| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  S
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Sac  Kantung; organ atau struktur seakan beg,
  spt kantung lakrima.  Saccharides  Sakarida; pelbagai jenis gula termasuk
  gula ringkas. Saccharin  Sakarin, pengganti gula, bahan pemanis. Sacrum  Sakrum; tulang segi tiga dan sebahagian
  drpd kolum vertebra atau spina. Sadism  Sadisme; penyimpangan seksual di mana
  kenikmatan seksual diperolehi dgn cara menyakiti pasangannya. Salicylic acid  Asid salisilik; sejenis
  asid yg mempunyai kesan analgesia, antiinflamasi dan antidemam. Saliva  Air liur; rembesan jernih bersifat alkali
  yg dihasilkan oleh kelenjar liur. Salivary gland  Kelenjar liur; kelenjar
  yg menghasilkan air liur. Salmonella  Salmonela; bakteria yg menyebabkan
  gangguan usus. Sarcode  Sarkod; penawar homeopati yang disediakan
  secara potentisasi drpd sumber tisu sihat atau sekresi normal, contohnya drpd
  ginjal yg sihat; lih. nosode, organotherapy. Sarcoma  Sarkoma; tumor tisu perantara yg mungkin
  malignan dan merupakan salah satu drpd dua jenis kanser yg utama; lih. carcinoma. Sarcomatosis  Sarkomatosis; keadaan
  terdapat pembentukan sejenis sarkoma.  Scabies  Skabies, kudis buta; sejenis penyakit
  kulit yg mudah berjangkit yg menimbulkan rasa gatal-gatal dan berkudis, dikaitkan
  dgn kehadiran tungau gatal Sarcoptes
  scabies. Scald  Lecur; lepuh yg terjadi akibat terkena haba
  spt air panas atau api. Scan  Pengimbasan; kaedah memeriksa bahagian
  tertentu tubuh, samada dgn menggunakan gelombang bunyi ataupun sinaran. Scanning speech  Pertuturan berjeda;
  pertuturan yg suku katanya terhenti-henti. Scapula  Skapula, tulang belikat; sepasang tulang
  yg berbentuk segi tiga yg terdapat pada bahagian belakang bahu.   Scar  Parut; kesan luka setelah sembuh. Scarlatina  Skarlatina, demam skarlet; penyakit
  berjangkit khususnya kanak-kanak disebabkan oleh bakteria genus Strepcoccus dgn gejala spt demam, rasa
  tidak sihat, sakit tekak dan ruam skarlet; bdgkan german measles dan lih. scarlet fever.  Scarlet fever  Demam skarlet; penyakit
  berjangkit yg disebabkan oleh bakteria streptokokus dan menimbulkan seram
  sejuk, demam panas, sakit kerongkong, ruam kulit dan lidah pudar warna. Schizophrenia  Skizofrenia; gangguan
  psikiatrik di mana seseorang itu hilang kontak dan menyalahtafsir realiti. Schuessler salts  Garam tisu Schuesler; penawar biokimia
  yg disediakan secara triturasi dan dipreskripsi mengikut keperluan tubuh,
  iaitu yg berjumlah 12 kesemuanya; lih. tissue salts. -scope  -skop; alat utk melihat sesuatu struktur
  atau mendengar sesuatu bunyi. Sciatic nerve  Saraf skiatik; saraf
  paling besar yg terletak di bahagian belakang kaki Sciatica  Skiatika; inflamasi atau kecederaan saraf
  skiatika di belakang paha, betis dan kaki. Scler-  Skler (sklero), pengerasan, penebalan. Sclerosis  Sklerosis, pengerasan tisu, biasanya
  akibat parut yg tertinggal selepas inflamasi. Scopophobia  Skopofobia; sangat takut bila dilihat. -scopy  -skopi; kaedah utk melihat sesuatu
  struktur tubuh atau mendengar sesuatu bunyi. Scurvy  Skurvi; penyakit yg disebabkan kekurangan
  vitamin C, menyebabkan perdarahan, kelemahan dan pembengkakan kulit. Seborrhea  Seborea; keadaan kulit terlalu berminyak
  kerana gangguan kelenjar. Sebum  Sebum; bahan berminyak yg dirembeskan oleh
  kelenjar sebum. Secretion  Sekresi, rembesan; discaj cecair drpd
  kelenjar atau organ. Sedative  Sedatif; ubat alopati yg mempunyai kesan
  mententeram, atau meredakan keresahan dan tekanan pesakit. Seizure  Seizur, perampasan, penyitaan; serangan
  tiba-tiba. Seed  Benih, air mani. Semenuria  Semenuria; kehadiran air mani di dalam air
  kencing. Senile  Senil, tua; kemerosotan fizikal dan mental
  yg lazim pada usia tua. Sensation  Sensasi, kederiaan; sedar terhadap
  stimulus sistem saraf Sensations ‘as if’  Rasa ‘seolah-olah’; lih. as
  if. Sense  Deria; tanggapan menerusi sistem saraf
  atau berasaskan pancaindera. Sensitive  Sensitif, responsif; rentan terhadap
  sesuatu; lih. susceptibility. Sensory aphasia  Afasia deria;
  ketidakupayaan memahami makna perkataan yg tertulis atau yg dituturkan akibat
  kecederaan pada bahagian pusat auditori dan visual di otak.  Sensory nerve  Saraf deria; saraf
  aferen yg mengalirkan impuls dari hujung saraf periferi organ deria ke sistem
  saraf pusat. Sepsis  Sepsis; keracunan badan oleh penghasilan
  bakteria Septicemia  Septisemia, keracunan darah; infeksi teruk
  apabila aliran darah mengandungi banyak mikroorganisma atau toksinnya. Septic  Septik, busuk, bernanah; berkaitan dgn
  atau mengalami sepsis. Septum  Septum; dinding atau tisu yg memisahkan sesuatu
  struktur atau organ dgn struktur atau organ yg lain. Sequential dilution  Bancuhan berturut-turut; lih. serial
  dilution. Serial  Bersiri; diatur mengikut dahulu kemudian;
  lih. serial dilution. Serial dilution  Bancuhan bersiri; sebahagian drpd proses
  potentisasi di mana sebahagian drpd ibu larutan atau larutan penawar
  dibancuhkan dengan 9 bahagian alkohol dan air suling (skala desimal) dalam
  usaha untuk mempertingkatkan potensi penawar; bdgkan dgn succusion, lih. potentisation. Serology  Serologi; kajian ttg serum. Serous
  Serum; halus dan berair. Serum  Serum; cecair jernih yg terpisah drpd
  darah apabila ia membeku. Sex  Seks; ciri yg membezakan antara lelaki dan
  perempuan. Sexual  Seksual; berkaitan dgn seks.  Sex deviant  Devian seks; seseorang yg menunjukkan
  kelakuan seks yg luar biasa. Sex hormone  Hormon seks; sekumpulan hormon yg dibentuk
  dan dirembeskan oleh gonad atau kelenjar yg menghasilkan gamet. Shin  Tulang kering; bahagian depan kaki bawah. Shingles  Kayap, herpes zoster; inflamasi kulit yg
  disebabkan oleh infeksi virus dgn gejala lepuh-lepuh kecil. Shiver  Gigilan, menggeletar. Shocks
  Renjatan, kejutan; keadaan yg berkaitan dgn kolaps peredaran, iaitu apabila
  tekanan darah arteri bg mengekalkan bekalan darah yg mencukupi kpd tisu-tisu
  menjadi sangat rendah. Shortsightedness  Rabun jauh; dapat
  melihat jarak yg dekat sahaja. Shoulder  Bahu; sendi antara lengan dan tubuh
  badan. Shoulder girdle  Pelingkung bahu; tulang
  yg melingkungi rongga toraks bahagian atas yg terdiri drpd tulang selangka
  dan tulang belikat.  Sibling  Adik beradik; abang, kakak atau adik. Sick  Sakit, sakit demam. Side effects  Kesan sampingan; kesan
  yg tidak dikehendaki drpd pemberian satu-satu ubat yg bertujuan utk
  menyembuhkan; bdgkan dgn aggravation; lih. juga iatrogenic.  Sign  Tanda; tanda atau gejala gangguan yg dapat
  diperhatikan oleh doktor dan bersifat objektif; lih. symptom. Similia  Similia, serupa; prinsip homeopati yg
  rawatannya berasaskan keserupaan simptom dan berlawanan dgn prinsip contraria; bdgkan dgn contraria. Similia similibus curentur  Similia similibus curentur, serupa
  dengan serupa menyembuhkan, iaitu prinsip yg paling asas dlm rawatan
  homeopati; bdgkan dgn Contraria contraries. Similimum  Similimum, paling hampir; merujuk kpd penawar
  yg simptomnya serupa dalam hampir setiap aspek dgn simptom pesakit.  Simple goitre  Goiter ringkas;
  hiperplasia ringkas pada kelenjar tiroid yg mungkin disebabkan oleh
  kekurangan iodin dalam diet. Single medicine  Satu ubat, satu penawar; lih. single
  remedy. Single remedy  Satu remedi, satu penawar; ia merujuk
  kepada peraturan mengguna satu penawar pada satu-satu masa dlm rawatan
  homeopati; lih. law of single remedy.  Sinus  Sinus; suatu kaviti berisi udara di dlm
  suatu tulang terutama kaviti-kaviti di dalam tulang muka atau tengkorak. Sinusitis  Sinusitis; inflamasi sinus atau bahagian
  dalam hidung. Skeletal muscle  Otot rangka; otot jalur
  yg terdapat pada tulang dan bertanggungjawab bagi gerakan tulang. Skeletal and muscular system  Sistem tulang dan
  otot. Skin  Kulit; pelindung luar tubuh terdiri drpd
  lapisan luar iaitu epidermis dan lapisan dalam yg dikenali sbg dermis. Skull  Tengkorak; tulang yg terdiri drpd  tulang kranium dan tulang muka. Sleeping sickness  Penyakit tidur; infeksi
  otak yg disebabkan oleh kehadiran sejenis protozoa berparasit yg
  mengakibatkan seseorang itu rasa mengantuk dan tidak bermaya. Slough  Selumur; tisu mati yg berpisah drpd tisu
  hidup. Small dose  Dos kecil; dos yg telah dipotentaiskan. Smallpox  Cacar; penyakit berjangkit beserta demam,
  sakit-sakit, muntah-muntah dan timbul letusan bertompok-tompok merah yg kemudiannya
  melecur dan akhirnya menjadi nanah. Smear  Calitan; bahan yg disediakan sbg lapisan
  nipis di atas slaid utk kajian mikroskopi spt darah dan tinja. Smooth muscle  Otot licin; otot tak
  voluntari yg terdapat pd organ visera spt pembuluh darah, usus dan pundi
  kencing, yg berfungsi utk mengawal atur saiz lumen struktur tersebut. Sneezing  Bersin; iritasi hidung yg secara tiba-tiba
  menyebabkan seseorang itu menyingkir udara drpd mulut dan hidung. Snuffles  Snufels; bernafas dgn hidung; penyekatan
  pernafasan yg separa pd (atau discaj kuning drpd) hidung bayi. Soft palate  Lelangit lembut; lelangit bahagian
  belakang. Solution  Larutan.  Solvent  Pelarut; cecair yg digunakan bagi
  melarutkan bahan lain; lih. solution. Somatic  Somatik; berkaitan dgn tubuh badan. Somatic nervous system  Sistem saraf soma;
  seluruh sistem saraf selain sistem saraf autonomi, yg menyarafi komponen bukan
  visera pada tubuh spt tulang, sendi, ligamen, kulit, mata dan otot rangka.  Somnambulism  Somnambulisme; berjalan
  di waktu tidur. Sore  Memar, ulser; sakit; istilah bg sebarang
  ulser atau luka terbuka pd kulit atau membran mukus. Sore throat  Sakit tekak, sakit kerongkong; sakit di
  kerongkong yg biasanya disebabkan oleh tonsilitis atau faringitis.  Spasm  Spasme; kontraksi otot-otot secara
  tiba-tiba dan tidak sengaja. Spasmodic dysmenorrhea  Dismenorea spasmodik;
  senggugut yg disebabkan oleh kontraksi rahim yg spasmodik. Spastic  Spastik; berkaitan dgn gerakan yg kaku dan
  kejang pada anggota akibat ketidakselarasan otot yg bertonus tinggi. Specialist  Pakar; seorang yg mahir atau pakar dalam
  bidang tertentu.  Specific remedies  Remedi-remedi spesifik. Spermatozoon  Spermatozoon; gamet
  jantan yang matang. Spinal column  Turus spina, tulang
  belakang; satu siri tulang vertebra yg tersusun memanjang dari tengkorak ke
  bahagian koksiks, yg membentuk paksi bahagian belakang dan melindungi korda
  spina.. Spinal cord  Korda spina; bahagian sistem saraf pusat
  di dalam turus vertebra. Spleen  Limpa; suatu organ yg terletak pd sebelah
  kiri badan di belakang gaster, yg menghasilkan limfosit pada bayi baru lahir
  dan mengandungi fagosit, yg memindah sel darah merah yg usang dan bahan asing
  lain drpd edaran darah.      Splenitis  Splenitis; inflamasi limpa; lih. perisplenitis. Splint  Splin; alat yg digunakan utk menstabilkan
  bahagian yg cedera.  Sputum  Kahak, sputum; bahan yg diludah keluar. St. Vitus' Dance  St. Vitus Dance;
  tindakan otot involuntari; lih. Sydenham' chorea. Stamina  Stamina, kekuatan, tenaga, daya tahan. Staphyloma  Stafiloma; tonjolan kornea atau sklera
  (putih) mata yg luar biasa. Stasis  Stasis; aliran tergenang ataupun terhenti
  spt pemberhentian pengaliran darah atau kencing.  Stasophobia  Stasofobia; takut utk
  berdiri. Static arthropathy  Artropati statik;
  gangguan sesuatu sendi akibat terdapatnya gangguan sendi lain pada anggota yg
  sama, spt gangguan pd sendi lutut yg disebabkan oleh gangguan pd sendi
  pinggul anggota yg berkenaan.  Stenosis  Stenosis; penyempitan luar biasa suatu
  laluan ataupun bukaan, spt pembuluh darah atau injap jantung.    Sterility  Kesterilan, kemandulan; ketidakmampuan melahirkan
  anak samada kerana kemandulan atau pembedahan. Stimulant  Stimulan; lih. regulatory, depressant. Stimulus  Stimulus; agen perangsang. Stitch  Rasa mencucuk; sakit mencucuk
  setempat.   Stomach  Perut, gaster; bahagian salur pencernaan yg
  terletak di antara esofagus dgn duodenum, di mana dindingnya terdiri drpd
  otot polos. Stomatitis  Stomatitis; inflamasi pd membran mukus
  mulut. Stomapathy  Stomapati; sebarang gangguan mulut. Stool  Tinja, najis; feses yg dikumuhkan dari
  anus. Strabimus  Juling, heterotropia; sebarang penjajaran
  abnormal kedua-dua mata. Strange, rare and particular symptoms  Simptom-simptom
  yang ganjil, jarang dan khusus. Strain  Tegang, regang, keterikan; regangan lampau
  suatu otot, mengakibatkan sakit dan bengkak. Strangury  Stranguri; sakit teruk pd uretra masa
  hendak kencing akibat drpd iritasi pd pangkal pundi kencing. Strawberry tongue  Lidah strawberi; lidah
  yg diliputi bintil merah dan besar, yg merupakan satu drpd gejala demam
  skarlet. Striated muscle  Otot jalur; otot
  voluntari yg serabutnya berjalur, spt otot rangka dan otot kulit. Stroke  Strok, apopleksi; serangan lemah secara
  tiba-tiba yg melibatkan satu sisi badan akibat drpd terputusnya aliran darah
  ke otak; lih. apoplexy.  Stupor  Stupor; keadaan hampir tidak sedar diri di
  mana pesakit mungkin dapat bergerak balas hanya bila dirangsang dgn kuat. Stye  Ketumbit, tembel; inflamasi akut pada
  kelenjar kelopak mata disebabkan oleh jangkitan bakteria. Subconscious  Separuh sedar. Subcutaneous Subkutaneus; di bawah kulit. Submaxillary gland  Kelenjar submaksilari;
  salah satu drpd sepasang kelenjar liur yg terletak di bawah kelenjar
  parotid. Suffocation  Kelemasan; sekatan saluran udara. Suffusion  Sufusi, sebaran; penyebaran warna
  kemerahan pada permukaan kulit disebabkan oleh perubahan bekalan darah
  setempat. Succus  Sukus, sekresi cecair; sebarang jus atau
  rembesan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Succussion  Sukusi; pergerakan atau hentakan beritma yg
  kuat yg dilakukan ketika menyediakan penawar berpotensi homeopati; lih. dilution, potentisation. Juga lih. trituration. Sucrose  Sukrosa; karbohidrat yg terdiri drpd
  glukosa dan fruktosa, juga merupakan juzuk utama dlm gula tebu. Sugar of milk  Gula susu; bdgkan cane
  sugar, lih. globules, pilules. Suppository  Supositori; penyediaan ubatan dlm bentuk
  pepejal agar sesuai utk dimasukkan menerusi rektum.  Suppression  Supresi, penekanan; rawatan yg
  bertujuan menekan tanda-tanda suatu penyakit atau mencegah perkembangannya,
  selalunya dirujuk kpd kaedah rawatan alopati; lih. palliation. Suppuration  Supresi, pernanahan; pembentukan infeksi
  atau nanah. Surgery  Surgeri, pembedahan; pengkhususan dalam
  perubatan yg menyelesai masalah penyakit dan trauma menerusi cara
  pembedahan.   Surrogate  Surogat, pengganti; sesuatu dlm kehidupan
  seseorang yg berfungsi sbg pengganti utk orang lain.  Susceptibility  Suseptibiliti,
  kerentanan; mempunyai sedikit resistan atau mudah dipengaruhi penyakit,
  sebahagiannya dipercayai disebabkan pengaruh vaksinasi; ahli homeopati selalu
  menyebutnya sebagai daya penerimaan rasa individu. Sweating  Perpeluhan; pengeluaran cecair tubuh
  melalui kelenjar peluh; lih. perspiration. Sycosis  Sikosis; bentuk miasma kronik gonorea
  yang mana ciri utama simptomnya ialah hipertrofi atau ketumbuhan pada
  tisu-tisu dan inflamasi membran mukus; lih. figwart disease.  Sydenham's chorea  Korea Sydenham; korea
  yg melibatkan kanak- kanak  dan
  mempunyai kaitan dgn demam reumatik; lih. chorea. Symbiosis  Simbiosis; perhubungan yg rapat antara dua
  organisma yg berlainan. Symmetry  Simetri; bahagian yg serupa pada suatu
  organ atau bahagian-bahagian pada sisi-sisi bertentangan pada badan antara
  satu sama lain. Sympathetic nervous system  Sistem saraf
  simpatetik; bahagian saraf autonomi yg muncul dari bahagian toraks dan lumbar
  korda spina yg menyarafi visera, kelenjar, jantung dan pembuluh darah. Symptom  Simptom, semboyan, gejala (alopati);
  simptom (gejala) sesuatu penyakit atau aduan pesakit kpd doktor berhubung dgn
  penyakit yg dihidapinya spt rasa sakit, pening kegayatan, sukar bernafas,
  dada rasa dicucuk dsbnya, yg biasanya digolongkan sebagai simptom subjektif
  dlm perubatan alopati; simptom dalam homeopati meliputi simptom mental, emosi
  dan fizikal. Ia tidak membezakan antara gejala, tanda dan simptom seperti
  dalam perubatan alopati. Symptom-drug  Simptom-ubat; istilah yg dirujuk kpd
  kaedah preskripsi dlm amalan alopati; lih. simptom-person-drug.  Symptom-person-drug  Simptom-pesakit-ubat, simptom-pesakit-penawar;
  keserasian atau penyesuaian yg menjadi dasar dlm proses rawatan homeopati. Symptom picture  Gambaran simptom, gambaran semboyan;
  merujuk kpd gambaran atau ciri-ciri simptom penawar homeopati yg terdapat dlm
  materia medica.  Synalgia  Sinalgia, sakit rujukan; sakit yg dirujuk;
  lih. referred pain. Syncope  Sinkop, pitam, pengsan; hilang kesedaran
  disebabkan oleh aliran darah ke otak tidak mencukupi, samada disebabkan oleh
  kejutan emosi, berdiri terlalu lama, kecederaan atau pendarahan yg banyak. Syndrome  Sindrom; sekumpulan simptom yg timbul
  bersama dan menunjukkan ciri suatu penyakit atau gangguan khusus. Synergy  Sinergi, bekerjasama; ubat yg bertindak
  bersama ubat lain utk menghasilkan kesan berlebihan berbanding jumlah kesan
  yg diperoleh apabila kedua ubat tersebut diberi secara berasingan. Synovitis  Sinovitis; inflamasi membran sinovial atau
  lapisan sendi yg menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Syphilis  Sifilis; penyakit kelamin kronik dan
  berjangkit yg disebabkan oleh bakteria Treponema
  pallidum, di mana antara gejala utamanya ialah ulser yg keras (syanker)
  pada tapak jangkitan; dlm homeopati ia merujuk kpd miasma kronik yg timbul
  drpd penyakit sifilis yg diwarisi atau ditekan ke dalam (suppressed), di mana simptomnya dicirikan dgn pemusnahan tisu,
  organ dan tulang; bdgkan dgn
  psora, sycosis, miasm; lih. Venereal chancre
  disease. System  Sistem; sekumpulan organ dan tisu yg
  mempunyai fungsi fisiologikal yg tertentu. Systole  Sistole; masa di mana kontraksi jantung
  berlaku. Systolic pressure  Tekanan sistole;
  tekanan maksimum yg berlaku apabila ventrikel kiri mengecut utk mengepam
  darah keluar melalui aorta; bdgkan dgn diastolic pressure.     | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara