosak. Freezing  Beku.  Frequency of dosage  Kekerapan dos. Frons  Dahi; lih. forehead.  Frontal  Frontal; berkaitan dgn dahi.  Frost bite  Frosbit; kecederaan pada tisu atau keadaan
  yg disebabkan terdedah kepada udara sejuk terlalu lama. Function  Fungsi; tindakan normal dan khusus bagi
  sesuatu  spt sel, tisu dan organ.  Functional disorder  Gangguan fungsi; Keadaan
  pesakit yg merungut ttg simptom-simptom atau gejala-gejala, yg mana tiada
  sebab fizikal dapat ditemui (dlm amalan alopati), lantas memungkinkan dirujuk
  kpd psikiatri; bdgkan dgn organic disorder.  Fundus  Fundus, dasar sesuatu organ atau bahagian
  organ berlumen yg terjauh dari bukaannya. Fungus  Kulat; tumbuhan ringkas yg tiada klorofil
  pigmen hijau.  Fur  Deposit yg terbentuk di atas lidah.  Furuncle  Furunkel, bisul; bengkakan bernanah pada
  kulit yg terjadi akibat infeksi setempat pada satu folikel rambut; lih. boil. Fusion Pertaupan; percantuman di antara dua struktur atau imej yg berhampiran.  | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara